Thursday, January 18, 2018

Perbadanan Harta Intelek Malaysia - Petunjuk Geografi..

Hi Korang...

Sebelum ni SA ada berkongsi tentang betapa pentingnya mendaftar hak intelek kita di  MyIPO. Apa? tak baca? alaaaaa...takpe yang belum baca tu boleh baca kat SINI. Lepas SA publish tentang pentingnya mendaftar hak intelek alhamdulillah ramai yang memberikan feedback yang positif baik di blog mahupun di media sosial. So hari ini SA nak kongsi pula dengan korang tentang Petunjuk Geografi iaitu tanda yg digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan.  Petunjuk geografi secara am satu petunjuk yang memberitahu pengguna bahawa barangan itu dihasilkan di sesuatu kawasan atau tempat tertentu dan mempunyai ciri yang tersendiri yang berkait rapat dengan tempat pengeluaran/geografinya serta dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti iklim dan tanah. Petunjuk geografi boleh digunakan sebagai pengiktirafan yang sesuatu barangan mempunyai sesuatu kualiti atau reputasi kerana asal geografinya. Pada pandangan SA Petunjuk Geografi lebih tertumpu kepada produk- produk tempatan yang diusahakan oleh pengusaha tempatan.



Contoh barangan yang mendapat perlindungan petunjuk geografi adalah Sabah Tea, Tenom Coffee, Borneo Virgin Coconut Oil dan Sabah Seaweed. Keempat-empat barangan petunjuk geografi ini berasal dari negeri Sabah. Contoh lain adalah Sarawak Pepper iaitu produk lada hitam yang berasal dari Sarawak dan kini dikenali di peringkat antarabangsa.Selain itu buah Harumanis, Belacan, Terung Dayak atau buah Dabai juga mendapat perlindungan Petunjuk Geografi. Kalau nak di senaraikan memang banyak dan SA sendiri tak sangka rupa-rupanya banyak kategori produk yang boleh didaftarkan di Perbadanan  Harta Intelek Malaysia.

Logo Petunjuk Geografi

Apakah Petunjuk Geografi?

Petunjuk geografi adalah satu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang kerana berasal dari sebuah negara atau wilayah, atau satu kawasan atau tempat dalam atau negara wilayah, di mana mutu yang ditentukan, atau reputasi ciri lain barang-barang itu pada asasnya adalah berpunca dari asal geografi mereka. Tanda-tanda geografi boleh digunakan ke atas atau semula jadi atau hasil pertanian sebarang keluaran atau kraftangan industri.

Perlindungan Petunjuk Geografi?

Perlindungan Petunjuk Geografi diberi ke atas:-
Tanpa menghiraukan sama ada petunjuk geografi didaftarkan atau tidak; dan kerana pertentangan petunjuk geografi yang lain, walaupun benar secara amnya untuk negara itu, wilayah, atau rantau di mana tempat barang-barang itu bermula, secara palsunya menerangkan kepada orang ramai yang barang-barang itu berasal dari negara lain, wilayah, atau rantau lain.

Pengecualian dari Petunjuk Geografi.

Perkara di bawah tidak termasuk di dalam Petunjuk Geografi:-
  1. Petunjuk geografi yang adalah bertentangan dengan atau ketenteraman awam atau moraliti wilayah asal; atau
  2. Petunjuk geografi yang tidak atau telah berhenti untuk dilindungi dalam negara mereka.
  3. Petunjuk geografi yang telah terbahagi tidak lagi digunakan didalam atau di negara wilayah asal.

Institusi prosiding untuk injunksi dan kerosakan-kerosakan di bawah 

Sesiapa berminat boleh membuat prosiding di Mahkamah untuk mencegah, dalam apa-apa hubungan berkaitan petunjuk geografi:

Penggunaan dalam perdagangan dalam apa cara sekalipun dimana ianya menipu orang awam tentang petunjuk geografi barang tersebut sehingga asal usul barang menjadi persoalan; atau
Sebarang kegunaan dalam perdagangan petunjuk geografi, walaupun benar secara amnya berasal dari negara itu, wilayah, atau rantau tempat di mana barang-barang itu bermula, secara palsunya menerangkan kepada orang ramai yang barang-barang itu bermuladalam negara yang lain, wilayah, atau rantau tempat; atau

Sebarang kegunaan dalam perdagangan  petunjuk geografi, walaupun benar secara amnya berasal dari  negara itu, wilayah, atau rantau tempat di mana barang-barang itu bermula dalam negara yang lain, wilayah, atau rantau lain; atau

Sebarang kegunaan dalam perdagangan petunjuk geografi bagi mengenal pasti wain untuk wain yang bukan berpunca dari tempat itu. Di dalam soalan petunjuk geografi mengenal pasti asal kerana tidak berpunca dari tempat itu ditunjukkan oleh petunjuk geografi , malah di mana asal sebenar wain atau kandungannya adalah ditunjukkan oleh petunjuk geografi. Ianya digunakan atau diterjemahkan oleh ungkapan-ungkapan seperti "jenis-jenis", "gaya" atau "tiruan".
     
Mahkamah boleh membenarkan satu injunksi bagi mencegah sebarang penggunaan petunjuk geografi secara tidak sah dan apa-apa kerugian akibat darinya.

Mahkamah boleh membenarkan satu injunksi bagi mencegah sebarang penggunaan petunjuk geografi secara tidak sah dan mana-mana peruntukkan yang sesuai.

Pendaftaran Petunjuk Geografi.

Apabila permohonan untuk pendaftaran petunjuk geografi mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan bukan bertentangan dengan ketenteraman awam moraliti dan tiada bangkangan difailkan dari mahkamah tinggi terhadap keputusan. Pendaftar, akan mendaftar petunjuk geografi dan mengeluarkan sekeping sijil pendaftaran kepada pemohon.

Sekeping sijil pendaftaran akan dikeluarkan sebagai bukti prima facie fakta-fakta itu dengan menyatakan di dalam sijil dan kesahihan pendaftaran.

Hak Pengunaan

Dalam kes petunjuk geografi berdaftar, hanya pengeluar yang berdaftar dengan pendaftar boleh menggunakan hak petunjuk geografi di dalam perdagagan mereka.

Hak pengunaan di dalam produk  adalah mengikut spesifikasi kualiti, reputasi dan kandungan bahan-bahan yang telah didaftarkan oleh pendaftar.

Pembatalan dan pembetulan pendaftaran.

Pendaftar boleh membatal atau melakukan pembetulan mengikut kehendak pihak yang meminta berdasarkan bayaran yang tertentu:

  • Membatalkan pendaftaran petunjuk geografi berdasarkan petunjuk geografi tidak melayakkan untuk perlindungan.
  • Membetulkan pendaftaran petunjuk geografi berasaskan petunjuk geografi tidak menunjukkan asas petunjuk geografi bagi produk berdasarkan kualiti, reputasi dan bahan-bahan akibat dari ciri yang tidak memuaskan.
  • Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati di atas keputusan Pendaftar boleh merayu untuk mahkamah.

Berapa lamakah tempoh perlindungan?

Petunjuk geografi yang berdaftar di beri 10 tahun perlindungan  dan boleh diperbaharui bagi setiap 10 tahun.

Siapa yang boleh mendaftar?

Berikut adalah individu yang berhak mendaftar
  1. Individu yang menjalankan aktiviti sebagai  pengeluar seperti yang termaktub di dalam borang permohonan.
  2. Badan-badan berdaftar
  3. Persatuan atau pedagang.

Bagaimana untuk memfail permohonan untuk pendaftaran satu petunjuk geografi?

Satu permohonan untuk pendaftaran petunjuk geografi t pada Borang G1 disertakan dengan satu salinan akuan berkanun dan bayaran yang ditetapkan.

Permohonan di dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris?

  1. Nama pemohon hendaklah di eja sepenuhnya dan nama-nama bagi entiti-entiti sah akan ditunjukkan dengan gelaran rasmi penuh mereka.
  2. Alamat hendaklah dinyatakan bagi memudahkan surat menyurat.
  3. Kewarganegaraan pemohon hendaklah dinyatakan berdasarkan surat pendaftaran.
  4. Pendaftar petunjuk geografi yang bukan warganegara Malaysia tetapi menjalankan perniagaan di Malaysia hendaklah melantk agen dan meyertakan satu set Borang G1 yang beralamat di Malaysia.

Untuk tujuan pendaftaran tanda-tanda geografi, barangan hendaklah diklasifikasikan dalam cara ditetapkan dalam Geographical Indications Regulations 2001.

Akta Petunjuk Geografi 2000

Akta Petunjuk Geografi diperkenalkan bermula pada tahun 2000 dan maklumat lanjut boleh klink link tersebut:


Peraturan- Peraturan Petunjuk Geografi 2001

Bayaran Pendaftaran

Apabila permohonan petunjuk geografi dilakukan, bayaran RM 250.00 adalah disertakan bersama RM 450.00 untuk iklan dan pengeluaran sijil.
Satu senarai bayaran petunjuk geografi boleh didapati di Geographical Indications Regulations 2001

Di manakah untuk memohon?

Kuala Lumpur
Pendaftar Petunjuk Geografi
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Unit 1-7, Ground Floor, Menara UOA Bangsar
No. 5 Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur
Tel: +603-22998400
Fax: +603-22998989

Kuching, Sarawak Pendaftar Petunjuk Geografi
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Lot 9936, (Sublot 5) 3rd Floor,
Queen's Court, Block E,
Jalan Wan Alwi.
Tel No:  082-459075/459076
Faks No: 082-455052
Kota Kinabalu, Sabah Pendaftar Petunjuk Geografi
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Tingkat 3, Blok C
Kompleks KUWASA
49, Jalan Karamunsing
88000 Kota Kinabalu
Phone No. :  088-233571                                             
Fax No. : 088-257046


Info selanjutnya:






#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent
#GeographicalIndications #IntellectualProperty #IP
#HartaIntelek #HakCipta #myipoctssi #enterprenuers #usahawan #blogger #influencers #branding
#ownbrand #penjenamaan #jenamasendiri #produksendiri
#hasilsendiri #rekaciptasendiri #sesiapasahaja

23 comments:

  1. 10 tahun tempoh perlindungan, 1 tempoh masa yang panjang dan selamat

    ReplyDelete
  2. Ini satu info yang baru ni. Sebelum ni memang saya tak tahu apa itu Petunjuk Geografi....

    ReplyDelete
  3. harta intelek ni musuhnya plagiarism..idea yang dicuri tanpa kebenaran memang salah..bagus ada perlindungan sebegini

    ReplyDelete
  4. Wah...lama juga tempoh perlindungan yang diberi tuh... Terima kasih Kak SA atas info menarik ini.

    ReplyDelete
  5. Wah baru ana tau pasal petunjuk geografi ni kak. Tak pernah dgr sebelum ni. Great sharing.

    ReplyDelete
  6. woww... baru tau.. rupanya myIPO ni ada mcm² kategori.. good sharing SA.. :)

    ReplyDelete
  7. Bagaimana dengan mee kari muar? nasi goreng pattaya? Nasi goreng USA hahahaha gurau je

    ReplyDelete
  8. Wah, baru tau pula ttg hal ini. Kalau dah daftar, meaning eksklusif utk pengguna tu sajalah kan...

    ReplyDelete
  9. Baru tahu tentang ni. First time jugak dengar petunjuk geografi.

    ReplyDelete
  10. Petunjuk geografi..wahhhh baru tahu. Mcm2juga ada dgn myipo ni kan

    ReplyDelete
  11. Petunjuk geografi..baru tau..ada juga yea rupanya..good sharing SA...

    ReplyDelete
  12. Baru Kak Sue tau pasal petunjuk geografi nie SA..

    ReplyDelete
  13. Waduhhh...mcm2 pulak MYIPO ni..dah naik pening dah sis..huhuhu. Tak apa lah..kalau ada jenama sendiri nanti baru study lah...hehehe boleh gitu,,:D

    ReplyDelete
  14. informasi baru bagi saya ini tentang petunjuk geografi , terimakasih atas sharingna

    ReplyDelete
  15. Saya pun baru tahu info mengenai ni. Bagusla

    ReplyDelete
  16. I've not heard about Petunjuk geografi, thanks for the info, this was really informative.

    ReplyDelete
  17. tak pernah dengan pasal myipo ni.. banyak jugak kelebihan dia kan?? thanks kak for sharing the info..berguna jugak kepada pengguna-pengguna di luar sana yang memerlukan.

    ReplyDelete
  18. ho.. macam tu.. petunjuk geografi ni macam satu logo atau tanda yang ada pada produk atau sesuatu yang kita daftar di myipo tu yea.. tak sangka yea.. banyak kategori produk yang boleh didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia ni

    ReplyDelete
  19. Wahh info baru ni! Thanks for sharing ye SA. Ciktie baru tahu pasal benda ni

    ReplyDelete
  20. Wahh. Lepas ni tak adalah orang nak berebut kuih asal mana, produk asal mana semua eh.

    ReplyDelete
  21. nice la. I wanna check this out myIPO

    ReplyDelete
  22. Info yang menarik. Terima kasih share dekat sini.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah