Saturday, January 6, 2018

2D1N Escape With Traveloka At The Journal KL Hotel With The Butterfly Project

Hi Korang,

Apa perasaan korang kalau diberi peluang untuk bercuti di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dengan percuma selama 2 hari 1 malam? Mesti lah happy kan? Haaaaa....macam tu la yang SA rasa bila berpeluang join The Butterfly Project dengan semua beauty blogger yang cantik- cantik ni. Seronoknya hanya tuhan yang tahu. Knowing SA dah lama tak "me time" especially sepanjang tahun lepas kan..ini adalah satu peluang keemasan yang tidak mungkin SA lepaskan. Terima kasih tak terhingga buat The Butterfly Project, Traveloka dan The Journal KL Hotel yang merealisasikan impian SA dan kawan- kawan yang terlibat. Dengan berbagai aktiviti yang menarik disediakan membuatkan kami semua sangat- sangat happy.

Jom SA bawak korang tengok aktiviti kami sepanjang 2 hari 1 malam di The Journal KL bersama Traveloka.


Registration

Kami dikehendaki mendaftar seawal 10.00 pagi. SA sampai di depan hotel dalam pukul 10.45 pagi. SA macam tak percaya plak di tengah- tengah KL ada hotel yang sangat- sangat cantik dan cozy compared hotel- hotel lain..serius memang cozy area ni. tak susah sebenarnya nak cari hotel ni. Terletak di tengah- tengah Bukit Bintang dan di belakang HSBC bank. Kalau korang naik MRT lagi senang nak cari. Nak explain macam mana pun SA tak pandai selok belok KL. Senang pada SA sebab SA memang pengguna pengangkutan awam tegar di Kuala Lumpur. Kalau suruh bawak kereta sure sesat barat.

Selepas mendaftar, ambil goodies dan pilih aktiviti workshop di sebelah petang, SA berkenalan dengan kawan- kawan yang dah sampai awal. Kebanyakkan SA dah kenal dan dah rapat. Berkenalan juga dengan kawan- kawan baru. Kagum ada yang datang all the way from Penang, Johor,Sabah dan ada dari Melaka juga tau.




Apabila semua dah berkumpul dan peserta dah cukup kami mulakan dengan aktiviti ice breaking dimana kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Tujuan game ini diadakan adalah untuk semua merasa selesa dan berkenalan antara satu sama lain. Macam - macam ragam masa ni..semua happy go lucky. Paling seronok bila game yang dikendalikan oleh wakil dari Traveloka. Memang semua sangat - sangat sporting walau masih ada yang malu- malu. Dengan adanya Mcee yang havoc macam Dee, Sidney dan Tammy semua jadi semakin happening.

photo credit to www.fishmeatdie.com


Selesai game kami ke aktiviti yang sedikit serius dimana kami diperkenalkan dengan Traveloka serta diperkenalkan dengan Apps Traveloka. Korang semua sedia maklum dengan Traveloka kan..banyak review yang bagus kerana Traveloka merupakan perusahaan teknologi terkemuka yang menyediakan layanan pencarian dan pemesanan tiket pesawat dan hotel secara online. Dengan teknologi Traveloka, korang dapat menemukan rute penerbangan dan hotel terbaik secara cepat, tenang, dengan harga termurah.

Kini Traveloka mempunyai apps bagi memudahkan pelanggan mereka. Korang boleh download application Traveloka apps ni di Apple store atau Google Store. Apps yang memudahkan korang untuk menempah penerbangan dan penginapan malahan sekiranya terdapat pertukaran korang boleh cancel atau edit sahaja tempahan korang. Cool kan?So apa tunggu lagi...cepat- cepat download apps Traveloka.

photo credit to www.fishmeatdie.com


Semua tentang Traveloka mobile application..

sesi penerangan tentang The Journal KL dari Big Boss hotel.


Selepas sesi penerangan Apps Traveloka dan pengenalan oleh big boss The Journal KL, kami semua dibawa ke Kedai Kopi yang terletak di groundfloor hotel ini untuk lunch tengahari..apa yang menarik kat Kedai Kopi ni? haaaa selain dari makanan...kepada korang yang kaki instagram memang sepatutnya datang ke sini..semua sudut kat area Kedai Kopi ni memang menjadi daya tarikan. Semua tak lepaskan peluang bergambar dan memenuhi akaun instagram masing- masing termasuk la SA...semua cantik...


pose ala- ala Che Ta....

photo credit to www.fishmeatdie.com
comel kan?

photo credit to www.fishmeatdie.com

photo credit to www.fishmeatdie.com

photo credit to www.fishmeatdie.com


antara makanan yang SA pilih

The KLJ Signature Wagyu Beef Burger served with sweet potato fries.


2.00 petang

Perut dah kenyang..hati dah senang kan..semua pun seronok and its time to check in!!!Kalau korang masuk je bilik mesti korang teruja dengan dekorasi yang sangat mengimbau kenangan zaman dulu- dulu. Bilik SA lebih kepada pemandangan di kedai kain Jalan Masjid India...cantik kan..di sisi meja tepi katil ada buku tiga 555 yang betul- betul nostalgia. bilik pun sangat kemas dan bersih...sangat- sangat rekemen kalau korang plan nak datang KL...you will never regret while staying at The Journal KL...sure korang tak percaya kan...okey SA tunjuk satu- satu tau...


Katil besar...


Nampak tak pemandangan kedai kain Jalan Masjid India tu


Meja kerja dan tv


Wardrobe dan bathrobe disediakan


Bilik air dan tandas yang bersih 


pancuran mandi


cermin yang besar sesuai untuk wanita kaki mekap


toiletries

3.00 petang 

Selepas check in kami dikehendaki berkumpul di level 1 tempat mula- mula kami mendaftar dan berkumpul di sebelah pagi. sebelum semua sibuk di sesi workshop. Ada small launching untuk program ini iaitu acara simbolik melepaskan rama-rama oleh big boss hotel, wakil Traveloka dan Pengasas The Butterfly Project serta sesi group photo. Selepas tu semua berpecah masuk ke bilik workshop yang telah dipilih.


Gimmick pelancaran





Workshop Black Milk Project

Black Milk Project merupakan sebuah komuniti yang sentiasa mengetengahkan bakat dalam seni lukis kraf. Mengajar individu untuk ber eksperimen dengan seni. SA berpeluang mengasah semula bakat melukis dan mewarna yang dah berpuluh tahun ditinggalkan. Memang agak kekok apabila dah lama tak pegang berus tetiba kena mewarna menggunakan watercolour. Kerisauan jelas terbayang di wajah tetapi kami di beri tunjuk ajar bagaimana menggunakan watercolour dengan betul.First time jugak mewarna Flower Hoop Water Color dan ini memang merupakan pengalaman yang sangat berharga. Bukan senang nak join workshop yang sememangnya mengenakan bayaran yang mahal..kali ini dapat belajar secara percuma dan SA boleh ajar Dania plak lepas ni...share ilmu kan...belajar macam mana nak mix and match kan warna watercolour dan juga air. kalau korang nak tau tentang diorang boleh check website di jung entry ni nanti ok...










Cantikkan?

Tak sangka SA dapat selesaikan mewarna dalam masa 3 jam...dah lama tak asah bakat..ekceli SA memang minat melukis dan mewarna cuma masa kat sekolah dulu je la..lepas tu bakat jatuh kat anak dara SA si Dania...SA puas hati dengan lukisan yang terhasil menggunakan teknik yang diajar oleh Butter Milk Project. Mereka sangat professional...

Selepas workshop kami semua masuk bilik untuk berehat dan bersiap untuk dinner session pulak pukul 7.30 malam. jadual kami agak padat kan? tapi kami semua suka....

tepat pukul 7.30 malam kami sekali lagi berkumpul di Kedai Kopi untuk dinner. Kali ini kami akan bertukar- tukar hadiah dengan room mate kami seperti yang telah di beritahu awal oleh organizer...suasana bertukar havoc apabila semua sangat- sangat seronok dapat hadiah dari room mate.Lepas tu semua sambung dinner...

photo credit to www.fishmeatdie.com

SA bertukar hadiah dengan room mate SA Cheryl...


sempat bergambar...


SA dengan kawan- kawan blogger

Selepas dinner ada kawan- kawan keluar jalan- jalan sekitar Bukit Bintang. Tapi SA dan kawan- kawan yang lain decide untuk lepak di area roof top dimana ada live band performance..so kami lepak tengok orang nyanyi aje..dalam pukul 11 malam macam tu kami semua masuk bilik..hehehe..penat dari siang takde rehat kan....

Esoknya....

Pukul 7.30 pagi kami dah berkumpul di Kedai Kopi untuk sarapan, wah meriah dengan makanan  seolah- olah berada di kedai- kedai kopi di kawasan kampung...SA pilih mee goreng bungkus dan coffee..serius rasa santai sangat...rasa macam makan di rumah pun yer jugak..rasa macam kat kampung pun ye jugak...overall memang best....






photo credit to www.fishmeatdie.com


 Last bergambar kat sini...definitely i will come again...

photo credit to www.fishmeatdie.com

photo credit to www.fishmeatdie.com

photo credit to www.fishmeatdie.com

photo credit to www.fishmeatdie.com

Selepas sarapan dalam pukul 11.00 kami dah check out dah...sementara tu semua ambil peluang menghabiskan masa dengan bergambar sampai muntah...hehehe...SA plak terus jer balik dalam pukul 11.30 pagi lepas bye- bye...muahhh..muuuahhh...seronok sangat dapat "me time" di The Journal KL.

Sekarang pun dah rindu dah dengan semua...can we have this kind of program again and again please....we want more...we want more...hahahaha...2 days tak cukup lor...at least 3 day which we can know each other better...

Last but not least....

I love The Journal KL, I Love Traveloka, I love Black Milk Project and I Love The Beauty Project!!!


Thank you :

Traveloka.com 
Popular for leading online flight and hotel booking platform in South East Asia


The Kuala Lumpur Journal Hotel
The stylish boutique hotel in heart of KL
Address : No. 30, Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone number : +603 2110 2211
Official website : http://www.kljournalhotel.com/


Black Milk Project :


The Butterfly Project


10 comments:

  1. Seronok kan SA dapat berkumpul macam nie dengan kawan-kawan. Hotel pun menarik sangat, Kak Sue suka.. n projek mewarna tu pun Kak Sue suka sebab Kak Sue pun suka mewarna n melukis. Kadang kalau boring.. stress.. Kak Sue suka juga mewarna, sebab ada beli buku mewarna kat rumah nie..

    ReplyDelete
  2. Nampak bestnya SA.
    Activities pun macam best.
    Paling menggoda wagyu beef burger tu aduhaiiii.

    ReplyDelete
  3. wahh best nya SA. sye apply butterfly project x lulus2 hehehe. seronok nya join event2

    ReplyDelete
  4. T.T super sedih! Yana tak dapat nak join...but glad you had fun babe!

    ReplyDelete
  5. seronoknya..tak leh nak joint sbb tak dpt green lite dri mr hubby..klu x, dh isi nama haritu..

    ReplyDelete
  6. bestnya kak.. dapat bercuti sambil jumpa kawan2.. hotel pun best dan selesa nampaknya tu..

    ReplyDelete
  7. Bestnye aktiviti butterfly traveloka

    ReplyDelete
  8. Wow..Ohsem betul aktivitinya.. Bilik hotel tu nampak wow sangat..

    ReplyDelete
  9. Dapat duduk free kr hotel siapa x suka kak..semua suka

    ReplyDelete
  10. Bestnye aktivitinya dan menu pun nampak menarik selain biliknya yang nampak santai. Baru tahu SA pandai melukis.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah