Tuesday, January 9, 2018

Prosperity Juice KEMBALI Lagi!

Lagu kegemaran tahun baru cina, gong-xi, gong-xi songs adalah kedengaran di udara dan dekorasi berwarna merah kelihatan di merata-rata tempat. Sama ada anda telah bersedia atau tidak, Tahun Anjing akan bermula tidak lama lagi!

Untuk menyambut permulaan Tahun Baru Cina yang makmur, kami di Juice Works Malaysia telah membawa kembali minuman Tahun Baru Cina yang disukai ramai peminat Juice Works iaitu Prosperity Juice! 


Diperbuat daripada campuran jus dari limau mandarin, jambu, strawberi dan kegemaran utama ramai; laici – minuman ini bertambah enak dan wangi apabila ditambahkan dengan sorbet yang lazat yang akan menyediakan anda untuk menerima kebaikan yang akan dibawa oleh tahun baru ini.

Minuman ini boleh didapati di dalam tiga saiz:

Junior 250ml - RM 8.95
MIDI  450ml - RM 10.95
Power 600ml - RM 12.95

(semua harga adalah termasuk GST).

Berikut adalah serba sedikit maklumat kenapa kami memilih buah-buahan yang disebutkan sebagai ramuan minuman tahun baru kami:

Limau Mandarin 
Buah-Buahan bermusim ini adalah rendah kalori, penuh dengan serat dan Vitamin C dan A. Sebagai rakyat Malaysia, Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa satu atau dua limau mandarin ini.

Jambu
Ia dikenali sebagai buah-buahan yang sihat, kaya dengan V Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, dan potassium, yang merupakan antioksidan and detoksifikasi yang hebat.

Laici 
Dipenuhi dengan Vitamin C, potassium dan fibre, ia juga merupakan sumber flavonoid yang hebat untuk memerangi penyakit. Ia juga mengandung magnesium copper, zat besi, mangan and folat – semuanya adalah penting untuk peredaran dan pembentukan darah!

Strawberi
Buah-buahan yang ber jus ini wangi dan merak, jus ini bukan sahaja dikenali sebagai buah antioksidan yang berada di 5 tangga teratas di dunia, malah ia juga didapati mempunyai keupayaan untuk mengawal atau mengurangkan tahap gula di dalam badan kami.

Oleh kerana ia mempunyai phytonutrients yang tinggi, terdapat juga peningkatan minat untuk menyelidik terhadap buah ini untuk penyakit anti-radang!

Minuman istimewa ini hanya boleh didapati di semua kedai dan kiosk Juice Works dari 12 Jan 2018 sehingga 28 Feb 2018. Oleh itu, dapakan ia hari ini dan anda akan mendapat satu set beg angpow esklusif Juice Works secara PERCUMA, sementara stok masih ada.

Sempena cuti perayaan yang akan datang ini, kami di Juice Works ingin mengucapkan kepada anda, Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai ah!



P/s: Juice Works baru sahaja membuka kedai baru mereka di DC Mall dengan minuman eksklusif yang hanya boleh didapati di kedai Juice Works DM Mall.


33 comments:

  1. terasa masam² buah oren tu....sedapnya minum sejuk² kan

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tu kak.. nak try laici la nanti

    ReplyDelete
  3. Xpernah try lagi juicework ni

    ReplyDelete
  4. Mesti rasanya pekat Kan. Berbaloi dgn hargalah

    ReplyDelete
  5. Waahhh... Macam menarik je nih... Mesti sedap nih.. Memang favourite LeYa ni minum jus buah-buahan.

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya beli juice dapat sampul angpow tu... kalau ada angpow sekali mesti best

    ReplyDelete
  7. Jom try prosperity juice ni pula kak. Nampak sedap gabungan buah2an tu.

    ReplyDelete
  8. ohoi..nengok nya pun dah terasa sejuk lalu kat tekak ni. sedap eh. pegi mall kalau tak minum juice work x sah. mesti try nnt

    ReplyDelete
  9. Tu memang harga biasa ke kak suaria. Air minuman lain pun harga yang sama ke harga tu untuk air yang ni je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga Juiceworks lain2, tak sama..yang info kat atas tu harga utk air ni je

      Delete
  10. prosperity juices!
    woww...banyaknya gabungan buah-buahan .. masam tak kak?? terliur plak kita menengoknya..hahahaha..

    ReplyDelete
  11. Wow.dia campur semua buah2 tu.. mesti sedap kan

    ReplyDelete
  12. Laaa ada yg special edition sempena CNY ke. Baru tahu. Emi ni dah la memang hantu jus. Klu pergi mall, tak sah klu x beli juicework atau boost.

    ReplyDelete
  13. Strawberry sedapnya. Dah lama tak minum Juice Works. Btw DC Mall tu kat mana sis?

    ReplyDelete
  14. bila tekak haus...tengok jus ni lagi la...nampak sedap dah berkhasiat !

    ReplyDelete
  15. tengok gambar dah terliur ni, nampak sedap ja. kena gi cari jugak ni sampai jumpa kat kedah ni ada tak haha

    ReplyDelete
  16. sakit-sakit tekak camni memang sedap kalau dapat minum jus Limau Mandarin tu. Masam-masam manis! Sedapnya

    ReplyDelete
  17. sempat lg nak p dapatkan ang pow tu kan

    ReplyDelete
  18. Kita nak cuba yang Limau Mandarin tak pernah rasa lagi jus air dari buah yang segar ini selalu tengok dalam kotak jer hehehehe nak akak....

    ReplyDelete
  19. Jom Kak pergi minum JuiceWork. Akak selalu pi NU sentral kan? Pi dekat Bangsar dekat sikit dengan Bella. Hehe. Huntongla dapat angpow CNY. Belanja la air ni. Hiks

    ReplyDelete
  20. Wahhh mcm2 campuran buah-buahan ada..mesti sedap bila campr gan laici.Nanti nak try jugak lah

    ReplyDelete
  21. nampak list atas tu ada stoberi... Nak try lah nanti yang tu

    ReplyDelete
  22. wa macam sedap. tapi I refer Juicee juices, very nice

    ReplyDelete
  23. to be honest, up to now, i never try this brand or any juice brand. i just felt like i can do it myself at home too. :X

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  24. Nampak menarik gabungan buah itu..

    ReplyDelete
  25. sedap nye nampak kak sa.. macam kat mcd pulak rasanya.. property ini

    ReplyDelete
  26. nampak macma sedap i kalau prosperity burger memang layan betol yang beef dah lh ada black peper kan pans panas je badan.

    ReplyDelete
  27. terliur bila tengok air tu.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah