Wednesday, March 28, 2018

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodorant Buat Lelaki Aktif

Hi korang...

Ada kisah menarik tentang product review kali ni...parcel ni sampai kat rumah Seremban dan kebetulan abah yang tolong ambilkan bagi pihak SA...lepas tu SA pun balik rumah lepas keluar jalan- jalan dengan Dania..terus abah cakap..ada bungkusan sampai..abah ambilkan..kalau ada barang sesuai untuk abah..bagi abah jer la..abah dah tolong ambilkan kat posmen tadi...haaaaa.....kelas tak abah SA...sangat- sangat supportive tau...so lepas SA dah buat photoshoot suka- suka..terus bagi kat abah..rezeki dia..untuk dapat 2 set deodorant..jimat beberapa bulan...abah pulak memang pengguna setia Dashing...

DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.





Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.


Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian. 

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.


Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.




Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.



Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodorant 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml

Maklumat lanjut korang boleh layari :

Website
http://www.dashing.com.my/

Facebook
https://www.facebook.com/Dashing.MY/

Instagram
https://www.instagram.com/dashing_my/


16 comments:

  1. suami sy mmg pengguna tegar Dashing

    ReplyDelete
  2. Lelaki aktif yang banyak bergerak boleh lah try dashing baru ni. Packaging pun menarik sangat tu. Harga pun mampu milik.

    ReplyDelete
  3. suka haruman dr dashing..yg br ni menarik nampaknya

    ReplyDelete
  4. Murah dan berpatutan....wangi

    ReplyDelete
  5. menarik packaging dia akak.. tertarik bila org tngok.

    ReplyDelete
  6. Kak Sue pun nak bagi kat anak bujang Kak Sue, Abang nanti. Abang memang suka pakai Dashing..

    ReplyDelete
  7. wowwww dashing brand paling lama dan masih mendapat tempat sbb ade kelas tersendiri kan... Yg baru ni mesti bau lebih sedap kan kan kan.. Blh cr utk suami.

    ReplyDelete
  8. saya pun suka dashing kak.. harga berpatutan lagi

    ReplyDelete
  9. Perfume lelaki wangi.. ai is suka.. hehehe.

    ReplyDelete
  10. wah packaging nampak awesome dna menarik.warna pun cantik.dashing harga pun murah dan baunya pun best

    ReplyDelete
  11. Wah, menarik lah packaging dia yg ni. Suka bau dashing.

    ReplyDelete
  12. sesuai dijadikan hadiah dan buat hantaran kahwin hee sebab packaging dia so nice :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah