Wednesday, March 7, 2018

Kerjasama Shopee Dan Honor Bagi Pelancaran Eksklusif Honor 9 Lite

Telefon pintar honor 9 Lite akan dijual secara eksklusif di Kedai Rasmi honor di platform Shopee pada 9 Mac pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja





Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.






“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami gembira dapat bekerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Sejajar dengan rancangan 2018 kami, kami berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka di platform kami. Sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pengkalan pengguna yang lebih besar”.





“Kami teruja bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan telefon 4-kamera pertama kami, honor 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Sebagai jenama telefon pintar terkemuka global, kami dapat melihat potensi besar menerusi usahasama dengan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Usahasama ini adalah titik tolak bagi kami dan kami pasti, masih banyak lagi lapangan yang boleh kami terokai bersama,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.




Zhao menambah, “honor menjanjikan kejutan yang mengujakan untuk peminat dan pengguna kami. Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran honor View10 Crush Red dan kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri honor Lite buat pertama kali untuk pasaran tempatan - lazimnya kami melancarkan produk baharu di pasaran Eropah dan India. Dengan memperkenalkan honor 9 Lite di pasaran tempatan, kami percaya keputusan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan komitmen kami di Malaysia. Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan”.




Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera


honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.


Rekaan dan Paparan Yang Menawan


Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.

Berprestasi Tinggi

Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.


Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray.





Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baharu ini. Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.





150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diinspirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau www.hihonor.com.my.

Untuk mendapatkan tawaran eksklusif sempena pelancaran ini, layari www.shopee.com.my/honormy.officialstore.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

33 comments:

  1. ha..nasib kolin baru beli hp baru hahaha. Kalau idak mau terpedaya sebab harga berbaloi oooiii

    ReplyDelete
  2. kena menyimpan dulu nak beli hihihihi

    ReplyDelete
  3. wah..nieyl baru je beli hp baru..kekeke...klu x,mahu juga nieyl rembat 1 ni...

    ReplyDelete
  4. Nasib baiklah phone sekarang masih baru lagi. Bahaya ni. Tengok aplikasi ini memang terus terbeli la.

    ReplyDelete
  5. Best nya.. honor model ni nampak best nya semua function nya.. convinient to buy in shopee.. delivery to doorstep, isn't it?

    ReplyDelete
  6. My sis guna honor jugak dapat free dari celcom. Shoppe now ada banyak barang pilihan untuk pembeli. Hebat ar siap ada contest swafoto.

    ReplyDelete
  7. Kalau nak ikut trend phone ni memang tak boleh nak ikut sebabnya ada orang asal ada phone baru kat pasaran mesti grab. Kita tunggu phone betul2 tak boleh guna baru tukar. Hehe...tapi....pembelian melalui Shopee memang mudah...

    ReplyDelete
  8. Terliur tgk warna biru dia... murah pun murah .. beli dkt shopee rupa ya lagi murah.duk kumpul duit nak beli untuk mak liez la.. dpt set makeup maybelline lg

    ReplyDelete
  9. wahhhhh da la mmg minat model nih

    ReplyDelete
  10. Menarik jugak HP Honor ni. Harga pon kira affordable jugak lah untuk sebuah smartphone kan. Ada 'bokeh' pulak tu. Untun lah siapa yang beli. Boleh dapat solekan khas dari maybelline ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza.
      skang ni wajib ada bokeh.
      if ok, depan and belakang.
      mengancam ler gambo kita :)

      Delete
  11. Honour ni mkin lama makin merecik la kak...
    Best niiii dpt harga murah..
    Yg warna biru tu lawa

    ReplyDelete
  12. Nak koin contest ni. Bff ngan anak ok x? Hahhahaha. Sy mmg kaki beli brg shopee so mmg excited sikit hehe

    ReplyDelete
  13. dulu2 honor ni ramai tak minat.. kak sha pena guna masa baru keluar , abah belikan, hahaha.. skrg dah semakin terkenal brand honor ni

    ReplyDelete
  14. lom pernah aida shopping kat shopee, SA.
    asyik la kat platform lazada hi hi hi... will try someday.
    honor. mcm tak brape terkenal lagi kan?
    asben aida tu sedang berfikir nak tangkap henfon baru.
    ari tu kata nak huawei. yg ada 4 camera tu.

    ReplyDelete
  15. perati je honor ni. makin lama makin cantik design dia. kale biru plak tu. jarang ada warna mcm ni. brand lain masih fokus pada merah dan pink

    ReplyDelete
  16. Kadang kadang penting jugak brand yg dah terkenal ni kan.....
    Patutlah kan duta tu penting

    ReplyDelete
  17. LAwa lah design dia. sekarang jenama henpon semua berlumba-lumba kan. ye lah semua cecanggih sampai kita confus nak mana satu

    ReplyDelete
  18. Wow banyaknya less... Lusa 9 march..kalau nak bagi hadiah yg tersayang pon boleh kan..

    ReplyDelete
  19. Baru je tukar henpon sebab jatuh. Sebab tak pernah try brand lain so masih kekal dengan Samsung. Untunglah siapa yang beli waktu sekarang, murah dah tu dengan spec phone yang bagus.

    ReplyDelete
  20. Haa siapa cadang nak beli hp honor ni kena save date 9 mac ni. Boleh jimat tu. Siap boleh dpt set solekan lagi kalau bertuah. Bestnya kak. Jom join contest BFF tu.

    ReplyDelete
  21. dapat juga invitation ke event ni. tapi tak sempat nak pergi sebab banyak urusan. btw makin rancak teknologi honor skang ya. kalau dulu orang tak pandang pun.

    ReplyDelete
  22. Tahniah ! dah ada fon terbaru. kena skodeng dlu hp ni sesuai ke tak atau berbaloi tau tidak nak beli. tapi harga takde lah mahal mana

    ReplyDelete
  23. cantiknya hp diaa! dahlah harga pun murah je tak mahal sangat. jom kak kita join contest dia tu. kotlah menang. :)

    ReplyDelete
  24. apa lagi jom kita semua join the selfie contest dengan bff mana tahu ada rezeki menang honor 9 lite ni no need to buy another phone dah sebab handphone ku dah bengoongg :(

    ReplyDelete
  25. I saw the review for their latest phone. The price is affordable and I going to try their camera in low light. I want test how good their camera. Can't wait to try it.

    ReplyDelete
  26. Sangat menarik dan berbaloi ni untuk dapatkannya... Jom kita serbu!!! Hehehe...

    ReplyDelete
  27. Smart plak honor 9 lit nih kan kak

    ReplyDelete
  28. Banyak pilihan dah sekarang kan.. yang ni pun nampak menarik.

    ReplyDelete
  29. Boleh cuci mata jugak ni hehe mana tau ada rezeki nak ganti yg baru ke. eh ? ahha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah