Wednesday, August 14, 2019

Terjebak Utusan Cinta Buat Adam...

Hi korang...

Dah habis dah cerita Utusan Cinta Buat Adam tu kan...tapi tu la..ending dia buat SA tak puas la..bila dah terjebak macam ni la, sweet sangat lakonan Kamal Adli dan Puteri Aishah..lakonan Sharifah Sakinah pun sangat bagus dengan watak antagonis dia...drama ni pun dah habis dah kan...tapi nak share gak la kat sini...buat kenangan..antara cerita yang menambat hati dan menaikkan darah tinggi...citer baru tak layan lagi..now anak dara SA tengah layan citer Ben Amir ngan Mira Filzah tu...tengok citer tu sekali jer ari tu sebab anak dara SA akan record..nanti nak tgok kat youtube la..banyak episode dah terlepas...

Jom baca sinopsis...


SINOPSIS UTUSAN CINTA BUAT ADAM

Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasulullah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.

Adam bingung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen.

Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan.

Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang.

Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya.

Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula menggunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?

18 comments:

  1. hehehehe.. ni kawan2 kat office SK pun terjebak, hahaha

    ReplyDelete
  2. Best citer ni kak. Memula tak layan jugak. Tapi makin lama makin best. Heheheh saya ngn laki saya terjebak tengok citer ni. Hehehehe

    ReplyDelete
  3. Ending dia pun Mrs. A tak sempat tengok.
    Tengok time Aireen dengan Adam bumped into pastu tak sempat tengok kena hantar si Along pi tuisyen huhuhuu...

    ReplyDelete
  4. akak pun follow drama ni sampai habis. Jalan cerita dia lain sikit daripada biasa. Pelakon pun berjaya bawa watak dengan baik sekali.

    ReplyDelete
  5. tv kat rumah diwajibkan tutup pukul 7-8 sebab kalau tv on memang budak2 leka pandang tv jelah. (ammi pun sama gak) hikhik

    ReplyDelete
  6. Kinah pun follow cerita ni kak. Sweet sangat lakonan diorang. Kesian pulak si Yana tu sampai ke sudah jadi macam tu. Sekarang ni layan samarinda pulak lakonan shukri yahya dengan emma maembong hehe

    ReplyDelete
  7. Sis plak semua cite tak berapa layan, kalau rasa nak nengok, bukak youtube aje...pun banyak miss episodnya..sebab duk layan netflix aje sekarang hahahaa

    ReplyDelete
  8. hari tu masa awal2 kita layan jugak...dalam jahat2 sharifah sakinah dengan tokwan tu, ada kelakarnya...terbahak2 gelak..lama2 rasa makin banyak benda jahat, terus malas nak layan...hahahahahha

    sekarang ni Kau Yang Pertama tu pun macam best jugak...

    ReplyDelete
  9. Kak Sue tak sempat nak layan drama nie dah habis dah ya rupanya. Nanti layan kat youtube ja lah..

    ReplyDelete
  10. Memang best drama ni.. Tapi tu lah.. LeYa tengok pun ade jugak yang terskip episod.. Hehe..

    ReplyDelete
  11. sy tgk smpi diorg nikah je lps tu x tgk dah hehe

    ReplyDelete
  12. Sha tak follow tapi kadang tertngok juga.. Selalu tertengok tu mesti part Sakinah.. Memang sukalah tambah bila dia nyanyi2 tu.. hehehe

    ReplyDelete
  13. akak pernah tonton dua kali jer kot..tak sempat nk tonton kat youtube lagi tapi mmg suka lakonan Kamal Adli..

    ReplyDelete
  14. Ekin pun terjerebak gak tengok.. Cerita akasia yng paling emosi dan menyeramkan part ada hantu tu hahaha

    ReplyDelete
  15. banyaknya drama... tak tertengok akak

    ReplyDelete
  16. Saya tengok satu episod je. Dah pernah baca novelnya dan banyak beza dengan drama. Tak minat nak tengok bila lokasi dah ditukar. Dalam novel Utusan Cinta Buat Adam, lokasinya di Kuantan. Sekarang ni saya layan drama Sweet Dreams.

    ReplyDelete
  17. Aida nonton ni, sa.
    Tapi bukan ptg. Pagi. Kat utube.
    Menarik.
    Cinta yg diuji.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah