Wednesday, March 4, 2020

Panas Terik Tapi Salai Ikan..

Hi korang...

Last week SA berpeluang balik kampung bawak mak abah. Sebenarnya malas nak balik sebab panas, tapi kena paksa plak...so ikut aje la..Dania memang awal2 tak nak pergi..nak study katanya...so abah bawak la balik ikan keli dan ikan baung yang jirang bagi..rajin betul jiran tu memancing...memang bleh gang la ngan abah SA..

So cuaca memang panas terik...SA memang kalah kalau cuaca panas ni...lepas tu mula la jerawat mula nak naik banyak- banyak kat muka...ekceli SA ada je buat video..tapi post kat FB je...nak masukkan kat sini tak support plak..besar sangat katanya....nyampah tul..macam ni la SA hujung minggu habiskan masa dengan parent dan family lain...kalau balik kampung ada je aktiviti nak buat...jarang la kalau balik takde aktiviti...tapi aktiviti SA lebih kepada aktiviti makan la...bab menambah lemak memang suka sangat...


Salai ikan guna tempurung dan sabut kelapa


Ikan yang dah siap di salai..


Ada rezeki skit dapat makan sup cendawan busut..


Ikan keli salai masak lemak cili api campur daun gelugur


Panas weyh...

Memang Ahad lepas cuaca sangat- melampau panasnya...Seremban dah lebih sebulan x hujan...panas dia sampai pasang ekon pun tak rasa sejuk tau...tido malam pun tak selesa....panas macam ni bawak sampai ke Sungai Buloh...rasa berebus tau nak tido malam...tapi Sungai Buloh dah start hujan dah dari Isnin...semalam hujan sampai pagi..hari ni tak hujan....harap- harap lepas ni kalau tido selesa skit la..ada rasa sejuk...SA memang tak tahan kalau panas sebab tak boleh tido..pas tu sure lambat tido dan bangun pagi dah cepat...






15 comments:

  1. rajin akak..panas2 dok menyalai ikan..klu cik nor awal2 dah surrender..hihi

    ReplyDelete
  2. Teringinnya nak rasa ikan masak salai dgn pucuk gelugor :p

    ReplyDelete
  3. Suka juga cendawan busut masak air.

    ReplyDelete
  4. sedapnya...aroma asap tu...ya Allah....

    ReplyDelete
  5. dah salai baru sedap masak lemak kan SA :)

    ReplyDelete
  6. Dah susah nak dapat cendawan busut sekarang

    ReplyDelete
  7. cantik je kejadian ikan keli salai tu kak oi, macamne ye rasa masak lemak dengan daun gelugur tu, dana tak pernah jumpa apatah lagi rasa...

    sekarang cuaca panas litlit tak menahan betul

    ReplyDelete
  8. fuh menyalai di kala cuaca panas...mmg berpeluh222 ....mmg cuaca panas kn...skarang ni rasa nk mandi air terjun je haha

    ReplyDelete
  9. cuaca panas oii..aku duk dalam umah tak keluar pi mana pun huhuhu. Anyway i suka ikan salai...

    ReplyDelete
  10. Panas ni kan bil letrik tinggi..adoiii

    ReplyDelete
  11. akhir2 ni memang panas kannn...saya tido malam boleh terjaga sebab panas sangat..dah la takde ekon..bila da terjaga tu jadi susah kita nak tido balik...uhuhuhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah