Monday, March 23, 2020

Inilah Office SA Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Hi korang...

Sihat?

SA masih lagi sihat blom la jadi tak betul lagi dan otak pun tak tepu lagi...selain office WFH SA yang official, SA ada office lain kat rumah ni...haaaa..dapur SA adalah office SA yang paling penting dan only SA je boleh usik kalau SA ada kat rumah. SA tak suka orang lain waima mak or abah duduk kat dapur kalau SA ada kat rumah..2 hari sekali SA mesti buat sprint cleaning. Biasa la abah SA. Kalau benda tak perlu tu memang rajin dia simpan. Dapat kat SA memang SA akan buang je..dia tak leh nak kata apa. Paling banyaka dia cakap pun "omak kau ni Dania, sumo nak dibuang eh"

Hahahaha...so sepanjang 6 hari terkurung ni..SA memang akan masak ikut time. Adakala cepat dan adakala lambat. Lepas masak memang wajib lap balik bersih2. SA tak suka langsung kalau kotor. Bukan berlagak eh..masa buat kithen kabinet ni dulu SA just inform warna apa je..nth cane bila dah siap dan balik tengok jadi kaler putih...bila dah putih memang akan senang kotor la..SA masa tu mintak buat kaler merah at least tak nampak kotornya tapi nak buat cane dah jadi macam ni...sabar je la..so kena always lap dan pastikan bersih...




Berpeluh- peluh masak




Haa..yang kotak SA bersandar tu banyak2 tu bukan apa ye.itu air untuk Dialysis Mak SA...so memang hospital bagi air tu banyak sangat. 2 bulan sekali top up...macam ni la keadaan rumah SA. Dah tak dapat nak cantik- cantik dah. Semoga Mak SA terus sihat dan tak perlu dialysis lagi. SA dan keluarga memang menantikan keajaiban allah. Tak sanggup rasanya tengok mak SA susah lagi. Adakala dia sihat, adakala dia tak sihat. Nasib abah SA kuat lagi. Semoga terus kuat dan kuat. SA beh patah semangat kalau salah seorang tak sihat. Tengah Covid-19 ni memang menduga nak jaga keduanya especially Abah. Dia dah biasa hidup bebas kemana- mana tetiba kena berkurung plak. Nasib dia ketua keluarga kan..boleh keluar kejap beli makanan. Lega skit..kalau tak tu..terpaksa dengar dia berzikir nak keluar..nak keluar...ni bila hari-hari tunjuk kat dia jumlah mangsa baru dia faham kenapa kita larang...siap bagi ayat drastik lagi. Abah nak ke kalau terkena jangkitan Covid-19 ni family memang kena redha tak leh uruskana jenazah, kena tanam bulat- bulat macam tu je dibalut plastik xde mandi jenazah ke solat jenazah. Tayamum dan tanam je macam pesakit HIV. Haaaa rasa kejam plak ayat tu kan tapi SA terpaksa. 

Mencabar kan?

Nak tak nak kena hadap.

Semoga kita semua terus kuat dan kuat membasmi Covid-19, Lagi 8 hari je lagi korang...semoga takde agenda tambahan Perintah Kawalan Pergerakkan.

7 comments:

  1. Betul la.. Kena kemas lepas dah siap masak. Kalau tak nanti berminyak dapur.
    Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit-berjangkit merbahaya yang melanda dunia ini, Covid-19.

    ReplyDelete
  2. Banyak lepak di bilik tidur. Itu pejabat saya.

    ReplyDelete
  3. samalah dengan OM, itu office sepnjang perintah berkurung.

    ReplyDelete
  4. Memang office kat rumah jelah sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. tempoh perintah ni asyik masuk office yang satu je nih. harap cepatlah bebas covid -19 ni. Aaminnn

    ReplyDelete
  6. ok boleh tiru ayat akak nanti untuk nasihatkan mak saya...sama tu degilnya dengan abah akak...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah