Monday, March 23, 2020

Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles Untuk Hadiah Tunai RM20,000!

Cabar Cita Rasa Anda Dengan Perisa Misteri Serba Baharu Edisi Terhad 



Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.










Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!



Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020.  Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!




"Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, "Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti!"  Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga," kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.

"Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar! Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk "meneka" perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.



Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"!
• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
• Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya.  Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda "menyelesaikan" perisa dengan betul!

Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the Flavour" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook: @Pringles Malaysia.

Mengenai Pringles
Dalam masa 40 tahun ini, Pringles telah berkembang menjadi makanan ringan sensasi di peringkat global. Pertama kali dicipta pada tahun 1966 di Amerika Syarikat, dan dilancarkan secara rasminya di seluruh negara pada tahun 1975, Pringles dengan pantas telah menjadi sensasi di seluruh negara yang didorong oleh bentuknya yang unik seperti pelana yang disusun bertingkat-tingkat di dalam bekas silinder dengan ikon Mr. P.  Kerepek Pringles yang ikonik kini dijual di 140 buah negara dan boleh didapati dalam lebih daripada 140 perisa ikonik.

Pringles diwujudkan untuk meningkatkan pengalaman nikmat makanan ringan melalui keseronokan dan bermain. Di Pringles, kami mencari orang yang gemar ketawa dan bermain. Mereka menjadi penjelajah sosial yang mengoptimumkan pengalaman dengan mencari kelebihan dalam setiap perkara setiap hari, mengubah yang biasa menjadi luar biasa. Pengguna kami ingin tahu dan gemar meneroka tempat, makanan dan pengalaman baharu.

8 comments:

  1. teka perisa dpt wang tunai...best juga tu

    ReplyDelete
  2. Wahh bertuah sapa yg berjaya menekanya..lumayan tu..

    ReplyDelete
  3. amboi bkn main SA tgk ingredient nya ek, siap guna hablo 😁😁 semoga ada rezeki ya. saya nak join tapi so far belum jumpa lagi pringles tu. lebih2 sekrg dgn perintah duk rumah, susah lah nak cari

    ReplyDelete
  4. Menarik contest ni. Siapa dapat teka tu memang hebat lah. Goodluck untuk semua yang join. Hadiah pun menarik.

    ReplyDelete
  5. nak kna join gak ni..mana tahu ada rezeki..:)

    ReplyDelete
  6. akak rasa tu perisa apa? hihihi

    ReplyDelete
  7. aida cari gak ni. takde.
    khas utk review jer ye.
    best tu kalau dpt rasa. mana la tau ada rezeki menang, kan :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah