Saturday, March 14, 2020

SEMARAK AURA MERAH JAMBU CHEESY PINKY BERRY COOLBLOG

Minuman Baharu Coolblog Cheesy Pinky Berry Strawberry Kini Menghangatkan Deria Rasa anda di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara.


Hi korang..

Jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa, CoolBlog berinovasi untuk mencari perisa tempatan dan global yang terbaik menggunakan ciptaan ais dicampur dengan perisa yang berasaskan buah-buahan. Dengan tagline "Let Coolblog Pink Your World, Coolblog Malaysia dengan bangganya mengumumkan perisa baru mereka yang didatangkan dengan 3 perisa baru iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, Cheesy Pinky Berry StrawberryCheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo  khas untuk semua penggemar smoothies di seluruh negara. SA percaya ramai yang meminati minuman smoothies Coolblog ni kan..nak pula perisa terbaru ini didatangkan dengan cup comel yang menambat hati semua. Especially anda yang mencintai warna merah jambu.  Misi CoolBlog adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat.



Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog Cik Win Zakaria, hadir di konti radio SURIA FM hari ini untuk secara rasmi memperkenalkan siri minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Cheesy Pinky Berry. Majlis perasmian ini mencipta sejarah kerana buat julung kalinya perasmian minuman terbaharu Coolblog diadakan secara langsung didalam konti radio yang dihadiri oleh barisan utama penyampai radio SURIA FM seperti Issey, Fizi, Tyzo, Rara dan Suraya kemunculan pelakon yang popular dengan watak Lailer didalam drama bersiri‘Kampung People’ iaitu Riena Diana semasa majlis pelancaran turut menambahkan lagi hangatnya aura merah jambu yang dibawakan oleh Coolblog. Mengangkat keenakkan dan keistimewaan buah strawberi, Cheesy Pinky Berry oleh Coolblog ini didatangkan dalam 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, Cheesy Pinky BerryStrawberry Cheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo menandakan kempen pertama oleh Coolblog bagi tahun 2020.

PERASMIAN CHEESY PINKY BERRY COOLBLOG

Dengan taktik komunikasi – Let Coolblog Pink Your World, mesej utama kempen Cheesy PinkyBerry ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat tunas rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies. Cheesy Pinky Berry  dijual pada harga RM8.80 bagi size 700ml dan boleh di dapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia

KEMPEN SAMPINGAN  CHEESY PINKY BERRY


Muzik Video Cheesy Pinky Berry



Bagi menyemarakkan  lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea,  muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti. mereka. 

Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry 

Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarianTikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog.


Cik Win Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog 

"Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan  Cheesy Pinky Berry  sebagai taruhan pertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berry ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat berbanding siri kempen sebelum ini. 

Apa yang menarik pada kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang trendy dan terkini bagi tahun 2020. Bukan mudah untuk kami menyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy PinkyBerry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky.






Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan strawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citaras penggemar minuman smoothies di Malaysia. Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim. Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo dan akhir sekali Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar. Kami percaya ketiga - tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog"

Untuk maklumat lanjut




17 comments:

  1. Memang tengah laku rasa strawberi dan keju.

    ReplyDelete
  2. Selalu dok oder honey dew ja..yg ni nampak mebeles jugak

    ReplyDelete
  3. Selalu dol oder honey dew ja..yg ni nampal mebeles jugak

    ReplyDelete
  4. Panas panas ni dpt sedut masuk tekak air Coolblog ya Tuhan sedappp

    ReplyDelete
  5. warnanya tertarik menarikk aih

    ReplyDelete
  6. amboih menariknya... dahla isi dia nampak colorful cantik sangat pink tuh

    ReplyDelete
  7. comel sangat edition ni tapi coolblog dekat rumah dah tutup :(

    ReplyDelete
  8. sedapnya perisa stoberi. dpt bayangkan rasanya

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sis Suria Amanda, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  10. Wah.. cantik dan menawan.. pink gitu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah