Friday, August 26, 2022

Orang Hanya Nampak.........

Assalamualaikum....

Sedikit busy...tengahari tadi SA scroll FB sambil makan....terjumpa ayat ni dari FB seorang cikgu..Cikgu Mohd Fadhli Salleh...Best betul ayat ni and SA share kat sini bagi credit kat bawah....


Orang hanya nampak apa yang kita tunjuk sahaja.

Nampak senang, walau sebenarnya tengah sesak.

Nampak bahagia, walau sebenarnya sedang menderita.

Nampak ceria, walau sebenarnya merana.

Nampak ketawa, walau sebenarnya menyorok luka.


Jangan mudah judge sesiapa. Kita tak pernah tahu apa yang mereka sorok dari pandangan kita.

Semoga sesiapa sahaja yang tengah susah, diberi kesenangan. Yang sedang sakit diberi kesembuhan. Yang sedang kesedihan diberi kebahagiaan.

Selamat petang para pelakon pentas dunia!

Credit : FB MFS


Hari ni cadangnya tak nak la bawak bekal...sekali Pak Zain cakap bawak la bekal...dah la harga makanan mahal sekarang ni...kebetulan Mak Pah masak kurma daging...SA balik kerja semalam semerbak bau dalam rumah...x senonoh perangai SA amik pinggan senduk nasi sesenduk and amik lauk kurma daging...konon hari ni tak nak bawak bekal sebab biasa Jumaat SA akan keluar tengahari..sekali kena bebel...nak tak nak bawak la bekal...


Bekal SA hari ni...nasi sikit...dan lauk kurma daging..bahan2 lain ada bawah daging tu..hahaha


Stok buah SA dah abis...so SA beli buah potong kat Sam Groceries...murah pun murah


Yeay...

Kejap lagi nak balik dah...boleh rehat...yeayyyyyy.......happy weekend korang..kalau rajin SA update blog ye....

13 comments:

  1. Sedapnya kurma daging tu...
    Tu rock melon ke honey dew namanya..saya selalu kompius dua buah ni

    ReplyDelete
  2. setuju sebab apa yg org nampak hanya yang indah indah sahaja...

    ReplyDelete
  3. setuju sangat SA, kak ana pun suka sembunyikan personal live dari socmed ni, eloklah bawa bekal SA sedap sangat air tangan mak pak nii kan..

    ReplyDelete
  4. Murahnya buah tu. Tadi pun beli buah masa bawak mak checkup kat hospital.

    ReplyDelete
  5. ok..ada sikit lagi daging dalam peti sejuk tu. Boleh buat kurma nanti

    ReplyDelete
  6. Hakikat selalu tersirat kan kak.

    ReplyDelete
  7. Bawak bekal memang best plus jimat.

    ReplyDelete
  8. Orang nampak yang indah sebab kita pun hanya tunjuk yang indah je.Yang kurang indah tu kita simpan..

    ReplyDelete
  9. betul tu SA...yg kita pamerkan bukanlah 100% apa yang kita lalui...takkan nak share setiap inci perkara yg kita lalui. share yg baik2 je dahlah kan

    ReplyDelete
  10. untungla pak zain rajin bebel srh bawak bkal..blh jimat duit makan..:)

    ReplyDelete
  11. so true... yg indah2 je kita share kan, jrg la nak share yg x indah kan...

    ReplyDelete
  12. bagus ada yang tukang masakkan kak.. jimat

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah