Thursday, September 15, 2016

Eiduladha 2016 | Daging Cincang Masak Lemak Cili Api

Hi korang
Pernah atau suka makan daging cincang? 
Daging cincang adalah makanan kegemaran kami sekeluarga cuma dah jarang masak sebab abah ngan mak dah tak boleh makan daging sangat...dulu boleh di bilang sebulan 2-3 kali mesti masak gulai daging cincang atau Daging Cincang Masak Lemak Cili Api..kenapa di panggil daging cincang? tak pasti la..maybe daging ni di potong2 bahagian lemak yang dicampur daging itu sendiri...


Resepi Daging Cincang Masak Lemak Cili Api

  1. 1 kg daging cincang ( dicuci bersih)
  2. Segenggam cili padi - ditumbuk
  3. Kunyit hidup 2 ketul sebesar ibu jari - ditumbuk
  4. serai 4 batang - dititik
  5. 1/2 kilo santan
  6. 3 biji kentang dipotong 4
Cara- cara masak
  1. daging, bahan tumbuk dan kentang serta serai di kecutkan dengan api perlahan, biarkan sehingga air dari daging kering
  2. masukkan santan
  3. di kacau selalu untuk elakkan bertahi minyak
  4. tambah sedikit air dan garam
  5. biarkan mendidih sehingga kentang masak dan daging empuk
  6. tutup api dan sedia di hidang
Senang kan?

Selamat mencuba



24 comments:

  1. Baca resepi pun dah terasa-rasa kesedapannya.. Lagi satu faveret kami, daging salai masak lemak cili api, tambah belimbing, perghhh... hehe...

    arniesamsudin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging salai pun sodap..selalu salai sendiri je..kalau beli mahal kan..

      Delete
  2. kalau dapat kentang tu sedapnyeee, segala rempah dah meresap sebati... terbaik

    ReplyDelete
  3. Erm..masak lemak tu buat terbuka selera..musim sekarang ni dapat byk daging korban..jadi boleh la buat pelbagai masakan daging kan kak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi awas..x boleh makan selalu..kolestrol tinggi

      Delete
  4. Sodap eh daging cincang masak lomak. Letak potato.. Emmmm yummeh

    ReplyDelete
  5. kali pertama dgr daging cincang.. :)

    ReplyDelete
  6. kat rumah masih ade daging.bleh try ni.

    jemput ke : adianazulhilmistory.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. perghhh..mesti pedas gilosss ni...hehe

    ReplyDelete
  8. senang... simple & tasty...

    ReplyDelete
  9. Wowwww...kentang tu kalau lembut lg sedappp kann..

    ReplyDelete
  10. Nyum2! Kite mmg peminat daging.. Sedapnya.. Glup!

    ReplyDelete
  11. Sedap nampak daging masak cili padi kalau afa daging boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  12. Kentang kena lebih, kalau tak nanti anak2 berebutkannya.. huhuhu...

    ReplyDelete
  13. Sedapnya ada kentang. Minat gler dengan kentang ^^

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah