Monday, September 19, 2016

Tampil Langsing dengan Centa Svelte Slender Jelly

Hi korang..

Dah lama sebenarnya tak jadi testimonial untuk mana- mana produk, alhamdulillah terpilih untuk review produk Centa Svelte dan seterusnya menjadi testimonial.Centa Svelte dirumuskan oleh Swiss Biotechnologies Antarabangsa di Genva , Switzerland. 

Produk ini adalah sejenis produk pelangsingan dalam bentuk jeli dan rasanya lebih ke arah buah berries. Ia membantu untuk membakar lemak badan, menghalang pembentukan lemak dan mengurangkan kelaparan. Produk ini membantu untuk kurus dengan cara yang sihat . 

Produk Centa Svelte mengandungi :
  1. Garcinia Cambogia - menghalang pembentukan lemak dan juga mengurangkan rasa lapar . 
  2. Teh ungu - merupakan salah satu yang terbaik bahan-bahan anti -oksida di kalangan keluarga Teh. 
  3. L- Carnitine membantu membakar lemak yang berlebihan
  4. Young Honey Orange Extract-meningkatan kadar metabolik 
  5. Acai Berry - merendahkan tahap kolesterol dan buah-buahan anti -oksida yang tinggi.



Kebaikkan produk Centa Svelte :
  1. Membakar lemak
  2. Mencegah pembentukkan lemak
  3. Menggalakkan metabolism aktif
  4. Meningkatkan kekebalan tubuh
  5. Mengurangkan rasa lapar
  6. Membuang toksin
  7. Tiada bahan tambahan atau pengawet
  8. Tiada gelatin
  9. Kandungan bahan semulajadi



Sebelum dengan berat badan 56kg
produk ini perlu diambil dengan segera selepas dibuka


20 sachet dalam setiap kotak


Pengambilan 2 kali sehari iaitu 1 sachet sebelum sarapan dan 1 sachet sebelum makan malam, untuk result yang cepat perlu minum secawan air (300ml) bersama setiap satu sachet


Centa Svelte Slender Jelly menjadi pilihan...


Berat badan dari 56kg kini tinggal 53kg 

Macam tak percaya jer berat badan berkurang sebanyak 3 kilo setelah 2 minggu mengamalkan Centa Svelte.Memang selera makan agak kurang sejak mengambil produk ini. Ianya mengawal rasa lapar seterusnya mengawal berat badan juga. Yang penting perut aku dah tak menggeleber atau flabby dah..sekarang rasa yakin nak pakai baju apa pun..

Aku percaya dengan mengamalkan pengambilan produk Centa Svelte ini secara berterusan dan disiplin yang kuat aku akan dapat berat badan yang diidamkan..ye la korang pun faham la kan sebab aku ni selalu dapat jemputan food review so berat badan jadi tak tentu hala. Adakala senang turun dan ada kala senang naik walau makan sedikit aje.Dengan adanya produk Centa Svelte ni aku dah tak perlu risau nak makan atau menerima jemputan food review dah...

Langkah- langkah pengambilan
  1. Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan atau sedang hamil, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil supplement.
  2. Simpan di tempat sejuk atau kering iaitu suhu bilik
  3. Tiada penggunaan pewarna tiruan di dalam bahan  semula jadi, rasa dan warna mungkin berbeza-beza bagi setiap batch.Warna semula jadi tidak mempunyai kesan ke atas kualiti

Korang nak cuba produk Centa Svelte ni?

Tak perlu risau, produk ini boleh didapati di Watson dan Guardian pharmacy di sekitar korang dengan harga berpatutan dan mampu milik iaitu RM95.30  

Maklumat lanjut tentang Centa Svelte Slender Jelly DISINI

Selamat mencuba!!!


13 comments:

  1. wahhh.. untunglah.. dah turun berat badan SA..

    ppsttt.. jemput join giveaway mia ya... http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete
  2. tahniah kak terpilih utk review. Pernah dgr psl produk ini. Mmg ramai yang dpt result positive

    ReplyDelete
  3. Kak Diamond xleh makan nih.. Skrg pon dah underweight.. Huhu.. Sejenis yg susah nak tambah berat walau makan serupa hantu.. Huhuhu~

    ReplyDelete
  4. Wahh kurus dah bagusnya produk ni

    ReplyDelete
  5. eerrr... ai try jugak boleh..?
    ok tak payah jawab, dah tahu dah jawapannya.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  6. wahhh..semakin langsing..produk untuk naikkan berat ada tak kak?hahaha

    ReplyDelete
  7. Wow. Betul betul berkesan ek? Tahniah sis. Tapi sis memang maintain langsing ^^

    ReplyDelete
  8. wah.. betul-betul berkesan nih

    ReplyDelete
  9. kena trylah raya ni nk kurus hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah