Wednesday, August 14, 2019

Sesekali Berkumpul Memang Meriah..

Hi korang...

Cuti raya haji lepas anak- anak saudara SA berkumpul, yang dari Muar 2 orang, Dida, Si kembar dan Aidan..yang takde cuma anak adik bongsu..si Opick dan Tiara. Diorang last minute balik Perlis sebab ada kenduri..bila dah berkumpul tu..adakala elok main sama- sama..adakala bergaduh dan kaki sentap memasing..padahal bukan selalu pun berjumpa..yang perempuan biasa la semua teruja nak tunjuk kebolehan masing-masing..yang lelaki buat hal sendiri la..leka ngan game..Zikri dah besar so layan hp je..sesekali join adik- adik kalau dah bosan..kakak dania kat bilik atas ulangkaji pelajaran sebab sibuk nak exam..memang tak bagi adik- adik sepupu naik atas kacau..tapi dalam gambar kat bawah tu lepas plak naik atas...rupanya kakak dania dah izinkan naik atas dengan syarat jangan bersepah. Kakak Dania plak suka buat video..so korang tengok la video kat bawah tu nanti....nak gelak tengok ragam masing- masing..












Macam - macam ragam dah kan...korang tengok lah video tu...nasib baik la kakak Dania mood baik layan adik- adik sepupu dia...bila dah sesekali berkumpul ni memang macam- macam la..rajin kakak dania jaga dan buat video diorang...haih..siap pandai plak buat product review session...amboiii...nak caras mama ke apa ni...gambar banyak gegar sebab diorang tak konsisten banyak bergerak kata kakak Dania..nanti nak buat la gathering lagi adik badik..kali ni biar semua ada baru meriah...yang dari Muar tu bukan selalu bleh balik bercuti sebab sana kan cuti Jumaat Sabtu...Ahad dah kerja dan start sekolah..tu yg payah berkumpul...tapi kena plan la betul- betul sebab baru sekarang diorang boleh join..lepas mak mertua adik meninggal baru- baru ni. sebelum ni diorang tak dapat kemana sebab jaga mak mertua yang sakit kan..nanti hujung tahun SA nak plan small gathering untuk kami adik beradik...

9 comments:

  1. bila ramai2 tu seronok...yg tak tahan tu bab bising melampau

    ReplyDelete
  2. Paling suka bila bebudak bkumpul camni, aku masakkan diorng kid meal. Suka tgk berebut2 makan, semua bselera 😁

    ReplyDelete
  3. kita kalo balik kedah, anak-anak buah lelaki ramai..macam tu la riuhnya, kejap semua harmoni main game sesama, kejap lagi kang dengar suara budak teriakkk sampai ke dapur...hahahah

    ReplyDelete
  4. seronok kalau tiba time makan... yg x suka mkn bla dah ramai2 tiba2 jd berselera ;-)

    ReplyDelete
  5. Hamboi.. kemain artis-artis cilik nie beraksi depan kamera.. Bagus kakak Dania layan adik-adik sepupu dia..

    ReplyDelete
  6. rajin Dania layan adik2 tu semua...makin manis sungguh Dania tuu

    ReplyDelete
  7. Meriah bila berkumpul2 ramai ni.. Bagusnya kakak dania layan sepupu2 mereka

    ReplyDelete
  8. Meriah betul bila ramai ahli keluarga berkumpul.

    ReplyDelete
  9. Happy nyer k dania ramai adik.
    Best bila tgk anak2 berkumpul ekk, SA.
    Berborak. Bermain...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah