Thursday, March 19, 2020

Cabaran WFH Hari Pertama

Hi korang...

Mode WFH hari kedua....semalam berjalan dengan lancar..cuma tak on lappy all the time la...hotspot pun tak on..ni settlekan email dan on hotspot as usual..SA boleh tau email masuk sebab dah set email kat handphone.kalau perlu balas thru handphone SA balas je terus..kalau perlu bukak lappy, SA on lappy...so..korang macam mana hari pertama Kawalan Pergerakan semalam?ikutkan pada SA sendiri sangat mencabar. Mencabar dari segi nak menjaga dan baby sit 3 anak buah perempuan yang banyak ragam. Penat jugak...tapi lagi penat nak control orang tua a.k.a Abah SA...ya allah..selang sejam dia request nak pi mancing. Sampai SA terpaksa sorokkan kunci kereta dan kunci motor. Bila dah malam je SA keluarkan kunci dan letak kat tempat biasa.Ingatkan dia behave....eh...tak pulak....dia bleh keluar rumah pukul 9 malam naik motor pergi Zemart area rumah SA ni...aduhaiiiiii....geram betul..dah cakap tak boleh keluar dah...rupanya dia lambat balik sebab kena than roadblock...haaa rasakan...degil..masa dia pergi tu takde roadblock tapi masa nak balik tu ada roadblock baru start. Rasakan...geram betul SA..bukan apa tau korang..bunyi SA cakaap macam kejam kan buat macam tu kat ayah sendiri..tapi kena ingatkan perintah kawalan pergerakkan ni bukan kerajaan nak menyeksa semua orang, lebih kepada nak membasmi virus Covid-19 tu. So SA suruh dia terus cuci tangan dan mandi...nasib baik abah SA ikut cakap. Dah la x pakai mask masa keluar....bila cakap bahaya ada jer jawapan dia.. So sangat menduga la hari pertama semalam. Pagi ni nampak dia behave je.......

So hari ni SA nak share aktiviti semalam...takde pun yg best...macam biasa la..


Mamalong with her adorable princesses niece...


Bersepah rumah...time bagi diorang morning break at 10.00am


Then start masak at 11.30am


posing jap


Sambil masak sambil dengar lagu...heaven oiii...kat opis x leh buat macam ni


Ayam masak lemak cili api


Ikan goreng kicap


Kobis goreng


Aleesya Qhaira Wilda


Ezarra Adeliya


Ezarra Aressa


Done day 1 WFH


Memang agak mencabar jaga 3 orang ni..ada hati plak kan SA nak ada anak ramai...heeee...cukup la kakak Dania sorang je..cukup la lagi 8 orang yang macam- macam kerenah..sekejap jer 3 orang ni dengar cakap..pas tu bergaduh balik...itu perempuan tu.kalau lelaki macam mana?part paling susah nak suruh makan nasi..korang tgok la muka masing-masing especially si kembar tu....geram je..lepas tu suruh tido petang semua tak nak tido. Lka main..dah maghrib baru nak tido...sabar jer la..

Hari ni si kembar takde, ada Dida dan Dania je..sunyi skit rumah...Dida ni takpe tak banyak ragam...tapi ragam dari Baby tua plak...dari tadi merengek nak keluar pergi mancing...haih...cane nak buat pun tak tau la..rasa nak call je polis suruh terus buat roadblock non stop..senang..macam jadi cacing kepanasan plak dia...ada 12 hari lagi nak tempoh ni....semoga allah kuatkan hati SA..hahaha...

SA berharap sangat virus ni cepat hilang...semoga keadaan pulih seperti biasa..semalam pun PM dah merayu semua rakyat Malaysia agar patuh perintah kawalan pergerakkan..nampak kekecewaan pada wajah PM kita semalam...perintah ni hanya untuk 14 hari je tapi ramai yang gelabah dan panik. Jangan sampai perintah berkurung pulak keluar nanti..kalau dah keluar perintah berkurung..habis la..habis segalanya nanti..

9 comments:

  1. Havoc first day WFH.

    Aamiin. Take care, stay safe. xx

    ReplyDelete
  2. ikan goreng kicap sama menu ..kita masak utk lunch..bila ank tau mak keje dr umh..mcm2 die request soh masak smlm ..lapar aje..nasibaik arini puasa

    ReplyDelete
  3. Pagi semalam Mrs. A masih pergi kerja seperti biasa tapi dalam pukul 10.30 macam tu dapat arahan semua boleh balik.
    Mrs. A pun semalam menu masak kicap tapi ayam masak kicap.

    ReplyDelete
  4. semalam masih pergi opis sebab ada banyak kerja nak settle. tp staff dah cuti dah..suruh stand by je kat rumah

    ReplyDelete
  5. eh eh sama la menu kita semalam...hihihi

    teringat juga parents kat kampung nun...harap2 diorang bersabar duduk kat rumah..

    ReplyDelete
  6. Bertujuan kebaikan. Taknak virus tersebar. Orang yang kena tak tunjuk simptom awal-awal, jadi kalau dia keluar, dia dah jangkitkan orang lain. Nak elak ramai kena.

    ReplyDelete
  7. sedapnya menu kak SA.. mencabar sungguh bila WFH ini dan dikelilingi sicilik yang ramai.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. abah aida, dok dgn kakak di bangi.
    sebaliknya pulak, SA.
    tak bagi semua org keluar rumah. abg ipar nak ke opis jap amik dokumen, dibebelnya!
    kakak aida & anak sulung dia = doktor. tu pun kena bebel.
    sah-sah la diorang berdua kena keje kan :) ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah