Friday, October 25, 2013

Kepah/ Kupang Masak Merah Berserai....

Satu lagi resepi untuk korang yang buntu x tau nak masak apa minggu ni...jom share sama2...


Sumber Mingguan Wanita 

Masakan laut akan jadi pilihan Mingguan Wanita kali ini dan mungkin ramai yang tidak begitu ramai yang menggemari makan kepah. Namun jika dimasak dengan cara yang betul dan ubah kelainan cara memasak, pasti masakan laut juga mampu mencuri hati anda. Jom cuba masak Kepah Masak Merah Berserai.

Bahan-bahan:
1 kg kepah - dicuci bersih
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
10 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 helai daun limau purut
3 batang serai - dititik
200 ml air
1 kiub ikan bilis
1 biji cili – dihiris
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar hingga naik minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan serai. Tumis lagi hingga garing.
Tuangkan sedikit air . Masukkan daun limau purut dan kiub ikan bilis. Biarkan hingga mendidih.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah agak pekat.
Masukkan kepah, kuatkan api, tutup kuali dan biarkan ia masak anggaran 5-10 minit. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan cili hiris, daun ketumbar dan daun sup. Tutup api dan siap untuk hidangan.
Aku x pernah cuba lagi masak Kupang/ Kepah style macam ni...next nak pi Muar hujung bulan November ni insyaallah nak beli Kupang kat sana dan masak kat rumah adik aku...confirm nanti aku share kat sini eh....
sejak umur dah 30an ni macam rajin plak nak cuba macam2 resepi....adat kot?


Have a great weekend korang....mmmuahhss...

12 comments:

  1. aduh kakkk... sedappppp. meleleh ayaq liuq tengok

    ReplyDelete
  2. ya Allah Ya Allah Ya Allah.. dah lah tengah lapau ni.. sedaps nya wpun gambar kupang.. tp zaza bygkan kupang ni dimkn dgn nasi.. yummiessssssssssss =)

    ReplyDelete
  3. Saya kopipes ajelah...memang buntu tak tahu nak masak apa hujung minggu ni!

    ReplyDelete
  4. hui.. sdap tu.. lma x msk kupang nih..

    ReplyDelete
  5. woww..terbaik lah ...sgt mudah resepi ni ..tp sy tak reti masak

    ReplyDelete
  6. stalker jap resepi.... ngencess memalam bute ni hahhh

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah