Tuesday, March 7, 2017

Moral Cerita Ketam Melayu..Ketam Cina..

Amalkan Pemikiran Positif Buang Sifat Negatif

Jom baca cerita di bawah

*Melayu:* Hello Apek! Itu ketam ada jual ka?

*Cina:* Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

*Melayu:* Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

*Cina:* Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

*Melayu:* Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

*Cina:* Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan belajar macam mana dia boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

*Melayu:* Ketam Melayu tak itu macam ka?

*Cina:* Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar. Yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

*MORAL OF THE STORY:*

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana dia boleh berjaya. Cina yg dah berjaya itu pula, akan ajar dan tolong Cina lain agar dia pun berjaya juga.

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini.

Sebab itu Melayu susah nak maju.
Jadi janganlah kita menjadi seperti ketam itu.
Sama-sama lah kita membantu antara satu sama lain..

15 comments:

  1. Kisah yang baik untuk dijadikan pengajaran... memang lahiriahnya dan realitinya begitu...

    ReplyDelete
  2. Tapi sekarang semua pun macam tu AS. Ana ada kawan Cina, dia pun mengalami masalah yg sama. Dengki sesama peniaga. Mungkin org kita yg agak berlebihan dalam bab ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. Takut nak komen.. Takut berbau politik.. Tapiiiiii.. Itulah hakikatnya..

    ReplyDelete
  4. inilah kenyataan orang kita sebenarnya. memang tak dinafikan.

    ReplyDelete
  5. penah dgr cite nih lama jgk kak... tp kan betul tau dana pernah nampak org jual ketam nipah ni jns yg cina punya ngn melayu mmg mcm kisah benar tu hehehhe...

    yelah melayu, pantang nmpak pesaing naik skit dh di sihir di santau
    kalau cina lg dia tau ada pesaing lg dia seronok sbb ada cabaran

    ReplyDelete
  6. yang baik, boleh jadikan tauladan....sedap plak terbayang ketam masak cili....hehehe....

    ReplyDelete
  7. kisah yang membawa maksud mendalam..melayu-melayu mohon terasa
    JanjiKita

    ReplyDelete
  8. Memang diperakui kak..thanks sharing

    ReplyDelete
  9. Hakikat yang sukar diterima.. Tapi telan ajelah.

    ReplyDelete
  10. Perasaan hasad dengki yang tinggi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah