Friday, March 10, 2017

Perkongsian Inspirasi Wanita Terbilang Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavingze International

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL


Belum terlewat lagi rasanya untuk SA ucapkan Selamat Hari Wanita buat semua wanita di seluruh dunia. Bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang setiap tahun di sambut pada 8 March SA berkesempatan meraikan sambutan Hari Wanita anjuran Stellavingze International di Menara Melilea Bangsar South bersama- sama dengan Puteri Umno Lembah Pantai. Majlis yang berprestij di hadiri oleh semua wanita- wanita hebat yang sudi berkongsi pengalaman sebagai wanita Berjaya. Perkongsian hebat seharusnya dihargai kerana jasa dan idea yang dikongsi sangat berharga dalam memajukan ekonomi, social dan dunia intelektual negara. Figura wanita hebat bukan hanya menguruskan rumahtangga malah boleh berjaya setanding kaum lelaki di luar sana.

Hebatkan semua wanita?SA sendiri sangat bangga menjadi seorang wanita apatah lagi dengan pengalaman sebagai ibu tunggal selama 12 tahun cukup memberikan SA satu pengalaman yang berharga dalam menempuh liku- liku kehidupan dan tanggungjawab membesarkan anak disamping memeberikan tanggungjawab sepenuhnya dalam kerjaya. Satu pengalaman yang sangat- sangat berharga dimana SA banyak mempelajari erti pengorbanan dan tanggungjawab tanpa mengenal erti penat lelah.

Bukan mudah menjadi seorang wanita apabila semua tanggungjawab lebih tergalas di bahu mereka. Mereka lah Ibu, ayah, pendidik, penjaga malah semua jawatan yang ada di dunia ini disandang oleh wanita. Wanita yang bertungkus lumus memastikan keluarga dan rumahtangga cukup segalanya, makan pakai terjaga malah tanggungjawab memantau pembesaran anak juga digalas. Sebab itu wanita sangat istimewa.Wanita juga insan yang dipertanggungjawabkan mencorak kehidupannya.
Betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang wanita kan.

Oleh itu pihak Stellavingze International menampilkan tokoh- tokoh wanita berjaya dalam sesi bual bicara pada malam tersebut. Tokoh Wanita yang dijemput ialah:


  1. Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
  2. Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah   Pantai
  3. Ms Wee Siew Ling, pengarah urusan Stellavingze International
  4. Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib President Yayasan Wanita Cemerlang.


Jom kita ikuti ulasan bual bicara panel yang dijemput oleh pihak Stellavingze International.



Sessi bual bicara perkongsian Inspirasi wanita berjaya.

 Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA) 

Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Beliau mengulas tentang bagaimana beliau mampu membentuk seorang anak yang kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokong sehingga cita-citanya tercapai. Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Tambahan beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa

Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak serta budi yang baik.

Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi

Beliau mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan  dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga

Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai 

Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga.

Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berkerjaya pula beliau menasihatkan untuk sekali-sekala adakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Beliau juga berpesan bagi wanita untuk sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan

Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang

Datin Noor Faezah memulakan forum dengan berpendapat bahawa wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. 

Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka.

Mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru tugas kita sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah.

Akhir kata beliau berkata bahawa wanita mempunyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi cabaran

Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International

Ms Wee Siew Ling yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Stellavingze International berkata bagi seorang ibu yang bekerja seperti beliau, selalu menghadapi kekangan masa. Beliau perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya beliau sering mengorbankan diri sendiri. 

Namun begitu, beliau berkata tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa. Beliau memetik formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International

Formula tersebut adalah :

Kebahagiaan wanita = (+) Kasih sayang/cinta , (-) Kebencian/ kemarahan , (x) Kesyukuran , (÷) Umpatan/ gosip

Beliau berpandukan formula itu selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International, dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang.

Mengakhiri ucapan beliau, beliau berkata wanita umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami.



Stellavingze International mempelawa semua wanita untuk menjadi sebahagian daripada mereka dengan menyertai kursus dan latihan untuk membina dan meningkatkan nilai kewanitaan dalam diri...terdapat dua kursus dan latihan yang boleh disertai:

❤ Stellavingze Guiding Star - Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti 


Objektif:

1. Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan 
2. Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya 
3. Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya 

Stellavingze Guiding Star menyediakan:

~ Kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh. 
~ Menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran. 
~ Menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja. 

Kursus dan Latihan: 

➔ Kelas Imej Perniagaan 
➔ Latihan Skill Perniagaan 
➔ Kursus Ekslusif Home Party MELILEA 
➔ Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan 
➔ Kelas Pengurusan Perniagaan 
➔ Kelas Kualiti Kepimpinan 

Kelayakan Penyertaan: 
Pendidikan : Ijazah 
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih 
Umur: 25 - 60 tahun

❤ Stellavingze Smart Star - Peningkatan Nilai Kewanitaan 


Objektif: 

Membantu wanita dalam mengurus Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga, Anak-anak dan Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah 

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star: 

➔ Kelas Imej 
➔ Kesihatan dan Kecantikan 
➔ Pembentukan Minda dan Rohani 
➔ Pengurusan Rumah Tangga 
➔ Interaksi Bersama Anak 
➔ Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah 

Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star: 

· Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia 

Kelayakan: 

· Pendidikan:Diploma / Ijazah 
· Pengalaman:2 tahun ke atas 
· Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang 

Syarat-syarat kemasukan: 

· Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita 
· Perlu menjadi ahli Stellavingze International


Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia!!!

Maklumat lanjut tentang Stellavingze boleh layari 



12 comments:

  1. Meriah event ni..Selamat Hari Wanita SA ;)

    ReplyDelete
  2. wanita yang hebat adalah wanita yang berjaya dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan

    ReplyDelete
  3. selamat hari wanita dari aida utk SA.
    kita wanita, mampu menggoncang dunia!!! yeahhh!

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut hari wanita... lelaki punya bila? huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Wanita kak SA.. :)

    ReplyDelete
  6. Hebatnya event. Meriah.. Selamat hari wanita kak SA..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah