Sunday, March 26, 2017

Bersyukur Dari Tak Dapat Langsung..

Dalam keadaan ekonomi negara yang teruk zaman sekarang ni..dengan semua benda dah naik harga, baik minyak, baik barang-barang kawalan..apa yang kita dapat dalam sektor pekerjaan tu baik gaji, bonus dan kenaikkan gaji tahunan sikit ke banyak kena la kita panjatkan syukur..sekurang-kurangnya kita ada jugak peluang merasa semua tu kan? Separuh company mana ada semua tu malah banyak benefit dah dimansuhkan dan dah mula berjimat..malah ada yang kena buang kerja kan?
SA buat entry tentang rasa syukur ni sebab kekhilafan SA sendiri yang mengeluh dan terus mempertikaikan apa yang SA dapat..yes im only a normal human..tak lepas dan tak pernah lari dari membuat kesilapan apatah lagi x pernah lari dari kekhilafan..SA terlupa yang disebalik rezeki yang SA masih rasa dalam dunia pekerjaan ni SA masih mengeluh..banyak atau sikit sepatutnya SA rasa syukur..rezeki SA dan anak..dan boleh SA kongsi dengan keluarga..yes im not perfect tp bila fikir balik..alhamdulillah SA tak tersasar jauh..masih mampu lagi menerima kenikmatan hasil susah payah SA kerja membanting tulang...SA x nak jadi macam orang lain yang tak fikir dan tak pernah rasa syukur dengan rezeki yang Allah dah bagi ni...penuh di timeline dengan keluhan demi keluhan...Allah..lebihan rezeki yang kita dapat ni patut disyukuri..sujud syukur bukan mengeluh dan terus mengeluh..Dalam keadaan ekonomi negara ni makin lama makin teruk sepatutnya syukur masih ada peluang kerja..kalau hilang semua tu? Apa nak bagi anak-anak makan..macamana nak tolong suami nak kurangkan bebanan? Macam SA ni ha...im a single mom..lagi plak..semua belanja dh naik..belanja anak yg dh remaja memang besar..dengan support mak ayah SA yang duduk dengan SA lagi...tapi alhamdulilah SA ok dengan percaturan yang allah turunkan buat SA...sebab tu SA belum yakin nak berumahtangga kali ke 2..takut tak dapat jaga amanah allah dengan sempurna..nauzubillah...
Apa sahaja rezeki yang allah turunkan SA panjatkan kesyukuran...alhamdulillah...syukur ada lagi rezeki buat Dania dan keluarga.....

10 comments:

  1. huurm tula cabaran2 kita ni kak..kena yakin rezeki tuhan dimana2

    ReplyDelete
  2. Betul bersyukur dengan apa yang ada kan SA :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah rezeki tu ada untuk SA. Lagi2 lah bila jaga parents sendiri. Besar ganjarannya. Mungkin bukan di sini atau skrg, tapi pasti ada di sana atau akan dtg. Dan nilainya berkali ganda lebih baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. betul tu kena bersyukur, namun kita kena ikhtiar dan usaha juga lagi untuk menambah rezeki

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. syukur.. peringatan untuk diri saya juga..

    ReplyDelete
  6. Setiap orang ada rezekinya...insyaallah.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah