Sunday, March 19, 2017

Sup Kaki Ayam Special Request Dari My Super Hero

RESEPI SUP KAKI AYAM YANG MUDAH DAN SIHAT

Hi korang...

Selamat berhujung minggu...sekali lagi nak up resepi Sup Kaki Ayam Special...sebab apa special?Sebab Super Hero SA yang mintak buatkan sup kaki ayam ni..sebab dia rasa tak sihat badan minggu lepas...sorry la menu minggu lepas baru nak publish minggu ni...bukan apa sibuk la korang banyak urusan..so dari terpendam dalam draft baik SA up jer jadi satu entry untuk korang baca atau follow...itupun kalau ada yang nak follow...

Buruk perangai ambil gambar masakan dalam periuk lagi...hehehe

Resepi kali ini takde yang berbeza cuma sebelum ni sup SA hanya ayam semata kan...kali ni abah mintak campurkan kentang dan jugak Lobak merah...halia dia suh letak banyak2 skit...

Jom la tengok resepi...resepi bergambar senang skit kan...

Bahan- bahannya:-


1. Halia - dihiris ( ikut suka banyak mana)
2. Bawang putih - diracik
3. bawang merah - diracik
4. Kayu manis - 1 batang
5. Bunga lawang - 2 kuntum
6. Buah pelaga - 3 biji
7.Bunga cengkih - 3 biji
8. Lobak merah 2 batang ( potong macam dalam gambar)
9. kentang 2 biji ( potong dadu)
10. Daun Sup - jika ada
11. Daun bawang - jika ada
12. bawang goreng ( goreng sendiri)
13. serbuk sup Adabi - 2 sudu


Lobak merah dan kentang yang di potong dadu/ kiub


Kaki ayam dan kepak ayam yang dah dibersihkan

Cara masak :-

  1. Tumis Bahan 4-7 
  2. Masukkan Bahan 1-3, tumis sampai naik bau dan bawang serta halia agak layu dan bertukar warna keperang- perangan
  3. masukkan kaki ayam dan kepak ayam 
  4. masukkan air sukat agak2 ayam tenggelam skit
  5. biarkan merenih seketika..
  6. Masukkan kentang dan lobak merah
  7. Biar sampai menggelegak 
  8. ayam, kentang dan lobak merah dah empuk masukkan serbuk sup ADABI
  9. perasakn garam
  10. Dah siap




Ni la rupa paras sup kaki ayam special request dari Abah SA..My super hero kesayangan...tak sihat..so anak dia sorang ni balik memang kena gantikan tugas dia kat dapur la...masak...hehehe..
Sedap ke sup SA ni?Entah la...tapi habis licin la sebenarnya sebab anak- anak buah dan adik pun balik Ahad lepas...kalau bab sup2 ni memang laju je kat rumah SA...

Sebab tu orang- orang tua cakap..kalau nak demam..masak sup ayam..letak halia banyak- banyak...insyaallah sihat la nanti tu...

Tapi memang betul pun kan....

Okey korang....Selamat mencuba...

16 comments:

  1. sup kaki ayam fav ...mmg kalo rasa nk demam or tk sihat mmg kena cari sup2 lega skit rasa

    ReplyDelete
  2. sedapnya, kalu buat sup sy suka leher je, part kaki tak makan..hihi

    ReplyDelete
  3. wah.. sedapnya.. masak kari pun sedap kaki ayam nih..

    ReplyDelete
  4. org ckp kaki ayam byk kolagen. elok mkn...

    ReplyDelete
  5. Woww sodap tu. Tula esok nak kena masak sup sebab dah dua hari demam

    ReplyDelete
  6. potong kuku tak kaki-kaki tu dulu?

    ReplyDelete
  7. Feveret Kak Sue nie.. ratah-ratah pun sedap, nak pulak ada sambal kicap..

    ReplyDelete
  8. sedapnya! kalau sha masak sup letak carrot banyak banayk hahaha

    ReplyDelete
  9. Ratah mcm tu je tanpa makan nasi pun takpe. Lepas tu letak sambal cili. Sedapnya kak. Terliur pulak ni. =)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah