Monday, March 27, 2017

Siapa Kita Tanpa Keluarga

Hubungan Persaudaraan Umpama Lebah Dan Bunga Yang Saling Memerlukan Antara Satu Sama Lain


Setiap daripada kita lahir dalam satu keluarga tiada seorang pun dikalangan kita yang dilahirkan ke dunia sebatang kara tanpa ada keluarga. Hubungan kekeluargaan sesama ahlinya pula ada yang dekat dan ada yang jaub. Namun semuanya termasuk dalam satu keluarga. Sesetengah orang apabila berlakunya perselisihan faham dalam kehidupan sanggup tidak mengaku keluarga dengan dirinya. Percanggahan pendapat, perbezaan prinsip dan sebagainya adalah lumrah dalam kehidupan tetapi Islam melarang kita memutuskan hubungan kekeluargaan.

Sebab itu SA sememangnya terlalu rapat dengan keluarga memandangkan SA hidup berdua dengan anak buat masa ni..pada keluarga la SA menumpang kasih dan sayang. Walau adakala ada pasang dan surut dalam hubungan tetapi hati SA cepat sejuk. Setiap ahli keluarga pula mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan institusi keluarga yang dibina mampu mencapai tahap keluarga bahagia.

Seorang lelaki bertanggungjawab terhadap keluarganya dan dipertanggungjawabkan berkenaan kepimpinannya dan Seorang wanita pula bertanggungjawab terhadap urusan di rumah suaminya dan sangat bertanggungjawab terhadap kepimpinannya dalam rumahtangga..

Jelas kan maksud keutamaan kepada keluarga yang SA nak sampaikan?Bantu darah daging sendiri sebelum peduli nasib orang lain..oleh sebab itu sememangnya perlu dititikberatkan soal keutuhan hubungan kekeluargaan...semoga hubungan kita semua dengan keluarga tetap kuat walaupan sesekali dilanda ombak badai...siapa kita di dunia ini kalau tanpa kehadiran ibu bapa...kan?

Amin....

12 comments:

  1. Setuju tu SA.. kadang dalam keluarga kita biasa lah selisih pendapat, merajuk hati tapi diakhirnya kita tetap sebuah keluarga.. :)

    ReplyDelete
  2. Air di cincang tak akan putus..Moga silaturaahim berkekalan.

    ReplyDelete
  3. Keluarga yang pertama dari lain-lain

    ReplyDelete
  4. Betul tu SA. Keluarga adalah yang paling utama....

    ReplyDelete
  5. tapi ramai yang kerana cinta sanggup buang keluarga sendiri.. kerana kasih semuanya lupa..

    ReplyDelete
  6. setuju tu kak.

    dulu kita selalu pentingkan kawan lah, boyfriendlah. tapi tu lah bila dah susah, keluarga lah yang selalu berada di sisi kan.

    dah kahwin beranak pinak pun , kita still angkut makpak kemana mana. hehehee

    ReplyDelete
  7. Ibarat kita yg lahir tapi sebenarnya sebatang kara. Hidup memang terasa sangat tak sempurna tanpa family. Sobss :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, sebak jugakkkk~ family yang sempurnakan hidup kita......berkasih sayanglah dnegan family :)

      Delete
  8. Baik buruk mereka, mereka tetap keluarga kita. Pasang surut dalam perhubungan tu biasalah. Air di cincang tak kan putus. Silaturrahim tu kena jaga molek2. Kalau ada yang tak puas hati, berbincang elok2. Yg penting jgn dengar sebelah pihak je. Bahaya sungguh tu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah