Tuesday, March 21, 2017

Masak Kicap Daging Guna Serbuk Rempah Mak Siti

Rempah Ratus Mak Siti Segar Dari Ladang

Hi korang...
Pernah guna rempah ratus keluaran Mak Siti?aku dah terjatuh hati ngan rempah2 keluaran Mak Siti ni dan memang dah guna sejak tahun lepas lagi...pas tu hari tu masa pi beli barang dapur kat Jusco ternampak Serbuk Rempah Masak Kicap Daging..so beli la 2 packet..satu daging..satu ikan...
Ibu bekerja macam SA memang kalau nak cepat cari yang mudah aje..sebab senang masak campak2..bukan sebab malas ke apa sebab selalunya balik kerja dah malam sampai rumah..bila masa plak nak rehat kalau masak yang rumit-rumit kan..

Jom tengok resepi bergambar yang SA sediakan untuk korang


SA guna rempah Mak Siti Yang ni..


Bawang putih 3 ulas, bawang merah kecil sebiji, halia seinci dan lada hitam sesudu tumbuk 


Bawang besar sebiji di hiris bulat


Cili akar dan cili thai belah 2


Daging cincang

1. Tumis bahan yg ditumbuk sampai naik bau
2. Masukkan rempah Masak kicap daging 2 sudu
3. Masukkan kicap pekat dan tambah sedikit air
4. Masukkan daging..biarkan seketika
5. Agak2 daging dah empuk masukkan bawang dan cili..
6. Biarkan seketika..masukkan sedikit air jika perlu
7. Tutup api dan sedia di hidang


Dah siap....

Simple je kan...kalau rasa macam x cukup masa korang boleh siapkan bahan siap2...bangun tido or balik dari kerja terus masak je..SA selalu buat macam tu je..so takde la ganggu waktu rehat SA...bila buat macam tu masa masak tu jadi singkat...dari setengah jam jadi 15-20 minit je untuk masak satu hidangan...depends on berapa banyak masakan yang korang nak masak la..macam SA cukup satu atau 2 hidangan..kalau x habis..masukkan dalam fridge..esoknya panaskan dan bawak pergi office. Takkan nak buang kan..bazir plak...membazir kan amalan syaitan....

Selamat Mencuba...

28 comments:

  1. tak pernah cuba lagi rempah mak siti ni. selalu guna babas sebab kilang dia dekat sini je. next time nak cuba lah sekali.

    ReplyDelete
  2. Ada perencah juga ye..baru tau. Boleh simpan kat rumah 1. Kot2 ada guest dtg tetiba..mudah kerja masak memasak nt

    ReplyDelete
  3. guna rempah tk pernah..slalu masak daging kicap biasa2 je

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi guna rempah nie kak SA. Kena carik nie rempah nie nampak sedap je tu hikhik

    ReplyDelete
  5. yummy...blom pernah cuba msak kicap...rempah sup dah cuba...sedap bg selera rietta...

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try lagi... nanti boleh try...

    ReplyDelete
  7. Hanakhikan lapaq ni...nnt jgn lupa masakkn utk saya ye

    ReplyDelete
  8. Tak pernah guna lagi Rempah Mak Siti nie.. lain kali boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  9. Sbelum ni xsuka pakai perencah dlm packing. Tp why not kita try kann 😊

    ReplyDelete
  10. sebab adik ada resdung.so kurang lah makan daging

    ReplyDelete
  11. sedap rempah ni ! kilang dia dekat kampung saya

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap sangattt.. Allah! nanti boleh cuba guna rempah ni... Mekaceh share kak

    ReplyDelete
  13. Wah bagus SA kongsikan...julia lately suka beli barang rumah kt jusco nanti nak carilah rempah ni

    ReplyDelete
  14. sedapnya kak.... rempah mak siti mmg sedap, dana suke guna rempah sup nya

    daging msk kicap berempah pun sedap mkn ngn nasi pns je pun dh ckp

    ReplyDelete
  15. eh senang pulak guna rempah mak siti ni..kena cari ni...tak pernah try lagi rempah2 keluaran mak siti...

    ReplyDelete
  16. Salam, wah xpernah guna rempah ni,mmg sedap ye kak? Memang senang lah guna2 rempah yg sedia ada camni, kita ni bukan byk masa sangat pun kan...hihi

    ReplyDelete
  17. Pernah cuba rempah ni. Memangg sedap..

    ReplyDelete
  18. Cili lebih sikit.. Sedap pedas pedas gitu ^^

    ReplyDelete
  19. wah takpernah jumpa lagi rempah mak siti ni, kalau jumpa bolehlah try

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah