Friday, March 31, 2017

5 Perkara Perlu Di Elak Ketika Membeli Kasut

Hi korang...

Gambar sumber google

Korang suka kumpul kasut?

Takde sapa tak suka kasut kan..sure semua suka..macam tu jugak SA..selain baju dan seluar, kasut antara barangan peribadi yang menjadi koleksi peribadi kebanyakkan individu tak kira lelaki mahupun perempuan.
Namun selain dari harga, warna dan bentuk, ada perkara lain yang 'wajib' diambil kira dan di elakkan ketika membeli kasut

Gambar sumber google


Tips Perlu Dielak Golongan Kaki Shopping Ketika Membeli Kasut

  1. Elak Beli Kasut Pada Waktu Pagi - Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum. Sebaliknya beli pada sebelah petang iaitu ketika saiz kakinsedikit membesar namun sesetengah pakar mengatakan waktu malam adalah paling ideal. Nampak remeh tp ianya penting.
  2. Jangan Duduk Ketika Mencuba - Tabiat ini adalah satu kesilapan yang besar,tidak salah untuk duduk tetapi anda perlu bangun dan cuba berjalan bagi memastikan ia benar- benar sesuai dan selesa dipakai. Paling penting jangan malas mencuba kedua-dua belah kasut
  3. Ketahui Ukuran Kasut - Jangan membeli kasut berpandukan saiz yang anda pakai ketika itu. Tidak semua jenama menggunakan saiz kasut yang sama jadi anda perlu peka. Sebaiknya tanya dan minta nasihat pembantu jualan yang bertugas
  4. Elak Kasut Ketat - walaupun kasut itu cantik, jangan beli sekiranya ukurun tidak sama atu setakat muat-muat kaki anda. Mungkin tiada masalah pada awalnya tetapi besar kemungkinan kaki anda akan melecet apabila berjalan lama melainkan anda berpegang pada frasa cantik itu sakit..
  5. Jangan Terburu Buru - Keselesaan adalah penting ketika memakai kasut jadi jangan terburu- buru dan terlalu taksub mengikut fesyen sedangkan ianya tidak sesuai dengan anda.
Gambar sumber google

So..korang kena lihat semua perkara diatas kalau tak nak membazir. Melainkan korang ada lebih bajet kan...ye la..pakai sekali lepas tu simpan sebab tak boleh pakai dah, Tapi jangan lupa tau korang boleh jual secondhand..hehehe..itu yang biasa SA buat...kalau rasa dh tak nak pakai atau salah size..SA akan jual di laman web yang jual kasut secondhand. Walau tak dapat untung banyak at least orang lain boleh beli dan guna..kan?

15 comments:

  1. kaki saya saiz 11.. susah nak cari kasut..

    ReplyDelete
  2. Memang hati2 ble nak beli kasut. Tak macam shopping baju. Tak pernah lagi beli kasut online takut size tak ngam..

    http://www.fatindays.com/

    ReplyDelete
  3. Saya pernah beli kasut dalam keadaan terburu-buru. Petangnya nak pakai, pagi baru keluar cari. Pakai ambik ja. Dah 2 kali pakai dalam setahun ni. Pasni simpan untuk pakai tahun depan plak, tu pun kalau tak rosak

    ReplyDelete
  4. oh yg no 1 tu 1st time br tau hehe

    ReplyDelete
  5. hikhik tak boleh duduk sambil try eh? hahaha elsa tak pernah terfikir pulak yang itu kita kena elak hehhe

    ReplyDelete


  6. Patut pun hari tu saya cuba kat kedai okay je, bila cuba kat rumah macam tak sama saiz dah

    ReplyDelete
  7. Kak Sue pun suka kumpul kasut, nampak berkenan dan sesuai mesti nak beli.. tapi akhirnya balik-balik pakai kasut yang sama ja selalu.. ehehe..

    ReplyDelete
  8. Good tips, mmg seeloknya jgn duduk masa try kasut tu. Pakai & jln jln sikit test tgk rasa selesa ke tak

    ReplyDelete
  9. Dulu suka sangat kasut tinggi.. Sekarang lebih suka pakai selipar aje.. ekekeke

    ReplyDelete
  10. nice sharing. patutlah dulu pernah beli kasut time pagi pastu ptg tu rasa mcm tersalah size haha

    ReplyDelete
  11. baru fae tau kaki blh mengembang ikut time nya :p

    fae suka tgk heels yg cantik2 tapi kalo fae pakai mcm penguin berjln plak kang :P

    ReplyDelete
  12. Ana selalu hadapai masalah nk cari kasut. Bila dah berkenan selalu takde size dah. Frust juga.

    Tp one thing for sure ana tak boleh pakai heel.confirm tergolek2 kak. Pakai wedges pun boleh terseliuh. 😅😅

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah