Wednesday, December 4, 2019

Lunch Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Hi korang....

Dah makan ke? makan apa tadi..Sedap betul SA makan hari ni...langgar pantang lagi nampaknya..lepas ni x tau la apa nak jadi ni...kat opis ni ada grup order- order makan untuk tengahari..setiap hari ada dan lain- lain menu..masakan dia boleh tahan sedap..tak pedas pun..daging pun ok gak tak keras..boleh makan la...SA ni bukan apa..malas nak bawak bekal..kalau balik Seremban dan Isnin pagi balik KL memang bawak bekal 2-3 jenis lauk..simpan dalam freezer kat office dan panaskan je ..semalam SA rajin skit buat nasi goreng..boleh makan sampai tengahari..hahaha..lepas tu dapat plak nasi lemak...petang semalam habiskan nasi lemak dalam pukul 5.30 petang macam tu...so malam semalam SA x makan nasi..terus order jer untuk lunch hari ni. Sarapan pagi tadi SA beli je..lepas tu bising badan naik..kawan- kawan cakap SA mengada risau sangat berat badan..padahal lebih 6kg je dari berat ideal...


Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Kalau pedas mesti lagi kick!


Telur dadar


Nasi...

Total RM6.50...murah kan?

Hari ni last SA kerja...esok SA dah start cuti...habis dah cuti SA...takde la nak pergi berjalan ke apa..cuma esok SA nak hantar Dania ambil exam kemasukkan ke MRSM. Untuk exam ni Dania kena amik kat MRSM Kuala Klawang. Bukan Dania sorang je tapi kawan- kawan sekolah dia yang lain pun ada yang dapat. SA mohon doa kalian untuk doakan anak dara SA ni..mana tau ada rezeki masuk MRSM kan...19hb nanti keputusan PT3 plak keluar kan...haih..mama dia yang seram ni...Dania berat nak pergi exam UKKM ni..tapi SA suruh je dia cuba..jangan lepaskan peluang yang datang sekali kan..dapat ke tak dapat itu belakang kira..so..esok pagi- pagi SA akan ke Jelebu..exam pukul 9.30 pagi..Nasib baik tak jauh dari rumah....semoga allah permudahkan urusan SA esok...amin...

23 comments:

  1. murah la kak, nampak masak lemak tu banyak betul.

    ReplyDelete
  2. sodap daging salai masak lemak tu..good luck dania utk exam mrsm

    ReplyDelete
  3. murah kak harga makanan tu, rindu daging salai kedai ipar duai dulu haihh..btw, all the best Dania. Aunty dedulu pun pergi je ujin MRSM, cari pengalaman

    ReplyDelete
  4. Murahnya harga dia kak. Berbaloi sangat.
    Good luck Dania.

    ReplyDelete
  5. Menu lunch tu murah betul..

    Good Luck juga untuk Dania. InsyaAllah ada rezeki jika betul-betul untuk kita.

    ReplyDelete
  6. perghh..sedapnya..murah plk tu..:)

    ReplyDelete
  7. gulai lemak memang kegemaran saya tambah yang likat kuahnya. saya ini walaupun menghampiri siri 60 namun susah nak pantang. Pantang jumpa ade ler...

    ReplyDelete
  8. masak lomak daging fav sangattttt.. eh murah lah lunch box tu SA. siap ada telur dadar lagi tu.
    For Dania, all the best to you daughter. Betul tu SA, dapat tak dapat belakang cerita. Yang penting kita grab peluang yang datang sebaik mungkin. InshaAllah.

    ReplyDelete
  9. Daging salai masak lemak cili api tuh memang favourite saya kak. Sedappp.. Semoga dania dipermudahkan urusan menjawab soalan periksa nanti

    ReplyDelete
  10. saya hari hari makan nasi. tak makan nasi tak sah. cam mana nak kurus.

    ReplyDelete
  11. Kat sini jarang jumpa daging salai masal lomak tu.

    ReplyDelete
  12. akak suka masak2 lemak cam ni.
    tapi daging akak tak berapa suka sebab suka terselit celah gigi. adoiiii...

    ReplyDelete
  13. bab gulai salai menyalai ni memang tak leh celen lah masakan orang negori :)

    ReplyDelete
  14. febret saya ni daging salai masak lemak cili api...walau pedas, tapi rasa smoky2 dia tu sedap...

    moga dipermudahkan urusan dania...ameen

    ReplyDelete
  15. murah dah tu SA.
    dulu masa kat ofis lama pun dorang rajin order makanan sbb muak kot makan kat area office yg limited tempat makan

    ReplyDelete
  16. Fav ni daging salai masak lemak cili api. Ssedapnyaa!

    ReplyDelete
  17. murah tu.. lauk daging pula tu.. Sedapnya masak lemak..

    ReplyDelete
  18. Sedapnya SA.. lapar terus haa.. hahaha..

    ReplyDelete
  19. murahla.. sebab masak lemak daging salai tu pun dah berapa harganya kan.. so mmg murah bg sy

    ReplyDelete
  20. Boleh tahan murah juga dengan lauk daging salai tu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah