Tuesday, January 14, 2020

Selamat Bersara Puan Ruswati

Hi korang...

3 January lepas SA dan rakan- rakan department dan Alumni Office meraikan boss kesayangan kami yang akan bersara pada February akan datang so kami adakan farewell. Seronok sebenarnya berjumpa kembali dengan semua ex- ex staff Malakoff yang dah berhenti dan dah pencen. Kira macam majlis farewell ni menjadi reunion plak. Kebanyakkan yang datang merupakan ex staff Pn Rus sebelum- sebelum ni. Seronok betul..lama tak jumpa diorang..selalu berhubung kat media sosial je..Kali ni majlis diadakan di Lubuk Bangku, Bangsar. Ekceli Lubuk Bangku ni tak buka untuk dinner tapi special kes ex secretary Pn Rus berjaya jugak organize majlis yang gilang gemilang ni..


Kek sempena Pn Rus bersara


Nampak Pn Rus seronok sangat


Nampak sisi lain pada Pn Rus berbanding ketika dia di office


En Helmy 3 dari kiri sekarang lead the team..yang lain semua ex staff


Kami semua CSID, Finance dan ex staff


Macam mana ntah SA terselit kat depan tu




Majlis ni takkan sempurna kalau takde En Razman, dia dari jauh sampai pagi tu..dari Bangladesh..kerja di sana sekarang..En Razman sebagai wakil kami semua bagi hadiah kepada Pn Rus






Kami semua sepakat belikan dia Bracelet Berlian Habib Jewels ni...



Selfie time sebab dah lama tak jumpa


Sebahagian yang hadir, SA takde dalam group photo sebab balik awal..majlis tamat pukul 10.30pm



SA sekarang secretary Pn Rus, dari bulan 6 tahun lepas SA ambil alih tempat ex secretary Pn Rus. Seronok kerja bawah beliau..tak pernah ada masalah pun..orangnya cool aje dan sangat ambil berat kebajikkan staff. Satu kehilangan yang besar bila Pn Rus dah bersara nanti. SA baru je selesa jaga Pn Rus dan nanti kena jaga boss lain pula tapi masih department yang sama.

Buat Pn Rus..terima kasih di atas tunjuk ajar selama SA berkhidmat untuk beliau..It's hard to believe that you're retiring..But I know that your invaluable words of wisdom will be with me and all of us forever. Congratulations! And we wish you tons of happiness after your retirement. We’ll miss you..this is not a goodbye but will see you again..

Pn Rus the best boss yang SA pernah jaga so far...for sure nanti dia dah bersara official kami semua akan rindukan dia...seronok tengok orang bersara...lepas ni x yah fikir bab kerja dah..dah boleh melancong tenangkan fikiran..berehat..tunaikan haji or umrah..settle down je..SA lambat lagi la..nak ke 60 tahun tu tak tau la larat ke x..silap hb tak sampai 60 tahun...kagum la dengan Puan Rus...sampai 60 tahun dan bersara...kagum sangat...

8 comments:

  1. Tak terbayang apakah tugas seorang setiausaha.... sbb yan banyak duduk site dan kerja kompeni kecik²... clerk,typist, recep, PA, secretary semua 1 kali tapau

    ReplyDelete
  2. Bestnya dengar orang pencen kan? Saya ni lambat lagi nak pencen.

    ReplyDelete
  3. Tulah orang baik mesti rasa kehilangan bila pencen.
    Semoga silaturrahim tak putus.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki dapat rakan2 sekerja yg best macam tu 😍

    ReplyDelete
  5. tak gaya dah umur 60 tahun puan Rus tuh, nampak muda dan happy je...
    bila bos baik staf semua sayang kan, dia nak bersara kita rasa sedih kalau boss yang hampeh tak sabar nk tunggu dia bersara ehehehhe...

    dana tak pernah jaga boss perempuan kat sini, boss dana semua lelaki buat masa ni dah 4 boss dana jaga kt jupem ni, boss sekarang senang nk jaga tapi tahun depan nk bersara dah. risau jugak kot dapat boss yang hampeh dah tak best

    ReplyDelete
  6. Majlis yang meriah..
    Selamat bersara buat bos SA..

    ReplyDelete
  7. tak nampak mcm 60y/o pun Puan Rus ni. All the best to you Puan Rus. Hope u dapat boss baru yg best jg lah ya SA. Actually i pun pernah makan kat lubuk bangku ni. My husband kan kerja kat KL Sentral.. ofcoz org2 yg kerja kat KL Sental mcm u & my husband tau tempat ni. haritu dia bawak i makan kat sini.. makan daging salai masak lomak.. sodapppppp

    ReplyDelete
  8. cantik bracelet tu..selamat bersara buat Puan Ruswati..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah