Friday, January 24, 2020

Kari Ikan Bawal Emas Suria Amanda

Hi korang...

Tadi kita dah share resepi lauk sambal udang petai dan ..haaa SA sebenarnya SA masak jugak Kari Ikan Bawal Emas  untuk mak dan abah makan tengahari ni ..pergi kedai ingat nak beli bendi tapi teringat ada ada terung telunjuk dalam fridge dan dbah amik kat kampung last week ..then ok la jangan membazir so kita campurkan apa yang ada...membazir amalan syaitan...

Jom tengok resepi kat bawah tu..SA dh sediakan step by step bergambar...


Sajer letak gambar dah siap masak kat atas sekali


Segala bahan tumisan di campur dengan cili kering, cili serbuk, kari ikan dan daun kari


2 ekor ikan bawal emas dipotong  2


Terung telunjuk dibelah 4


Bahan tumisan


Masukkan santan kemudian ikan bawal emas



Dah siappp...



Resepi Kari Ikan Bawal Emas Suria Amanda

Bahan bahan:

2 ekor ikan bawal emas sederhana besar - dipotong 2
1/2kg santan - tak payah yg pekat pun tak apa
5 sb rempah kari ikan Baba's
2 sb serbuk ketumbar Babas
3 sb cili serbuk Babas
1/2 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar halia + bawang putih ditumbuk
5 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
1 inch kunyit hidup ditumbuk
3 tangkai daun kari
Air Asam jawa 1/2 cawan
15 biji terung telunjuk

Cara Memasak:-
Tumiskan biji sawi, daun kari,  sampai wangi.
Kemudian masukkan bawang merah, halia + bawang putih, kunyit hidup, serbuk2 kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.
Biarkan sekejap, masukkan santan. Sesuaikan kepekatan kuah dengan tambah air.
Biarkan sampai hampir hampir mendidih, masukkan ikan.
Biarkan sampai betul betul mendidih, renihkan sekejap utk dapatkan texture kari yg menarik.
Masukkan terung telunjuk
Taaaaraaaa... kari ikan siap!

Selamat mencuba!!

11 comments:

  1. dala fevret ikan bawal.. masak kari plak tuu adoi kak SA menceces ailio kitee..

    ReplyDelete
  2. Sedap terung telunjuk tu...mkn mentah buat ulam pun sedap..

    ReplyDelete
  3. Akk, masak asam pedas pun sedap rupanya ikan bawal emas ni..smlm nieyl baru makan mak nieyl masak..serius mmg sedap....

    ReplyDelete
  4. sedapnya kari ikan bawal ni. boleh try resepi ni nanti :)

    https://tiaarasapphire.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Aduhh sedapnya ikan bawal masak kari.

    ReplyDelete
  6. first time ni tengok terung telunjuk masuk dalam kari...

    ReplyDelete
  7. adoi sedap nyer nampak terung telunjuk dlm kari ikan.
    sgt sedap!!!!
    lama jugak aida tak beli bawal, SA.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah