Tuesday, January 14, 2020

Bertukar Ke Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Hi korang...

Ini la masalah jadi orang perempuan, cepat terpengaruh kan..tapi SA terpengaruh disebabkan masalah kulit muka makin teruk akibat cuaca panas dan perubahan hormon...teruslah SA dapatkan nasihat dari yang pakar..so doktor suggest kan guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang merupakan pembersih tanpa sabun ni...so dengan drastiknya SA tukar la ke Cetaphil dan dah guna untuk 3 hari ni..baru la rasa lega sikit...jerawat tu masih ada tapi dah mengecil la...bila dia dah mengecil tu nanti akan bertukar jadi hitam- hitam kan...eeeee tu yg x suka tu...sementara waktu  ni guna la dulu Cetaphil ni..semoga kulit muka SA makin elok..dah meningkat umur ni macam- macam plak masalah


Ada sales kat Guardian 2 botol RM86



Cetaphil ni bukan untuk muka je..boleh guna untuk badan juga...haaa...jimat kan..2 botol RM86. Nekad betul SA beli...satu botol tu 500ml..buat masa ni SA guna untuk muka dulu la..badan takde masalah...tapi kalau guna kat badan boleh buang lemak ok gak...hahahahaah....berangan je la kan...benda paling penting sebelum guna pembersih muka Cetaphil ni korang kena bersihkan muka korang bersih- bersih, buang mekap segala..then baru cuci muka macam biasa..



Nampak tak jerawat kat pipi SA tu..sebelum ni lagi teruk..besar2...ni x nampak hitam2 tu sebab tutup dengan concealer..jerawat menyerang dari pipi bawa ke dagu tau...kat dahi ada la jugak..tapi tak nampak ketara...semoga terus konsisten pakai Cetaphil ni...bukan apa bila cuaca panas campur dengan masalah hormon wanita...memang teruk la jadinya kulit muka..kulit berminyak adalah punca jerawat membiak kan...kalau korang nak tau tak semua jenis kulit sesuai dengan Cetaphil ye..ada juga kawan- kawan SA x sesuai..ni SA dah dapatkan nasihat dari doktor pakar so cuba la dulu..kalau tak dia nak bagi SA makan ubat jenis steroid..tak nak la SA..masalah kulit je kan..kang makan je ubat rosak plak buah pinggang...cukup la mak SA soarang je sakit buah pinggang..kalau boleh tak nak la kena sakit buah pinggang plak...zaman sekarang ni bukan boleh makan ubat sewenang-wenang..ye tak?

12 comments:

  1. Indeed! i pun pakai cetaphil since lepas buat facial kat Herbaline tahun 2015 dulu. Muka breakout teruk macam kulit ayam. Lps Doc Mazlin (KPJ Ampang Puteri) advice pakai Cetaphil, terus i pakai sampai harini.

    ReplyDelete
  2. Ramai juga yang dah pakai Cetaphil ni ye kak SA.

    ReplyDelete
  3. same goes to me SA..jerawat subur sangat.. but now jerawat da slow down, parut hitam pulak prob nye ..sedeyyy..huhu

    ReplyDelete
  4. Saya pun dh berkecimpung dlm dunia cetaphil.hahaha..nasib baik sesuai sbb gentle wash kan..

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
  5. Jerawat tanda kak SA masih muda :)

    ReplyDelete
  6. wah terbukti berkesan, patut ramai yg guna ^_^

    ReplyDelete
  7. Dana pernah try cetaphil nih tapi rasa macam tak serasi lak, kulit makin berminyak... sempat cuba sebotol je lepastu pakai semula neutrogena

    ReplyDelete
  8. Oh rupanya bukan semua pakai. Hehe perempuan memang mudah terpengaruh nak cuba benda baru. Baru ingat nak cuba.

    ReplyDelete
  9. ammi pernah try tak serasi..jadi naik jerawat pasir pastu extra berminyak. dan betullah..sekarang mana boleh makan ubat sesuka hati.. memula kata ada kelulusan KKM....tetiba ek ehhhhh tak leh makan pulak

    ReplyDelete
  10. Menarik.. berbaloi betul harga dia..

    ReplyDelete
  11. Hari tu pun ada terfikir nak beli tapi coz pencuci sedia ada tak habis lagi, tak jadi. Hahaha. Rasa once habis, nak cuba Cetaphil jugak la.

    ReplyDelete
  12. housemate saya pun pakai cetaphil ni...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah