Friday, January 10, 2020

Ayam Masak Lemak Cili Api Bekal Untuk Lunch..

Hi korang...

Rabu malam lepas SA sempat balik rumah dan masak untuk lunch, memang dah niat nak masak untuk bekal SA dan housemate. Oh ye skrg kami tinggal bertiga, 3 orang lagi dah keluar dah..tengh tunggu lagi 2 orang masuk kot..housemate baru pun tak sempat kenal lagi..ye la dia balik kerja SA dah masuk tido..ternampak kejap je Rabu malam tu just say hi...tak sempat kenal-kenal lagi..haha...takpe la..ada masa lagi kan..


Simple je SA masak, campur kentang dan serai...itu benda wajib la kalau masak lemak cili api ayam selain cili padi dan kunyit hidup. SA memang x guna kunyit serbuk sebab pentingkan rasa kunyit yang pure tu..Masak pun kena agak- agak jugak..sebab kalau lebih kunyit pun tak sedap nanti..so kena agak- agak berapa ketul ayam yang SA nak masak...Alhamdulillah housemate suka dan siap mintak resepi dia nak masak macam ni plak nanti...

Nah la resepi..simple je..paling senang masak..

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

  1. Ayam 6-8 ketul atau ikut suka
  2. Cili Api ( tahap kepedasan ikut suka)
  3. kunyit hidup sebesar ibu jari, kalau ayam banyak boleh letak lebih
  4. Serai 5 batang - Diketuk
  5. Santan 1 biji Kelapa
  6. Bahan no 2-3 di tumbuk lumat
Cara- cara masak 

  1. Ayam yang dah dibersihkan dimasukkan dalam kuali
  2. Masukkan bahan no 3-4
  3. Masukkan serai yang telah di ketuk
  4. Biarkan seketika sampai air dari ayam sedikit kering
  5. Kemudian masukkan santan dan kalau pekat sangat campur sedikit air
  6. Kacau selalu agar tidak pecah minyak
  7. Biarkan mendidih 
  8. Perasakan garam
  9. Sedia di hidang

Eh nak lari tajuk kejap la..malas SA nak buat entry lain...


SA kan beberapa hari tak cukup tido, tak boleh tido..dan macam- macam melanda..akhirnya SA tau dah kenapa...selain cuaca panas..SA jadi macam tu sebab dah sampai bulan mengambang...haih...macam- macam la..tahun lepas kalau nak datang bulan dalam seminggu SA akan diserang migraine, kali ni takde migraine tapi lebih kepada badan tak sedap, rasa penat sangat dan muka tumbuh jerawat besar- besar..tu gambar tu SA lindung jerawat besar sekali 3 tumbuh kat pipi...geram betul la..tanya kawan yang kerja doktor dia kata lebih kepada hormone..senggugut pun teruk betul sekarang..sebelum  sebelum ni takde senggugut...dah nak masuk umur 42 tahun ni macam- macam plak...so apa yang melanda SA sebelum - sebelum ni sebenarnya lebih kepada pertukaran hormone la kan...haywire jadinya.....

28 comments:

  1. sedapnya masak lemak. tuang kuah banyak2 dalam nasi dan makan. nyummmm ^_^

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak masak lemak ayam ni. Kat rumah akak sorang je yang suka makan. Tunggu balik kampung baru request masak camni.

    ReplyDelete
  3. kita pun sma, kalau datang tak menentu sakitnya..Lama betul tak masak, masak lemak cili api ni..nampak mengancam tu

    ReplyDelete
  4. sedapnya...kunyit hidup menyedapkan masak lemak..

    ReplyDelete
  5. Harap masalah tak dapat tidur dapat diatasi.
    Salam petang Jumaat.

    ReplyDelete
  6. sedapnya.... rajin SA masak untuk bekal

    ReplyDelete
  7. Ayam masak lemak cili api sodap tuh kak. Favourite dak mimi

    ReplyDelete
  8. Bila hormon haywire memang bengang je miss j keluar. Sha sekarang lepas je habis period mesti jerawat keluar kat rahang. Bengang betul tengok 😔

    ReplyDelete
  9. tak pernah la masak lemak. boleh try resepi ni nanti, nampak sedap..hehe

    jemput singgah http://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/01/drama-black-malaysia.html

    ReplyDelete
  10. resepi bila tiba-tiba blank tak tahu nak masak apa dengan ayam :)

    ReplyDelete
  11. oo..dah bulan ngambang rupanya.. simptom pms ye semoga lepas ni boleh tido lena kak.. share lah resepi masak lomak ni

    ReplyDelete
  12. Sedapnya nampak ayam akak tu... Kita masih bertatih lagi buat masak lemak cili padi ni... Hewhew

    ReplyDelete
  13. Dulu mak selalu masak ni ...mmg sedap

    ReplyDelete
  14. Saya start bulan mengambang, senggugut pulak lepas kawen ni..muda2 dulu elok je tak sakit. Semoga cepatla mood tidur akak kembali ye..

    ReplyDelete
  15. Lama dah xmkn msk lomak cili api ni..

    ReplyDelete
  16. sedap ayam tu
    cam saya pun tgh dilanda hormon swing2 truk, 2 bulan dah jerawat tak putus2 tumbuh kat area dagu, lain clear lak, aiyaaa..

    ReplyDelete
  17. Hui! Lepas makan ni komfom kuning jari! Yummey!

    ReplyDelete
  18. pg2 blum bfast tgk gmbr lauk ni..lprrrr

    ReplyDelete
  19. sedapnya lauk ni. khaty gagal la bila buat masak lemak

    ReplyDelete
  20. rasanya bahan 2-3 yang ditumbuk lumat kan kak? sebab no 4 serai tu diketuk je..

    ReplyDelete
  21. hormone anak dara dgn mak dara lain khanns.. hehehe

    ReplyDelete
  22. Sedapnyaa kak ayam masak lemak cili api. Lauk fav ni :)

    ReplyDelete
  23. samalah ammi pun.. dulu nak period relax je. skrg nak period dengan jerawat pastu tinggalkan kesan pulak tu kat muka, sakit kepala, sakit pinggang segala mak neneklah yg sakit.

    ReplyDelete
  24. Sedapnya ayam masak lemak.. ohsem..

    ReplyDelete
  25. Kalau dgn harga sekrg, mmg worth it bawa bekal SA.. liez sendiri buat bekal utk hubby dan anak ke sekolah.. satu lg terjamin bersih dan ikut selera sendiri.. fav liez masak lemak cili api kalau letak kentang... heaven

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah