Saturday, January 25, 2020

Laksa Perlis Di Petang CNY

Hi korang...

Kemana korang hari ni? memandangkan isu virus macam-macam sekarang, cuti CNY ni SA takde plan ke mana-mana. Semua balik duduk rumah dan kami makan-makan je kat rumah...petang pi briskwalk area rumah je...adik ipar SA yang dari Perlis tu masak Laksa Perlis untuk minum petang bawak ke makan malam...tengahari tadi SA dah masak..masak pun lambat siap sebab masak lauk Tempoyak Daun Kayu atas permintaan mak...masak lauk ni agak complicated sebab macam-macam daun nak kena guna..nak pilih, nak susun dan dan nak hiris...memang mencabar la...

Settle bab masak tengahari adik ipar amik turn masak laksa plak..tak boleh nak masak sekali harung sebab dapur satu tungku ja..tungku sebelah lagi dah rosak...tunggu la SA dapat bonus nanti baru tukar dapur baru...dapur tu pun harga RM700 masa beli..sekarang x tau la harga berapa but rasanya x jauh beza...

eh meh la tgok rupa paras laksa yang adik ipaq cheq masak...


Mee laksa...beli je sebab dapur satu..selalunya adik ipar buat sendiri mee laksa


telur rebus


Condiments for laksa


Kuah laksa guna ikan sardin fresh...




SA x tau la apa beza laksa Perlis dengan laksa lain..SA mmg peminat laksa...so SA x tau nak bezakan macam mana..pada SA laksa tu.. ada mee laksa, ada condiments yang yang lengkap dan ddda kuah laksa yang pekat banyak isi ikan dah cukup sedap dah...cuma takde petis la..kalau letak petis jadi laksa Penang or laksa Kedah kot..ke salah? hahahaha....apapun laksa memang sedap...mmg dari dulu SA suka makan laksa..bila tanya adik ipar SA yg makan ngan petis tu laksa apa..eh..tetiba dia cakap ada Long petis..saya lupa plak nak keluarkan...haaa terus confuse jadi laksa mana dah...hahahaha


7 comments:

  1. suka makan laksa utara tapi tak tahu apa beza laksa antara 3 negeri, tahu makan je..haha

    ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  2. Suka sambal kayu dan segala jenis laksa.

    ReplyDelete
  3. Laksa penang,laksa kedah dan laksa perlis..ada persamaan tp ada dikit perbezaannya..

    ReplyDelete
  4. Saya tahu semua sama kecuali laksa johor.. Bg sy semua laksa

    ReplyDelete
  5. Laksa utara nih hampir sama jer tak kira laa laksa penang, kedah ke perlis. Macam penang kadang bahan condiment tu ada nenas dan daun pudina. Kedah dan perlis tu tak ada perbezaan sangat.

    ReplyDelete
  6. laksa penang biasanya ada nenas dan petis...kalo kedah macam takde nenas...cuma kadang2 ada orang letak kicap...haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah