Friday, January 17, 2020

Sinopsis Seadanya Aku ~ Hadirnya Dia Saat Aku Terluka

Hi korang...

Sebenarnya lepas terjebak dengan cerita Adellea Sofea tu tak nak la terjebak ngan citer baru Seadanya Aku ni...tapi akhirnya terjebak jugak sebab ada Redza Rosli..Entah la suka sangat dia berlakon..well jom baca sinopsis..korang kalau nak tengok citer ni bleh tengok kat tonton.my



SINOPSIS SEADANYA AKU

Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya. 

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

JUDUL : SEADANYA AKU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi & next scene team
PENULIS NOVEL : Rissa Ahdiya
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah

9 comments:

  1. alamakk.. cerita kawan baik makan kawan ni. ahaii, baru baru ni tular psl kawan baik rampas laki orang, i dah stress tau

    ReplyDelete
  2. Ada Zara Zya dan Azlee Khairi. Saya suka lakonan Zara Zya.

    ReplyDelete
  3. sy pun macam terjebak jugak dengan drama ni..hahaha..

    ReplyDelete
  4. uish zara zya berlakon! mesti best ni kak...

    ReplyDelete
  5. nak kna layan ni..ada azlee khairi..kita minat azlee khairi ni..hihi

    ReplyDelete
  6. Best drama ni SA. Kita pun dah terlayan dah

    ReplyDelete
  7. Cerita ni best kak... Memang ada plot twist yang tak disangka sangka. Tapi kalau dalam novellah..drama xtau kot ubah sikit atau sama lebih kurang novel

    ReplyDelete
  8. terjebak jugak, SA..sama la kita..adeh..tgk jalan cerita dia macam best..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah