Saturday, January 18, 2020

Santai Minum Petang Di Benteng Seremban...

Hi korang...

Petang tadi SA pi Econsave beli barang dapur kejap..gerak dari rumah dalam pukul 5 petang..dah tengah bulan baru beli barang dapur..kebanyakkan barang dapur dah habis..barang-barang kering pun dah abis..tu yang ajak Mak Abah dan Dania keluar...beras Thai King murah weyy kat Econsave..huhu..lepas dah settle beli barang kat Econsave SA ajak diorang lepak Benteng Seremban.. ekceli Benteng Seremban ni kawasan penjaja jual makanan dan buka petang sampai tengah malam..malam lagi meriah adik ipar SA cakap..dulu Benteng ni kat tempat lain..sekarang dah tukar tempat x jauh dari tapak lama untuk memudahkan orang ramai datang makan kat situ..hajat hati nak makan kerang rebus sepanjang jalan kat situ x nampak plak gerai jual kerang rebus..takpe la kita pekena benda lain la...lagipun melayan mak yang takde selera makan..risau jugak asyik makan sikit je..tanya dia nak makan apa dia x tau plak nak makan apa...




Ni la kawasan penjaja makanan tu..lebih kurang uptown or downtown la


Sup kambing mamak style..sedap..fav abah ni


Kuew Teow Goreng


Mee goreng mamak


Bihun Goreng Mamak


Bakso


Berselera Abah ngan Mak




Video nak buat slow motion tp x jadi


Kesian mak xde selera nak makan..2-3 sudu je dh x bleh makan lagi dh..


Anak dara ni mmg selera je la


Mama Dania yg sentiasa mencari tempat makan untuk Uwan Dania yg xde selera makan..sehabis usaha dh cari tempat makan sedap..asalkan mak ada selera makan..


Both of us 


Nampak mak abah berpegangan tangan? sweet kan?


Mak dh merungut jalan jauh..padahal dia just x larat jalan je...


Dania pimpin la kejap..padahal x jauh pun parking

Sebelum Maghrib kami balik rumah..petang-petang memang kena bawak mak berjalan jaub sikit..doktor bising mak tak bersenam..ekceli mak SA ni badan lemah..macam mana x lemah..makan kurang...sesuap dua je..paling banyak pun sesenduk je..so tenaga takde..dah macam-macam usaha buat dh nak bagi selera dia pulih semula tapi tu la..sampai sekarang tetap xde selera ..kesian pun ye jugak..dari badan teap terus takde selera makan...semua sebab effect ubat..SA pun x tau nak buat macam mana dah..korng kalau ada ada  nak bagi selera makan mak SA pulih macam biasa boleh la share ngan SA...

7 comments:

  1. Risau jgk klu mak tak selera nak makn..paksa jgk makn walaupun skit..huhu

    ReplyDelete
  2. Cuba minum air lempuyang untuk tambah selera makan.

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat berjalan sekeluarga. Dapat eratkan kasih sayang.
    Harap selera makan mak SA pulih. Bagus juga cari-cari makanan yang mak SA suka.

    ReplyDelete
  4. sama macam mak mertua saya kak...maybe sebab banyak makan ubat, takde selera sangat nak makan, sampai kerap sangat warded sebab badan kurang nutrien..

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah makan kat benteng ni kak. Orang duk sebut benteng benteng tapi tak pernah singgah

    ReplyDelete
  6. samalah lah mak saya pun.. kadg kadg bawak merata tempat nak bagi dia ada selera makan... semoga mak dan ayah SA sihat selalu..

    ReplyDelete
  7. ari tu asben ada ajak ke benteng ni.
    dia kata lama naw dah dia tak gi sini. dulu kala port dia lah ni makan2.
    sebab mak mertua tak nak ari tu, tak la kami ke benteng.
    mak mertua kurang nak kluar rumah. kaki sakit.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah