Saturday, November 28, 2015

Lombok Aku Datang Part 5 - Dusun Sasak SADE Rembitan Lombok

Part 2, Di Dusun Sasak Sade

Jom kita sambung lagi part kedua di Dusun Sasak Sade.

Terpanggil  untuk mengetahui selok belok kehidupan suku yang disebut-sebut sebagai suku tertua yang menghuni pulau Lombok ini. Di tengah-tengah era kemodenan, ternyata masih banyak masyarakat yang tinggal di beberapa tempat di bumi ini yang masih mempertahankan hidup sederhana dalam kehidupan kesehariannya. Jauh dari bandar dan yang nyata mereka sangat aman di sini

Suku Sasak yang ketika  ini memiliki jumlah penduduk lebih 700 orang ini adalah penganut agama Islam, namun masih dipengaruhi oleh budaya Hindu dan animisme. Jumlah rumah di dusun ini  hanya 150, sehingga warga Sasak yang tidak mampu mendirikan rumah di kampung ini, membina rumah di dusun-dusun di sekitar Sade.


Perkampungan yang bersih dan indah mata memandang


aktiviti berniaga yang menjadi pendapatan utama di perkampungan ini


hasil tenunan yang halus dan cantik hasil kreativiti kaum wanita


Gelang manik pun di jadikan sumber pemdapatan..di letakkan di depan rumah tempat orang lalu lalang.. mana tau ada rezeki menyinggah kan...


Kak Noor dan Intan melepaskan lelah seketika


Dibandingkan dengan kaum lelaki yang lebih banyak berladang, aktiviti seharian dari kaum wanita Suku Sasak ini, lebih banyak menghabiskan waktunya untuk menenun. Kemahiran turun-menurun dari nenek moyang mereka dan diwajibkan bagi perempuan dewasa Suku Sasak, terutama mereka yang akan melangkah ke jenjang perkawinan. Biasanya para kaum wanita belajar menenun semenjak masih di bangku pendidikan menengah.


cantik tenunannya..kalau suruh aku cuba menenun ni sure terkepit jari pas tu jahanam semua benang tuh...hehehehe

Banyak beranggapan dengan mahirnya wanita itu menenun, maka dia sudah dianggap sedia untuk berkeluarga dan dapat membantu penghasilan yang diperoleh oleh sang suami kelak. Selain sebagai aktiviti dan pendapatan  sampingan mereka sehari-harinya, kegiatan menenun ini juga dijadikan sebagai daya tarikan bagi pelancong yang berkunjung ke Dusun Sasak Sade.


Happy betul Nazril mencuba alat muzik ni...


Finaz dan suami tak keberatan jadi model untuk bahan blog... 


lagi hasil tenunan yang di jual di perkampungan tu...boleh katakan kiri kanan ada je orang berjualan...


Sempat aku snap kawasan kampung kat sini...


Dinding rumah


Pondok menyimpan padi kat bumbung rumah


zoom dekat skit


motif amik gambar buah mangga...hehehehe


Papan tanda


pose aku amik gambar kau..kau amik gambar aku namanya ni..


satu lagi candid...Mira rasanya ni...


sebahagian dari kami...pose 1


Pose 2


Pose 3

Sampai situ je lawatan kitorang petang tu..jam dah menunjukkan pukul 4 petang so kitorang cepat2 bergambar sebab ada satu lagi lokasi yang nak pergi di hari pertama ni...ikutkan masing2 dah letih dah sebab seawal pagi kan tak tido lagi...

Lepas ni kita ke Pantai Kuta Lombok......pantai tercantik setakat 37 tahun aku hidup ni...memang teruja sangat tgok pantai ni...nak plak aku memang jenis sukakan pantai....nantikan update seterusnya ye...sabar tau....

18 comments:

  1. SINGGAH PAGI http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. baru ada masa nak baca kisah SA ke lombok.. bestnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila berpeluang ke tempat orang mmg seronok Eny...

      Delete
  3. kreatif2 dorang ini yer..tempat dia pon nampak cantek dan bersih.

    ReplyDelete
  4. Rambang mata nak memilih hasil tenunan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rambang mata...memandangkan pergi untuk explore bukan untuk shopping tahan je la nafsu shopping..hehehe...i x beli pun za...

      Delete
  5. saya pun nak jadi model di blog SA

    ReplyDelete
  6. bestnyaaaa. tengok gmbr pon dah teruja

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA memang akan teruja tengok dari gambar dulu...then berangan nak pi..lepas tu usaha agar jadi kenyataan

      Delete
  7. mahal tak barangan kat sini berbanding kat luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan jugak..tp kalau pandai bargain dan sesuai dengan harga yang kita bargain...murah jugak la...

      Delete
  8. Replies
    1. for me murah...tapi panas sikit kain tenun ni....sebab tebal kan...kalau untuk kain samping lelaki ok kot...

      Delete
  9. cantiknya kain tenunan tu..mesti mahal..huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah