Saturday, November 21, 2015

Resepi Bergambar Menu Orang Berpantang

Hi korang...bersiaran secara langsung dari Penang,pengalaman menjaga adik berpanntang keguguran. Sama je pantang ngan orang bersalin malah pantang orang keguguran lagi teliti. Yelah sebab nak pulihkan semula semangat serta condition badan kan...tak boleh buat main- main...selain pantang makan minum...kena jaga diri jugak...kena pakai stokin, tak boleh sejuk...sebab tu mak nak adik aku pantang betul2...

Jom tengok menu yang sempat aku masak berpandukan arahan dari mak....

Gulai Pucuk Pegaga Dengan Lada Hitam


kunyit hidup dan lada hitam di tumbuk lumat macam dalam gambar...


segenggam ikan bilis...


secekak pucuk pegaga


kunyit,lada hitam dan ikan bilis di campurkan dengan santan


masak dengan api yang perlahansampai agak pekat..


masukkan pucuk pegaga...dan masak sampai betul- betul kering, perasakan garam


Dah siap....

ini salah satu menu berpantang yang simple yang sempat aku masak..mak tak nampak so aku la yang ambik alih bab memasak..so dah tau la masak salah satu menu orang berpantang....lepas ni kalau teringin nak buat dah boleh buat dah...kalau korang nak tau..bukan adik aku je makan..satu family pulun makan sebab sedap..lepas tu badan berpeluh- peluh sebab makan lada hitam...memang bagus menu ni sebab untuk orang berpantang badan memang nak kena hangat selalu....

So korang...boleh la cuba....bahan macam dalam gambar tu...x susah nak dapatkan...dan cara memasak macam yang aku dah siap caption kan tu...

Selamat mencuba.....


11 comments:

  1. Bestnya leh makan santan. Klu bidan lin aritu xbg. Dia kata org buang lemak... Kenapa nak ternak lemak...Huhu... Klu ikutkan mak lin Ok je. Nasi lemak pun boleh. Hihhihi

    ReplyDelete
  2. wow... pandai masak sis menu pantang.... boleh akak save.... prepare tuk mengandung coming soon... yehehe

    ReplyDelete
  3. mmg kena jaga btul2 org berpatang ni..

    ReplyDelete
  4. selamat berpantang tuk adik sis.... suh dia byk zikir.... tuk pulihkan tenaga bathin juga.... bathin dg allah saw....

    ReplyDelete
  5. Sy hritu dlm pntng pn x boleh mkn sntan2.. Yela, risau kn nti bby bertaik mata bnyk. Heee..

    ReplyDelete
  6. ooo.. ai x pernah cuba menu ni.. bersantan memang tak sentuh langsung dlm pantang.. tapi part makan masa dlm pantang mmg ai jaga betul.. yelah.. body nak guna lama kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Bertabahlah buat adik u, SA.. kuatkan semangat. Moga adik u cepat sembuh hendakNYA. No wonderlah u ke sana with family.. maaf ai tak tahu..

    ReplyDelete
  8. SA, inilah antara menu pembuka selera akk dlm.pantang berbelas tahun dulu. Kita kat n9 ok jer mkn santan dlm pantang kan...hehehe

    ReplyDelete
  9. first time dgr org berpantang boleh mkn masakan bersantan. kalau kat kelantan..santan or minyak xdbnarkan..hanya air dijadikan kuah..huhu

    ReplyDelete
  10. aida memang minat daun pegaga.
    and resepi SA ni memang memikat jiwa.
    mudah :)

    ReplyDelete
  11. kalau kakak berpantang, fiza pun selalu tumpang sekaki..sedap kan..hihi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah