Monday, November 9, 2015

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR.


Sekarang semua di hujung jari...kalau takde masa nak pergi ambik result exam anak boleh je ke website tersebut yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. knowing aku yang sentiasa sibuk dengan kerja ni..memang agak susah nak bercuti bila tiba masa dapat surat ada perjumpaan ibu bapa..bukan bermakna aku tak nak ambil tahu langsung tentang pembelajaran anak- anak..cuma aku terikat dengan jadual kerja...selalunya aku serahkan tugas tu pada Abah sebab memang aku lantik abah sebagai penjaga..kadang-kadang orang sekeliling tak faham masalah aku atau yang senasib macam aku..nak buat macam mana kalau pihak yang satu lagi tak pernah nak ambik tau..insyaallah aku dah ambil sedikit penekanan dan aku akan tumpukan perhatian pada Dania mulai tahun depan sebab tahun depan dia dah UPSR kan...





Ikut langkah yang dah tertera pada website tersebut...korang hanya perlu masukkan no kad pengenalan anak, klik pada sekolah rendah atau menengah dan tekan butang Semak Laporan dan keputusan anak korang akan keluar...


Bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 Manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

So aku dah semak keputusan akhir tahun Dania, alhamdulillah untuk peperiksaan akhir tahun ini ada peningkatan tapi masih lemah untuk subjek Math..aku memang notice yang subject Math ni agak rumit sebab tak sama macam masa aku belajar dulu.cuma lepas ni dia kena banyakkan lagi latihan walau dah pergi tuisyen. Start 30hb ni kelas tusyen akan bermula seperti biasa..kali ni ambik 4 mata pelajaran sekaligus..Bahasa Inggeris dia dah excellent...alhamdulillah cuma kena focuskan lebih kepada Matematik sebab Math adalah subjek penting untuk dia ke asrama penuh nanti...sekarang sisatem permarkahan 85 ke atas baru A...kalau 80 B, aduhai seksanya..macam mana la anak- anak kita nak mengejar A tu kan...tgok diorang bawak buku pergi sekolah pun dah seram...

Semoga allah permudahkan untuk Dania..lapangkan hati dan permudahkan untuk dia menyerap semua ilmu pelajaran..Amin...

1 comment:

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah