Monday, November 23, 2015

Travel To Penang With ETS

Hi korang....rata2 dah tau aku sekarang berada di Penang...dari Rabu lepas aku dh gerak dh ke Penang gara-gara Adik aku keguguran..Adik aku hilang first baby di usia kandungan 5 minggu lebih...haih macam-macam dugaan Dan pengalaman ngeri yang Adik aku hadapi di hospital besar Pulau Pinang ni..nak cerita balik pun sakit hati...nanti la kalau ada kekuatan aku citer la..bukan apa..banyak pihak terlibat Dan kalau boleh aku tak nak di viralkan kisah ni...rosak plak nama baik Adik aku sebagai kakitangan kerajaan but cukup la aku jelaskan disini yang Adik aku dijadikan bahan ujikaji bagi doktor-doktor pelatih..korang boleh bayangkan tak macam mana kan keadaan Adik aku?

Kita lupakan kejap kisah tu...meh kita citer tentang perjalanan aku ke Penang dengan ETS..naik keretapi laju ko...first time naik ni...first time pengalaman buat Mak abah aku...dalam keadaan diorang x ok sebab mak mengalami masalah penglihatan..akhirnya kami berjaya jugak sampai ke Butterworth..


Tiket kami berempat RM211


Mak abah di  ruang menunggu  KL Sentral


My princess..gunjai minah ni


Abah Mak berpegangan tangan...sweet sgt


Dah naik ets..selesa..


Muka penat anak beranak


Abah x sudah2 call anak2 dia..bg tau pengalaman naik ETS


Ticket checking


Screen Jadual perjalanan


Ruang baggage..


Untung dapat tempat duduk yg siap ada meja kat tgh2


Makanan agak mahal dalam bistro ni..


Nasi lemak RM6 Dan kopi RM3


Abah Dan Mak menikmati pemandangan malam dari dalam ETS..

Actually perjalanan ke Butterworth dari KL Sentral ambil masa selama 5 jam..tak lama pun.sama je kalau naik bas cuma aku malas nak naik bas..lagi lambat nak pulak kalau jalan jammed..dari 5 jam boleh terus ke 8 jam plak nanti..aku memenag rekemen kalau korang nak pi Utara naik ETS..tambang pun murah..tapi kalau boleh beli la tiket pergi balik...aku ni beli tiket sehala je dengan harapan nanti boleh beli walk in terus...erm..hampeh aku nak balik pagi Ahad...pagi Sabtu tiket dah sold out...Ada 2 kelas untuk ETS ni...ada Gold Class iaitu kelas biasa dan Platinum Class...next aku nak explore yang Platinum Class plak...

Meh tengok harga tiket ETS dari KL sentral Ke Butterworth

Gold Class

Dewasa     -  RM59 sehala
Kanak2     -  RM34 sehala
Warga Emas - 50%

Platinum Class

Dewasa     -  RM79 sehala
Kanak2     -  RM34 sehala
Warga Emas - 50%

Pendapat aku sebagai pengguna ETS...memang selesa dan layanan kakitangan KTM pun bagus..sepanjang 5 jam perjalanan kakitangan mereka sangat mesra dan senyum sentiasa...kalau Platinum Class tu ada pramugari kot...next lagi senang sebab boleh balik dari Butterworth dan turun kat stesen kat rumah aku iaitu di Kepong Sentral. Untuk Mak Abah pun senang gak...boleh dah amik ETS dari Seremban..so ak yah nak turun KL Sentral dah...takde la berpusu2 kan...cuma masa aku beli tiket tu aku kelam kabut..tak dan nak tanya boleh ke tak naik dari Seremban...

so korang...kalau nak gunakan khidmat ETS boleh la cepat2 beli tiket..nak plak musim cuti sekolah ni...tiket cepat sold out...kalau boleh jangan jadi macam aku...beli sehala je.better beli return tiket...at least tak kelam kabut...

14 comments:

  1. Lepas ni nak try lah balik Penang naik ETS.. mcm best ajer

    ReplyDelete
  2. Salam takziah untuk adik SA, ya Allah sedih dengar berita keguguran diawal usia 5 minggu, dan dijadikan pula uji kaji pelatih2...Allahuakbar, harap keluarga SA bertabah. Tak pernah naik ETS, syoknya ada meja makan semua kan, relaks.

    ReplyDelete
  3. Bestnya dpt naik ets. Da rezki pi cna blh la try naik ni

    ReplyDelete
  4. senangla sekarang...xpayah ssh nak tunggu bas..kejap jer dah sampai..:)

    ReplyDelete
  5. menarik.... lebih selamat berbanding bas kan ....

    ReplyDelete
  6. best jugak tuh..lepas nih kalau nak g utara naik ETS jer la..

    ReplyDelete
  7. kawan dkna beli tiket online jer ..katanya lagi senang. cuma harga tiket untuk kanak-kanak tu dari usia berapa? anak dkna umur bawah 2 tahun, kena bayar tak?

    ReplyDelete
  8. klu rasa mls nk drive lik kpg , bole r nek ETS blk pas ni

    ReplyDelete
  9. Salam n happy Monday. Bestnyer dh ada pengalaman naik ETS ni. Mg Adik tu ok yer SA

    ReplyDelete
  10. wow tq for review pasal ets ni.
    teringin nak naik ke padang besar one day :)
    just nak bwk anak-anak bertiga tu naik train plak.
    tido semlm, jalan2 padang besar pastu sok pagi balik.
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  11. Salam. Best nye naek ets..anak anak da mula merengek nak naek ketapi..mungkin boley cuba cenggini .

    ReplyDelete
  12. salam takziah buat adik akak..semoga kembali sihat.InshaAllah ada rezeki baby nanti.

    seronok juga naik ETS ni. nanti boleh cuba naik ETS ke utara pulak.

    ReplyDelete
  13. Bestnya..teringin jgk nak merasa naik ETS ni :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah