Tuesday, November 10, 2015

Menggamit Memori Di Perkampungan Nelayan Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson

Tiada yang indah bila sesekali bercuti dapat menghabiskan masa bersama family...semalam Ahad pagi aku bawak adik bongs ngan husband dan jugak Maka Abah serta Dania pi sarapan kat Pasir Panjang PD. Tempat sarapan yang menjadi kegemaran Mak dan Abah serta kami adik beradik...as usual makan roti canai la...memang ni port favorite kitorang satu family...tak cukup corumn lagi ni...


suruh Dani snap gambar


alahai mak tgh mengunyah...jadi cenggitu plak gambarnya...

Gerai ni memang terletak di Pekan Pasir Panjang dan tak jauh dari perkampungan Nelayan area situ...kalau rasa nak makan roti canai best memang selalu turun sini la..ni dah agak lama tak datang...area kampung kan..so bila ramai kena la tunggu turn...seronok la tengok mak ngan Abah selera makan...biasa la bila dah berumur ni sure selera meragam kan...lepa sarapan kami ke perkampungan nelayan...hajat nak cari ikan segar...

Sampai - sampai je hari macam nak hujan...cepat2 tgok kat gerai jualan apa yang ada...Ketam kecik2 tu jer yang banyak...mulanya tak nak beli...pas tu abah cakap kesian yang lain tak dapat ikut so beli jer la...walau kecik ketam tu banyak betul isinya....nanti aku up entry ketam yang aku goreng sweet & spicy blackpepper sauce di lain entry eh...


cantik kan pemandangan...ikutkan dah banyak kali aku share pasal tempat ni...cuma kali ni tak dapat habiskan masa lama kat sini...tengoklah nanti abah plan nak mancing dan menjala kat area sini...sekarang tgh musim udang tau...


tenangnya...masa ni nelayan tak turun ke laut sebab tu banyak sampan kat sini...maybe sebab cuaca tak elok


suatu masa dulu masa aku tinggal kat Pasir Panjang ni abah memang rajin turun ke laut...kalau tak menjala abah akan memukat...memang itu hobi abah...cantik cuaca dan canrik je awan tu kan...


Aku suka pemandangan laut...aku suka kampung nelayan


anak dara ni of course suka benda yang mama dia suka...pose sentiasa dan boleh bagi kerjasama yang baik...manis plak dia pose cenggini

Aku dah di telan anak sendiri...meaning? Abah selalu cakap aku dah ditelan dek Dania..Dania dah makin tinggi dan hampir sama tinggi ngan mama...so pergi mana-mana orang akan ingat kami ni adik beradik...bukan anak beranak...kelakar kan?baru 11 tahun dah macam 15 tahun dah umurnya...semua dah nak kena beli baru lagi....baju kurung aku pun dia dah boleh pakai...so lepas ni pakai je la baju kurung mama..mama beli baru je...eh...hahahahahaha...

Semoga aku akan berpeluang ke sini lagi, tempat ni dan di seluruh Pasir Panjang ini menyimpan seribu memori aku masa kanak- kanak dan merupakan kehidupan kedua kami yang aman damai...dah plan nak berkelah kat sini...berkelah means lepak sini makan tepi pantai...ekceli ada kawasan riadah kat area sini...persisiran pantai kat sini berbatu so tak sesuai kalau nak mandi manda...kawasan Nelayan kan...

Kalau korang nak pergi...dari Teluk Kemang terus je sampai ke Pekan Pasir Panjang, then masuk kanan dekat Tokong Cina tu...landmark  Kem Membina Semangat atau Kolej Uniti Pasir Panjang.Senang je nak ke sini....nak lagi senang ajak aku sekali...leh pose maut lagi kan...hehehehehe....

7 comments:

  1. Betul tu.. dah macam adik beradik rasanya.. macam ai dengan dak Nuha..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah sampai sini SA. Selalunya kalau ke PD gi jalan Teluk Kemang jerlah.....habis lama pun mandi laut kat pantai belakang hotel...Tak tau pun ada jual ikan segar...

    Nyamanlah tengok gambar tu....
    Gitulah SA....anak semakin membesar. Tp untunglah sebab diaorg ingat adik beradik bukan anak beranak. Sure banggakan hihi

    ReplyDelete
  3. dah lama tak pergi PD..rindu plak tgk gamba awak jenjalan kt sana. :)

    http://prettyvrach.blogspot.my/2015/11/review-breena-beauty-luxe-brush.html

    ReplyDelete
  4. selalu pergi Pd mesti singgah sini makan ikan bakar dan kerang bakar..sedap kot! sambal dia pun lain dari yang lain

    ReplyDelete
  5. Cantik pemandangan dia SA tenang dan damai jer...

    ReplyDelete
  6. Cantik pemandangan dia SA tenang dan damai jer...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah