Saturday, September 17, 2016

Tips Atasi Cinta Tidak Kesampaian

10 Tips Atasi Sakitnya Putus Cinta


Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan. Cinta x semestinya bersatu 

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa kedua belah pihak. 

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap adik beradik, orang sekeliling kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk redam dan membuatkan kita merasa lemah

gambar sumber google


Setiap orang pasti pernah rasa ditinggalkan oleh kekasih. Dalam keadaan tertentu orang akan merasa kecewa yang amat sangat dan semangat hidup akan menurun.Semua kerja jadi tidak serius dan tidak terurus.Korang tentu tidak mau terus terperangkap dalam kesedihan setelah putus cinta dengan pasangan korang. Agar korang terus survive, berikut ada beberapa tips untuk mengatasi sakit hati korang.

1. Dapatkan bantuan

Meskipun korang sudah berusaha sekuat tenaga dan dengan sedaya upaya untuk menyembuhkan diri tapi tetap gagal, cubalah untuk bertemu dengan pakar psikologi. Beberapa perkara yang dapat membantu korang untuk bangun dari kekecewaan adalah menerima pendapat dan perkongsian dari seorang teman yang menjadi pendengar setia, berbicara dengan teman-teman dan mengalihkan perhatian korang supaya segera sembuh dari sakit hati & kecewa akibat kehilangan.

2. Buangkan barang-barang di tempat tinggal korang yang mengingatkan korang pada si dia.


Jika korang tinggal berdekatan dengannya, pindahlah untuk sementara waktu jika perlu. Buangkan foto-fotonya, berhenti mendengarkan lagu-lagu yang pernah korang berdua suka. Ciptakan suasana baru dengan membeli CD baru yang tidak ada hubungannya dengan kenangan masa lalu.

3. Berfikirlah secara dewasa


Yakinkan diri korang sekiranya kejadian itu memang harus terjadi. Percayalah pada kemampuan diri korang, masih ada banyak kebahagiaan di luar sana, korang mungkin gagal dengan seorang, namun belum tentu dengan orang lain.

4. Bersukan


Aliran endorfin akan menaikkan semangat dan dapat membantu tubuh korang tetap sihat, dengan berolahraga dapat membantu korang mempercepat proses pemulihan dari stres dan rasa sakit akibat patah hati.

5. Makan makanan sehat


Stres yang korang rasakan kadang2 membuat pola makan korang tidak teratur, kekalkan makan makanan yang sihat agar korang memiliki cukup tenaga untuk berfikir dengan tenang menghadapi permasalahan yang sedang melanda.

6. Ceritakan kesedihan  pada teman terdekat atau keluarga


Kalau korang merasa tidak ada seorang pun yang memahami situasinya, mungkin korang salah besar. Tidak semua dari kita pernah mengalami trauma akibat putus cinta, jadi kita mengerti dan ingin membantu korang. Tapi jangan meluahkan perasaan korang pada semua orang yang korang temui, ada juga orang yang sering kali tidak peduli dengan perasaan orang lain.

7. Biarkan kesedihan melanda


Tentu saja korang boleh bersedih, itu normal, itu jauh lebih baik daripada memendam perasaan. Hanya satu, cubalah untuk tetap bersikap anggun, jangan tunjukkan kesedihan korang di hadapannya.

8. Lawanlah rasa takut Anda


Dengan berakhirnya sebuah hubungan yang terjadi secara mendadak, seperti dipaksa mengubah kebiasaan dengan tiba-tiba. Agar tidak takut menghadapinya berfikirlah secara bijaksana bahawa korang telah mendapat pengalaman baru dari peristiwa ini, iaitu kematangan emosi yang ternyata akan menguatkan diri korang.

9. Perbanyakkan Pergaulan


Kesedihan yang mendalam sering dialami oleh seseorang yang cenderung meratapi dan mengurung diri setelah berakhirnya sebuah hubungan. Perbanyakkan bergaul dengan rakan-rakan sekeliling korang, jika dulu dia sering melarang korang untuk bergaul dengan teman-teman sekarang korang memiliki kebebasan untuk melakukannya.

10. Tingkatkan Keimanan


Putus cinta memang membuat patah hati, rasa sakit yang tak tertahankan kadang2 membuat seseorang berfikir serta bertindak di luar batas kewajaran, bunuh diri contohnya. Tingkatkan keimanan korang, carilah  penyembuhnya dengan lebih banyak melakukan ibadah. Ingatlah bahwa Tuhan sangat mencintai kita lebih daripada segala hal yang ada di bumi ini. Ingatlah bahwa hati yang gembira adalah ubat, tetapi semangat yang patah memang susah untuk sembuh..yang penting cara kita mengawal emosi.

Semoga berjaya dan terus kuat semangat!


Terperangkap Dalam Duka

Alunan suara takbir berkumandang
Seiring petasan menggema bersahutan
Memaksa diriku hanyut dalam hayal
Terbias senyummu di akhir perjumpaan

Senyuman yang manis namun penuh dendam
Ketika kau tahu diriku ditunangkan
Kecupan terakhir penuh rasa haru
Serasa kemarin kau masih disampingku

Mengapakah perpisahan terjadi antara kita
Berakhir dengan deraian air mata
Tak kuasa ku melawan kehendak ayah dan bunda
Akhirnya ku terperangkap dalam duka

Ku paksakan tuk bertahan
Walau berat beban yang aku rasakan
Air mata ku berlinang
Di kala rinduku padamu pun datang

Tiada pernah ku miliki rasa cinta serta rindu
Selain cinta dan rinduku padamu
Datanglah kasih sejenak walau di dalam tidurku
Cukuplah sebagai pengobat rinduku


16 comments:

  1. Memang sakit putus cinta ni SA sbb saya pernah rasainya..
    Masa ni iman kena kuat, syaitan suka hasut supaya buat benda x elok..
    Kena muhasabah diri..

    ReplyDelete
  2. bukan mudah nak ubati hati yang luka tapi segalanya mungkin jika kita usaha untuk melakukannya..move on..

    ReplyDelete
  3. oh !! kalau pasal MAKAN MAKANAN SIHAT boleh refer kakak ye.. hee~

    ReplyDelete
  4. merawat luka tidak mudah tapi pasti boleh,jangan membenci,maafkan dan biarkan ia pergi.yakin dengan perancangan Allah,insya allah ada bahagia di hadapan,lambat atau cepat je.

    ReplyDelete
  5. Jgn dok sorg² nanti terkenang²...

    ReplyDelete
  6. Paling terbaik, tingkatkan amal ibadat.. Banyakkan buat solat sunat.. Mengadu sepenuhnya pada Sang Pencipta.. In Shaa Allah, ketenangan akan datang selepas itu.. ^^,

    ReplyDelete
  7. Fikir +ve.. jangan buat sesuatu yang dilarang olehNYA. Buat rugi buat sakit badan je. Dia dah tentu seronok, yang kita nak makan hati dah kenapa?
    Tunjukkan pada dia yang kita boleh hidup walau tanpa dia di sisi kita.

    ReplyDelete
  8. tips yang bagus. boleh shre dgn kawan kawan yg putus cinta hehehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah