Thursday, December 22, 2016

Bara Bara Bukan Sekadar Restoran Seafood Biasa!

**Sticky Post For 3 Days Entry Baru Di Bawah Entry ini**

Hidangan Seafood Slerak ( Shellout) Sedap Di Bukit Jelutong

Live Crabs..Live Clams..Family Oriented..


Kenapa bukan restoran seafood biasa? Apa yang luar biasa sangat...haaa..ini yang aku nak highlightkan kat korang pencari dan pencinta makanan sedap di Malaysia ni especially sekitar Lembah Klang..Bara Bara Seafood Slerak korang harus cuba...sekali dah cuba pasti akan repeat semula..Bukan sekadar Restoran Seafood biasa yang korang pernah terjah...tetapi Restoran ni mengetengahkan konsep Family Oriented, Cozy Ambiance dan menawarkan Life Seafood yang fresh yang diambil dari pembekal tempatan. Kesegaran seafood ini dijaga kualitinya sehingga korang takkan jumpa sedikit pun cacat cela...Aku pun tak sangka ada Restoran Seafood yang hebat di area Bukit Jelutong sehinggalah aku dijemput untuk sessi food review oleh Isteri kepada owner yang merupakan salah seorang orang kuat di office aku.

Jom aku bawak korang jelajah Bara Bara Seafood

Photo dari FB Ayers Rocker

Melangkahkan kaki ke dalam restoran ini korang akan mendengar alunan lagu- lagu yang pop classic yg sesuai dengan konsep. Suasana yang cozy cukup menenangkan. Kalau korang nak lepak malam minggu atau balik kerja pun dh cukup selesa dh..Sebenarnya Bara Bara Seafood Restaurant ini merupakan Restaurant Western yang hanya menyajikan Steak.. pelbagai jenis Steak di tawarkan mengikut citarasa pengunjung dan diorang ada 3 outlet di Cyberjaya, Bukit Jelutong dan Wangsa Walk..Disebabkan masalah kenaikkan harga bahan mentah dan sebagainya maka salah satu outlet di branding semula menjadi Seafood Restaurant dan ianya mula diperkenalkan pada Oktober 2016 lepas dengan menggandingkan juga masakan western di sini.


Susun atur perabut yg simple tapi elegance..


Kaunter minuman dan cashier..percaya x kalau aku cakap papan kaunter tu adalah kayu dari sampan?
Unik kan?


Kreatif kan?aku pun x terfikir diorang gunakan papan perahu..


Meja yg diperbuat dari kayu rel keretapi..sangat classic..menurut owner 3 orang pun blombtentu dapat angkat meja tu


Ruang keluarga yang mampu menampung kapasiti keluarga jumlah besar


Menu billboard untuk today's special...dan menu akan bertukar setiap hari


Antara family crowd yang berkunjung..sepanjang aku berada di restaurant ni semua pengunjung adalah keluarga yang besar..


Hiasan dalaman, gambar orang kenamaan yang pernah berkunjung ke sini


Props yang menggambarkan kehidupan laut dan konsep Seafood Restaurant


Idea yang menarik...bubu ikan...yang bulat tu aku kurang pasti apa bendanya dan jugak tali kapal


Hiasan lampu yang classic


Jom kita tengok Live Seafood yang diletakkan di ruang pameran...ye betul...seafood dalam akuarium ni HIDUP dan SEGAR...aku mula2 macam tak percaya ingat hiasan je..sekali Clams tu bergerak- gerak dan berpusing...siap aku tanya staff restaurant benda alah ni hidup ke dik...dengan senyum adik tu jawab..ye kak..clams ni hidup.....


Lokan dan Clams...


Belangkas


Kepah atau mat saleh panggil clams


Si Ketam Nipah...jangan sesekali ko hulurkan jari..sekali dia ketip mmg x lepas punya...

Jom tengok makanan yang dihidangkan pada malam tu...Awas...sediakan tisu...sebarang rasa keinginan, terliur atau sebagainya adalah di luar bidang kuasa penulis. Sebarang kecaman tidak akan dilayan......bleh x buat disclaimer macam tu...risau plak aku sebab duk tayang makanan sedap..ramai plak yang terliur..susah aku nak jawab kalau disalahkan...makanan ni semua adalah pilihan owner restoran untuk sesi review..Aku ikut aje..jom kita berkenalan dengan menu- menu di bawah...



Watak utama adalah SEAFOOD SLERAK - Yang ni ala- ala shell out, untuk hidangan ini ada Ketam, Udang, Kepah dan Lala
Regular ( 2-3 pax ) - RM89
Jumbo ( 4-6pax) RM199 - Jumbo Seafood Slerak di hidangkan bersama 4 nasi dan 1 jug Ice Lemon Tea
Sauce pilihan
BB Special Sauce
BB Dry Black Curry


Ikan Siakap dibakar dengan sempurna dan dihidangkan dengan Bara- Bara Sauce serta kicap cili. memang sedap, ikan pun segar sangat- sangat..manis isinya..
Harga mengikut saiz ikan dan setiap hidangan disertakan dengan Nasi.


Creamy Blackpepper sauce yang buatkan aku jadi ANGAU merupakan pelengkap bagi hidangan Mixed Grill...Ada Lamb Loin, Beef Kebab & Grilled Chicken sesuai untuk sharing..satu hidangan portion besar..boleh makan 2-3 orang
Harga RM48...Berbaloi kan?


Beef Kebab dan Creamy Blackpepper yang buatkan aku jatuh hati...psst siap mintak tambah sauce 
serius sedap...


Akhirnya sampai ke Dessert...dah sampai bab ini dah tentu lah hidangan yang terakhir kan...Tropical Coconut Ice Cream.. Rasa menyesal plak tak makan portion aku...aku kongsi..owner dah cakap dah..jangan menyesal...sekali siyes uollsss....memang sedap...biskut kelapa yang legend tu buat aku terkenang- kenang masa kecik- kecik dulu...memang full dengan kelapa...ice cream plak ada cunchy coconut dan kacang...sedap gilos...pure coconut..Kalah Sangkaya....sampai sekarang aku tak bleh move on...rasa nak pergi jer terjah sekali lagi...


Iced Lychee Tea RM6.90


Ini adalah kesudahan yang sebenar....Kejadian Selepas...hasil makan berempat...


En Zakir Owner Restaurant


Puan Linda Wife Owner 

Cakap banyak pun tak guna...korang cuba la..memang fully recommended...Aku dah makan so nothing much to say...rugi kalau tak cuba, sekali korang rasa confirm korang nak repeat semula...Insyaallah aku akan repeat lagi...kalau bleh nak bawak anak dara aku makan kat sini..dia suka shellout..

Kalau korang nak cuba...boleh waze alamat berikut :

Bara- Bara Seafood
Lot 04G, D'Bayu Jalan Serambi
U8/21 Bukit Jelutong
Shah Alam

Tel : 0172337533 En Zakir

atau Instagram : www.instagram.com/barabaraseafood

Facebook: Ayers Rocker

Selamat Mencuba!!

28 comments:

  1. wah..syoknya tengok segala jenis makanan yang ada kat situ..

    ReplyDelete
  2. skarang rmi dh restoran buat menu shell out kn

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi makan kat restoren seafood shellout macam ni.

    ReplyDelete
  4. aduhhhh sdpnya nmpak menu
    harga pun berpatutan sgt

    ReplyDelete
  5. Fuhhh nampak menyelerakan semua tu :D

    ReplyDelete
  6. Suasana dalam kedai pun nampak selesa dan menarik...

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa. dalam gambar tu kolin tengok semua terliur uolsss

    ReplyDelete
  8. Uwaaa...terus perut perut berkeroncong tgk gambar-gambar SA ni...

    ReplyDelete
  9. Memang meleleh nengoknya.. hahaha..

    ReplyDelete
  10. meleleh air liur tgk Mr Crab...hahaha

    ReplyDelete
  11. lepak laki bini syok ni, kalau bawa anak , suasana tenang jadi tak tenang hahhaha

    ReplyDelete
  12. Haishhh...ni yang buat ngidam ni, akak ni pantang tengok gambar makanan sedap2...nanti nak gi cari lah..hehehe

    ReplyDelete
  13. Perghhh ni yang buat saya lapar tgh2 malam ni .. ketam tu tak tahan, rasa lama betul tak makan ketam ..

    ReplyDelete
  14. okey bolelah terjah nanti...nampak sedap sangat ni.

    ReplyDelete
  15. tudia x thn tgk encik ketam tu..memangil2 ni ha

    ReplyDelete
  16. meriah tgk ketam kepah udang bagai..
    bolehlah try nanti.. tapi puas hati
    kalau buat sensiri dirumah.. ramai2
    pakat share dan masak..

    ReplyDelete
  17. Ya Allah tgugatnya iman tgk makanan

    ReplyDelete
  18. Meriahnya..swdap nampak semua makanan yang ada...

    ReplyDelete
  19. Saya suka tang hiasan dekorasinya...cantik..klasik pun ada...
    InsyaAllah ada masa nanti boleh singgah cuba...

    ReplyDelete
  20. menarik ... foods pun nampak sedap

    ReplyDelete
  21. Macam best je. Kena terjah nanti ni

    ReplyDelete
  22. Bershellout ye.. ketam beso beso. Kedai dia nampak cantik... ^^

    ReplyDelete
  23. Wahhh.. Menariknya.. Kalau buat konsep bersila lagi best

    ReplyDelete
  24. cantiknya restoran ni. ketam pun nampak menarik 😍

    ReplyDelete
  25. tak jauh dr rumah mak ni. Nanti nak dtg cuba

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah