Monday, December 30, 2019

Apa Yang Perlu Anda Tahu Bila Masuk Tahun 2020



1) Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula.
Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan

2) Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah.
Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang

3) RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu.
Harga di Sabah, Sarawak, Labuan Kekal. Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal

4) Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan.
Tiada saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS)

5) Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso.
Majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

6) Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama.
Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama

7) Sistem cukai petak di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Jan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal

😎 Cukai perkhidmatan digital 6% dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital asing.
Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital

9) Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan (Tingkatan 4).
Pelajar Tingkatan Empat tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka

10) Rakyat Sarawak nikmati air percuma.
 Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma, menurut Kementerian Utiliti

11) RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka.
Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1

12) Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir.
Kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua bayi yang lahir

13) Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha kedai makan.
Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan

14) Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis.
Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang dikuatkuasakan

15) Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai.
Pulau Pangkor dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai kecuali minuman keras

16) Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan.
Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00

17) Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA.
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta

18) Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar.
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap 4 bulan sekali. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal

19) Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso.
Golongan karyawan merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya berpeluang menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi insurans mereka

20) Levi pelbagai peringkat untuk pekerja asing meliputi semua sektor.
Pelaksanaan itu mengambil kira aspek integrasi data serta kesediaan pihak kerajaan dan majikan di bawah sektor formal, khususnya pertanian dan pembuatan

21) Hanya isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor.
Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020.


21 comments:

  1. Yang sarapan tu bukan semua sekolah lagi di awal perlaksanaan ni 😌

    ReplyDelete
  2. Wow... Banyak nie nak take noted 👌👌

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...banyak gak tu manfaat dia untuk rakyat

    ReplyDelete
  4. kesian bagi yg tak mampu nak sediakan CRS tu..

    ReplyDelete
  5. tang yang naik harga tu yang fenin SA oi... aduhai

    ReplyDelete
  6. banyaknya.. huhuhu..
    yang paling ngeri yang no 18 tu..

    ReplyDelete
  7. Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 - semua sekolah? ehm baru tahu

    ReplyDelete
  8. Oh. dah baca sini baru tau apa yang bakal terjadi 2020 nanti. Nampak sanagat Bella tak tengok TV. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. macam2 ada. mudah2an beri manfaat buat semua.

    ReplyDelete
  10. banyaknya yg blum ku thu..huhu

    ReplyDelete
  11. Huhuhu je kak thn dpn...Mcm lg. RM dok keluar je ni..

    Boleh bikin kalau dok mikir..

    ReplyDelete
  12. Ada yang bagus ada yang tak. Mana yang bagus terima dengan tangan terbuka..

    ReplyDelete
  13. Woww!
    Huuu..takleh bla no 3....! Ok, point jadi artis tu, tang KWSP..wohooo~ manyakk syokk ahhh!

    ReplyDelete
  14. 22. Umur bertambah satu angka lagi.

    ReplyDelete
  15. Akk copy paste ni tau. Mintak izin

    ReplyDelete
  16. banyak jugak..kena take noted ni. tq sharing

    ReplyDelete
  17. Yang pasti tahun depan, umur meningkat. Takdenye nak turun-turun umur kita dah.. Hehehe...

    ReplyDelete
  18. Yang no 9 tu pening anak Mrs. A si Aryssa tu duk fikir nak pilih apa huhuhuuu...

    ReplyDelete
  19. Selamat car seat lama tak bagi orang lagi. Kalau x, kena beli baru pulak. Huhu

    ReplyDelete
  20. abis la setiap minggu duit minyak naik

    ReplyDelete
  21. Thanks for sharing,Kak SA. Sekarang ni tak sempat baca berita.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah