Sunday, January 26, 2020

Kuih Kasui Pandan Di Petang CNY ke 2..

Hi korang...

Hari ni project SA dan adik beradik...teringin nak makan kuih kasui pandan...dah lama tak buat sebenarnya so dah ingat-ingat lupa nak buat macam mana....nasib adik SA si Lisa ada...itupun google je resepi..hahaha..masing-masing tak confident....nasib baik menjadi...nasib baik gedik dia cantik je...hahaha.....nasib baik ada resepi by Azie Kitchen...memang ikut bahan-bahan dari kak Azie cuma cara masak tu derhaka skit..kalau Azie Kitchen masakkan dulu bahan-bahan guna api perlahan then baru kukus..SA plak..terus je kukus...hahaha...alhamdulillah menjadi jugak...


Masa mula-mula bancuh dan tambah sikit pewarna hijau...


Bancuhan dah larut


Selepas dikukus


Dsh sejuk dan dh dipotong serta disalut kelapa putih

Kuih Kaswi Pandan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2/3 cawan gula pasir
2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur - guna 1/2 sudu kecil
Sedikit pewarna hijau

Cara cara:
Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan. 

Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata. 



Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Saya kukus selama 25 minit.

Resepi Azie Kitchen☝️☝️☝️

Alhamdulillah menjadi dan sedap je SA makan...elok menggedik kuih kasui pandan SA...sedap makan....lepas ni next week SA nak belajar buat karipap plak...nak buat karipap inti daging...mesti sedap...kan?

10 comments:

  1. Nyummm sedap tu. Esok lak nak pi cari 😂

    ReplyDelete
  2. sedapnya..cik nor biasa makan kasui gula melaka tu..:)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kasui pandan... Bole buat nanti

    ReplyDelete
  4. Selamat buat kuih karipap. Cantik rupa kasui/kaswi tu.

    ReplyDelete
  5. Sedap nih. Kelapa parut pun penuh

    ReplyDelete
  6. banyaknya nasib baik...hahahaha

    kuih kasui ni mak selalu buat jualan kecik2 dulu....kita siap bawak dalam bakul jual kat sekolah...masa tu darjah 1 kot, jual senyap2..sorang kawan je beli sebab senyap2 tak gitau sape2 kan...last2 cikgu tahu, dia panggil dan gitau tak boleh jual kuih kat sekolah...tapi lepas cakap tu, cikgu tu pun beli...hihihi

    ReplyDelete
  7. tk pernh mkn kaswi pandan..tp mmg suka kuih kaswi

    ReplyDelete
  8. alahai sedapnya ni kak.. saya suka makan tapi tak pandai masak hihi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah