Sunday, March 19, 2017

Kerana Ego Isteri Tidak Dapat Maafkan Dirinya Sehingga Sekarang

Para Isteri Ambil Ikhtibar Dari Kisah Benar Ini

Rumah tangga mana yang tak di timpa masalah...gaduh- gaduh tu memang biasa..tapi jangan lah sampai bermasam muka..masing- masing ada salah..ada Ego...tapi apa salahnya kalau duduk berbincang...

Jom baca kisah benar ini...SA hanya share...untuk kebaikkan bersama


Abang ni #%¥¥¥$&@%@%#&@@
Macam2 isterinya maki hamun. Tak puas hati.. Tapi suami diamkan diri. Layankan saja sikap isteri yg sedang hot. Biarkan dia lepaskan apa yg terbuku di hati.

'Abg nak pergi kerja ni'. Kata si suami,
Sambil hulurkan tangan utk bersalaman dengan isterinya. Namun tgnnya ditepis....isteri masih ego dengan sikap barannya. Tiada lagi sarapan...tiada lagi segelas air. Tiada peluk cium utk suaminya seperti biasa. Biarkan rasa. Biarkan dia tahu aku betul2 merajuk kali nih~ kata si isteri td dalam hatinya. Huh....dia ingt aku ni apa? Tunggul??? Tak ada hati dan perasaan??? Lantaklah....puas hati aku

Si suami menoleh sebelum membuka pintu utk keluar ke tempat kerja. Tapi masih sama. Si isteri masih berkeras. Langsung tidak diberi perhatian buat suaminya....Suami dalam keadaan kecewa melangkah keluar.....memberi kemenangan kepada isterinya....Biarlah...nnti sejuk tu oklah.

2 Jam berlalu....
Aihhh.....mengapa langsung tak mesej bgtau dah sampai pejabat??? Biasanya pasti call memberitahu dah selamat sampai.. Senyapppp aja nih. Marah kot? Cetus hati si isteri....

Tiba2 ada panggilan...huh. Tau pun nak telefon. Hello?? Nak apa??? Oppsss sory. Rupanya panggilan dari org lain. Rakan seperjuangan di syarikat ingin memberitahu tentang perkembangan situasi di tempat seminar.

4 Jam berlalu.
Nak call tak nih? Argghhhhh....biarkanlah. Merajuk la tuh. Selagi dia tak mesej @ call, biarkan je lah. Tapi si isteri dah mula risau....macam ada yg tak kena.....kring!!!!! kringgg!!!!!
Telefon rumahnya berdering....

Assalamualaikum...ni puan ****** ker?
Ya jawab si isteri td. Puan dikehendaki dtg ke hospital ****** dengan segera. Suami puan tuan**** kemalangan ngeri pagi td dan meninggal dunia..

Allahuakbar....tiba2 si isteri terlepas telefon di tgn.....terbayang2 kelibat suaminya pagi td. Suami yg nak bersalam tp dia tepis....Menangis berterusan......lemah longlai badannya...tidak sempat memohon maaf. Allah....Allah....ampunkan aku Ya Allah.....

Sudah 30 tahun berlalu.....si isteri masih tidak dpt maafkan dirinya sendiri....peristiwa itu bagaikan baru berlaku semalam.....

~~ Wahai isteri/suami diluar sana......bersalaman lah setiap kali kamu akan berpisah untuk ke tempat kerja masing2......peluk dan ciumlah pasangan masing2....mohon maaflah...Kita tidak pasti siapa yg melangkah keluar dalam keadaan sihat sempurna, pulangnya sebagai jenazah...

#C&P Facebook

14 comments:

  1. Owh.. ada terbaca kisah ni kat whatsapp group.. moga kita dapat ambil pengajaran..

    ReplyDelete
  2. Sedihnya..itulah Kak Sue setiap kali Abang Man nak keluar tak kira bekerja atau urusan lain,memang salam peluk cium..dah terbiasa dari memula kawin..

    ReplyDelete
  3. Semoga menjadi pengajaran buat semua. Hargai dan hormatilah suami kita 😢

    ReplyDelete
  4. bila bergaduh suami isteri ni kadang-kadang masing-masing tak nak kalah. Tu masing-masing kena rendahkan ego kalau nak harmoni. Takut menyesal je nanti kemudian hari. Kena ambil iktibar dari cerita ni

    ReplyDelete
  5. Masing-masing perlu memahami dan bertolak ansur. Insya Allah rumah tangga akan harmoni

    ReplyDelete
  6. sesal dahulu pendapatan..

    ReplyDelete
  7. salam, peluk cium suami isteri itu satu cara untuk mengumpul pahala.....kena amalkan.
    lagi satu kalau nak marah atau merajuk elakkan waktu pasangan baru balik kerja atau nak keluar rumah....sabar sekejap.

    ReplyDelete
  8. ego mmg merugikan. x salah melupakan ego demi yg tersayang. mengalah bkn bererti kalah..

    ReplyDelete
  9. kadang -kadang kena ego.
    ego yang bertempat
    dan bersebab

    ReplyDelete
  10. Perkara yang bakal terjadi.. Memang tak terjangkau dik akal

    ReplyDelete
  11. Ambil iktibar... Dalam rumahtangga ego tu patut kena buang ke tepi. Tapi kalu benda nak jadi kan...

    ReplyDelete
  12. huhu tapi tu lah kan, bila dah takde baru nak sedar :') harap harap jadi iktibar

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah