Monday, September 18, 2017

6 Cara Semulajadi Bersihkan Buah Pinggang

Hi korang

Selamat menjemput rezeki...no Monday blues ye hari ni...walaupun SA panas hati ni kat opis ni..ada org x betul, menyusahkan dan selalu naikkan darah..niat SA pagi ni melangkah keluar dari umah dan naik bas pukul 6am ke KL nak mencari rezeki dengan tenang...tak nak la kusut2..tapi tak kesampaian bila tetap kusut jugak..haha..takpe la..org tua macam dia tu memang pernagai macam tu...so how was your weekend?SA agak boring weekend ari tu sebab tak kemana- mana. Mak Abah SA tak sihat...so banyak lepak kat rumah je..anak dara dah masam muka..sebab tak dapat bawak dia berjalan...takpe la boleh je pujuk dia nanti...

So hari ni SA nak share tentang 6 cara semulajadi bersihkan buah pinggang. Dewasa ini masalah buah pinggang memang sinonim sangat dengan masyarakat Malaysia...so buah pinggang memang penting ye kawan- kawan. Tak ada orang lain boleh jaga buah pinggang kita...kita sendiri kena ambil tahu dan jaga elok- elok...kalau tak jaga..jadi penghuni hospital la nanti...Mak Long SA sendiri pesakit buah pinggang..adakala tengok dia rasa macam tak sampai hati..patut tua- tua macam tu dah berehat duduk rumah melayan cucu tak pun pi melancong dengan suami atau anak- anak..beribadat kan..tapi la ni tiap2 minggu dia pi cuci darah sebab masalah buah pinggang....kesian..pergerakkan dia terbatas...








Buah pinggang adalah salah satu orang yang paling penting dalam badan. Walaupun kita masih boleh hidup tanpa buah pinggang, namun banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita hidup dengan sihat dan normal.

Antara salah satu fungsi terpenting buah pinggang adalah menjadi penapis bahan buangan dalam darah

10 tanda-tanda buah pinggang anda mengalami kerosakan

  1. Kerap berasa lemah dan letih - Penyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.
  2. Masalah Tidur - Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik. Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik berbanding mereka yang sihat.
  3. Kulit Kering dan Gatal - Antara fungsi-fungsi penting buah pinggang adalah menyahkan buangan dan air berlebihan dalam badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan kekuatan tulang dan mengekalkan mineral dalam darah. Namun, jika kulit anda menjadi kering dan gatal, ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang anda yang tidak melakukan kerjan mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah dengan baik.
  4. Selalu Rasa Nak Kencing - Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing. Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin petanda buah pinggang anda rosak
  5. Kencing Berbuih - Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang “bocor” ke dalam air kencing anda, yang mana tidak sepatutnya berlaku.
  6. Ada darah dalam air kencing - Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing anda akan tidak mempunyai darah. Namun jika buah pinggang anda rosak, sel darah ini ini akan “terbocor” dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada ketumbuhan, batu karang atau jangkitan
  7. Bengkak Berterusan pada mata - Bengkak pada mata yang berterusan disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dalam badan tetapi masuk ke adalam air kencing dan keluar daripada badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan berfungsi atau rosak, menyebabkan protein bocor keluar.
  8. Buku lali atau kaki bengkak -Sodium atau garam di dalam badan anda akan kekal jika fungsi buah pinggang anda merosot. Ini menyebabkan buku lali dan kaki anda membengkak. Sakit jantung dan penyakit pada organ hati juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian bawah bawah kaki.
  9. Kekejangan Otot - Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal dengan baik, seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang.
  10. Kurang Selera Makan  - Ini satu petanda yang sangat umum, namun jika anda kurang selera makan, mungkin ada kena mengena dengan masalah buah pinggang. Toksin yang terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan mencetuskan hilang selera makan.

Jenis-jenis penyakit Buah Pinggang


Secara umumnya penyakit buah pinggang terbahagi kepada dua:

1. Penyakit Renal Akut (ARD)

Kehilangan fungsi buah pinggang secara tiba-tiba adalah disebabkan oleh penyakit, kecederaan atau toksin. Banyak kes-kes ARD boleh dirawat dan kembali kepada normal.

2. Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

CKD adalah bentuk biasa kegagalan buah pinggang. Ini adalah apabila buah pinggang secara beransur-ansur kehilangan fungsi dan ini berlaku selama bertahun-tahun. Terdapat kerosakan yang kekal dan tidak boleh diubah, kerana struktur buah pinggang utama telah rosak. Antara punca-punca kegagalan buah pinggang kronik adalah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi yang tidak dirawat, radang, keturunan, jangkitan kronik dan penyumbatan buah pinggang.

Untuk itu...jom la kita menghindar dari penyakit buah pinggang ni..mengelak lagi bermakna dari mengubati...buah pinggang kita adalah aset dalam badan kita yang amat penting selain dari organ lain..

13 comments:

  1. Nice sharing kak SA. Kena jaga betul-betul buah pinggang ni. Kalau rosak susah nak dapat penderma sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Good sharing kak sa. Bahaya bila buah pinggang bermasalah nak berdiri pun terganggu

    ReplyDelete
  3. good sharing kak SA..ari mggu ni Sha blik kampung jenguk mak ayah sakit kt kampung

    ReplyDelete
  4. info yang sangat menarik...tq for sharing

    ReplyDelete
  5. tq sbb share SA, skrg ni tekak mmg terasa2 nk mkn tembikai.... cranberi rajin jgk mkn tp yg kering... tp mmg mudah nk dpt apa yg SA senaraikan

    ReplyDelete
  6. Terima kasih share. jom kita amalkan pemakanan yang sihat.

    ReplyDelete
  7. Gud Info SA.. Mummy selalu buat jus saderi nak bersihkan buah pinggang..hehehe Nanti leh test SA punya tips pulak..:D

    ReplyDelete
  8. Tq akak... banyak kena belajar bab2 penjagaan buah pinggang ni.. semoga bermanfaat untuk kita semua

    ReplyDelete
  9. Yg penting kena banyak minum air suam

    ReplyDelete
  10. Yang penting kena banyak minum air suam

    ReplyDelete
  11. nice sharing SA. sha memang minum air sungguh sungguh sampai takde selera dah nak minum air manis haha. tapi bab kencing malam tu kerap jugak tapi sebab minum air banyak kot?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah