Thursday, September 14, 2017

Al Fatihah 20 Maut Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Allahuakbar....

Ya allah...tak tau nak kata apa bila dapat semua info- info ni...tragedi menyayat hati mengorbankan 22 pelajar dan 2 orang guru serta ada mangsa yang kritikal...tragedi menjelang subuh..SA teirma video ketika kejadian...meruntun hati mendengar anak- anak tersebut menjerit meminta tolong..apatah lagi gambar selepas api dapat dipadamkan...sedih pilu melihat mangsa yang hangus terbakar..sedih pilu melihat keluarga meratapi pemergian anak- anak...ada yang hilang semua anak- anaknya...allah...sedih...walau SA bukan ahli keluarga...tetap merasai kesedihan sebab SA seorang ibu....kalau SA pun tak mampu nak menolong...apa yang mampu SA katakan...pihak sekolah tahfiz..walau di mana sekali pun..tolong lah..keselamatan anak- anak..sekolah dan smeuanya perlu dititik beratkan..jangan la dipasang jeriji besi kekal di seluruh tingkap bangunan sekolah...dapatkan lah kelulusan yang sepatutnya..ye betul ini takdir..tak boleh di elak...tapi boleh aje kita beringat utk menjauhkan kemalangan jiwa seperti ini....

SA tak nak tengok lagi video tu...cukup la...netizen pun jangan lah di upload gambar mangsa kejadian...usah disebarkan aib mangsa...kita tak kena memang kita tak tau apa perasaan keluarga mangsa...Innalillahiwainnaillaihirojiun....Alfatihah...








**gambar semua sumber whatsaap**

Kebakaran yang meragut lebih 20 nyawa pelajar dan tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi ibarat mengulangi tragedi yang pernah berlaku hampir tiga dekad lalu di Padang Lumat, Yan, Kedah.

Dalam tragedi 22 September 1989 itu, seramai 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau dikenali Pondok Pak Ya terkorban selepas asrama menempatkan pelajar terbabit terbakar.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu dipercayai berpunca daripada lilin di ruang bilik asrama yang terjatuh sehingga mengakibatkan berlakunya kebakaran.

Akibat kebakaran itu sebanyak lapan blok asrama yang dibina daripada papan musnah dijilat api.

Susulan kejadian itu, semua 27 mangsa yang terkorban dikebumikan di satu perkuburan khas berhampiran lokasi kejadian.

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE.

6 comments:

  1. Takziah, Cikza turut terkesan dengan kes ni, bila tgk video dan gambar-gambar yang ada. sedihh!

    ReplyDelete
  2. Allahu..kalau kita yang melihat ini berasa sebak yang tidak tertahan..bagaimana ahli keluarga yang menerima pemergian anak-anak dan insan tersayang sejelip mata...subhanAllah..moga Allah memberi kesabaran dan rasa redha yang luar biasa.Al Fatihah.

    ReplyDelete
  3. takziah....semuanya adalah ketentuan Illahi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang -orangyang beriman

    ReplyDelete
  4. sha tengok video yang dorang mintak tolong tu, sedih! Alfatihah

    ReplyDelete
  5. Sedih sangat....Bila tgk asyik terbayang arwah semua nih...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah