Thursday, September 28, 2017

Majlis Hari Lahir Dania Yang Ke 13 Tahun

Hi korang,

Baru berkesempatan update majlis hari lahir Dania Ahad lepas, macam biasa la dapat mama busy sokmo kan..sebenarnya hari lahir Dania jatuh pada Isnin 25hb, biasa kalau birthday jatuh hari Isnin so kena la sambut awal sehari..Dania seronok la...tapi tu la..takde buat majlis besar2 pun macam masa dia ekcik- kecik dulu...SA sambut sendiri2 dengan adik beradik je..makanan pun buat simple je..beli kek kat kawan sekolah...itupun last minit order...janji ada la kan....tahun ni birthday dia takde macam tahun lepas..mama sibuk dan dia pun sibuk dengan aktiviti sekolah..cuma mama dah plan nak bawak dia bercuti nanti maybe hujung Oktober..kena la kumpul duit sikit sebelum pi bercuti...

Jom la tengok majlis anak dara kesayangan SA ni...SA ada suruh dia ajak kawan sekolah 2-3 orang..tapi dia segan...ye la dah remaja kan...gambar banyak sangat ni...nanti SA pecahkan entry ni...rasanya ada 3 entry untuk sambutan birthday dia sahaja....mengada macam retis siap ada photoshoot kat Seremban Lake Garden dengan adik- adik sepupu dia...

Jom tengok gambar.......


Choc Moist Cake


Atuk sponsor ayam dan buah kentucky sendiri....semua homemade...


SA buatkan popia ayam kegemaran dia...


Ada Laksa Perlis Pakcu dia buatkan..dan Mee Sup Special Mak Teh dia buat..


Sebelum pasang lilin kek kena pose gedik dulu...cer teka sapa paling gedik...


Tiap kali ada birthday celebration diorang yang over...nasib baik kakak Dania jenis mengalah


Okey kita nyanyi lagu dulu...3 lagu nyanyi, Lagu Happy Birthday, Selamat Hari Jadi dan Allah Selamatkan Kamu...


Dida pun boleh tahan enjoy...


Yeay..kita tiup Lilin...eh..Opick macam terpinga- pinga..apa jadi ni..Aidan x nampak muka plak


Ni la anak dara SA yang paling SA Cintai...


Alhamdulillah dah 13 tahun usia

One more pose untuk kawan- kawan blogging mama....

13 tahun rasa macam sekejap aje masa berlalu...13 tahun SA berkorban segalanya untuk membesarkan Dania...SA tak mintak banyak..cuma berharap Dania membesar menjadi anak yang baik, mendengar kata, bijak, utamakan pelajaran dan jadi insan paling berguna. Setakat ni harta dunia akhirat SA yang tak ternilai hanya Dania..Mama sayang kakak sampai hujung nyawa...segala yang kita lalui perit tapi mama akan pastikan pelangi indah milik kita nanti...Amin...

Selamat Hari Lahir Yang ke 13 tahun...Ainnul Dania Huda

Next entry surprise hadiah dari Mama....


22 comments:

  1. Dah jadi anak dara dah kakak Dania. Dah boleh geng mama dia dah. Happy belated birthday Dania. Semoga membesar menjadi anak yang solehah. Aaminn

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...pasti Dania sangat gembira...kerana insan-insan yang disayangi ada di sisi.

    ReplyDelete
  3. cantiknya anak dara SA. walaupun buat kecil kecilan tapi makanan semua sedap sedap haha. btw SA ada share tak resepi popia ayam tu? teringin lama dah nak buat haha

    ReplyDelete
  4. happy birthday :) wish you all the best in life and looks like your kid had an amazing birthday

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah manisnya wajah anak dara kak SA, sweet macam mamanya :). Sanah helwah Dania yang ke 13, moga panjang umur dimurahkan rezeki dan hidupmu diberkati Allah dunia akhirat.

    ReplyDelete
  6. Fuh bukan main bersusun makanan. Happy birthday kakak! Semoga menjadi anak yang solehah. Amin.

    ReplyDelete
  7. aamin..mudah mudahan. happy belated dania.cantik anak dara SA nii.. btw kek tu nampak sangat sedap.. nyumnyum..suka sangat kalo ade kekecang mcmtu.

    ReplyDelete
  8. Nih pun kira meriah juga kak sambutan bezday Dania. Semoga Dania membesar menjadi anak yang solehah

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kak...terlior nya...
    Btw heppy bday dania

    ReplyDelete
  10. Time flies kan..kejap je anak2 kita membesar

    ReplyDelete
  11. Dah besar dah anak dara sorang nie... nampak cantik pula tue...

    Ok, nak book boleh? lagi 7 tahun hahahha

    ReplyDelete
  12. Happy belated birthday Dania
    Semoga menjadi anak solehah buat mama
    All the best 👍

    ReplyDelete
  13. Happy belated birthday...
    And bestnya kek

    ReplyDelete
  14. besar dah Dania, comel orangnya ...
    semoga jadi anak yg soleh Dania...

    ReplyDelete
  15. Besar dan cantik anak kak SA. Semoga tabah dalam harungi cabaran. Lia doakan yang terbaik.

    ReplyDelete
  16. Sedap nya tengok kek dania tu. Makanan pon semua sedap-sedap. Cantik anak dara SA ni.

    ReplyDelete
  17. bertabahlah kakaknyaaaa adik2 lagi meriah ye! selamat hari lahir dania. moga diberkati Allah, jadi anak solehah, belajar pandai-pandai dan besar jadi insan yang bermanfaat untuk mak ayah, agama, keluarga! amin :)

    ReplyDelete
  18. Moga Dania membesar sebagai kebanggaan SA, keluarga, agama dan negara. InsyaAllah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah