Friday, September 8, 2017

Ainnul Dania Huda..



Ainnul Dania Huda...

25 September 2004
Dari kamu dilahirkan tak pernah sekali pun kamu menyusahkan mama..
Dari kamu di lahirkan tidak pernah kamu meragam..
Dari kamu dilahirkan amat payah melihat kamu sakit..
Dari kamu dilahirkan mama mengerti erti sebuah pengorbanan..
Kamu hanya membesar dengan kasih mama dan keluarga yang lain..
Dari sekecil-kecil tapak kaki hingga kamu meningkat remaja..
Hanya mama dan keluarga besar kita dalam hidup kamu..
Sayangnya kamu kurang kasih seorang ayah...
Hanya kita yang mengerti..tapi tidak melemahkan semangat kita berdua...
Mama mengharapkan kamu membesar dengan sempurna
Mama mengharapkan kamu berjaya
Abaikan apa orang nak kata
Cukup kita tahu...apa yang kita alami...
Selagi hayat dikandung badan..kita takkan berpisah...
Selagi hayat dikandung badan..mama tetap berkorban membesarkan kamu..
Tiada lain yang mama pinta..
Belajar bersungguh-sungguh..buktikan pada dia yang abaikan kamu...
Kamu boleh berjaya mengejar cita-cita..
Tanpa dia kamu miliki semuanya...
Apa yang dia abaikan...itu antara dia dan tuhan...
Pedulikan apa orang kata...
Kuatkan semangat...mama ada.
Kuatkan semangat..Atuk Uwan ada..
Kuatkan semangat..Allah ada..
Allah bersama kita yang teraniaya..
Mama menanti masa ulangtahun kelahiranmu yang ke 13 tahun yang bakal tiba...
Doakan mama sihat seperti sediakala..
Insyaallah mama aturkan sambutannya...
Hanya kamu mama cinta..
Hanya kamu harta mama dunia akhirat...
Sayang mama pada kamu tiada hentinya....


10 comments:

  1. insyallah, jadilah anak yang membanggakan mama selalu.
    amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga ainnul menjadi anak yg solehah, sentiasa sayang mama dan happy always ...yeah.

    ReplyDelete
  3. Ainnul Dania Huda,kamu serikandi kepada penggadai nyawa (mamamu)..jadilah benih yang tumbuh subur,rimbun dan meredupkan..jadilah penyumbang terbesar saham akhirat.

    ReplyDelete
  4. Semoga Ainul sentiasa dalam lindungan dan dalam rahmat Allah.. menjadi anak yang solehah, cemerlang dunia,akhirat.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  5. Ainnul Dania Huda sedap nama tu.

    ReplyDelete
  6. sedihnya....semoga dania dapat membuktikan semua tu pada orang yang mengabaikan nya...semoga dania berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  7. Sedap nama Dania. Semoga membesar menjadi anak yg solehah Dania

    ReplyDelete
  8. semoga menjadi anak yang solehah.. amiin.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  9. Semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat..insya'Allah..Amin

    ReplyDelete
  10. sebak baca, semoga Allah pelihara family SA dan semoga dania menjadi anak yang berbakti kepada keluarga

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah