Monday, September 11, 2017

Kisah Sehari Sebelum Aidiladha Sarapan Di Kodai Sarapan D'Sawah

Hi korang...

Baru SA nak up kisah Aidiladha...tak sihat seminggu kan...tak selera nak update blog...okey lah jom la SA ceritakan kisah sehari sebelum Aidiladha...SA dan family balik kampung SA di Seri Menanti Kuala Pilah...seawal pagi kami keluar rumah..hajat dihati nak pi sarapan di tepi sawah kat Terachi tu...ya allah syukur sebab memang nak dijadikan rezeki SA dan family kami sampai ada je tempat kosong..percaya tak setahun menunggu nak sarapan kat sini...selalu kami lalu penuh aje...Allah dengar suara hati kami sekeluarga agaknya....

Indah pemandangan kan...sawah dan gunung...walau takde padi baru...

Suasana sejuk sebab kawasan pergunungan..nampak tu ada sawah...indah pemandangan..kalau ada padi yang disemai mesti cantik...selalunya ada je sepanjang tahun orang kerjakan sawah..kat area ni orang dah tak bersawah..tapi sawah di dewakan kepada pengusaha dari luar...rasanya 3-4 kali setahun diorang semai padi...

ramai kan...Dida yang tak cukup tido..tapi tak meragam pun...

muka masing2 puas hati sebab dapat sarapan kat sini

SA masa ni dah demam...dengan muka x sihat...

seronok kami bila sekali ni hajat nak sarapan kat sini tercapai..


Cubaan Dania ambil gambar minuman dan kuih...

muka si demam dan batuk lagi...

menu yang terdapat di Kodai Sarapan D'Sawah...

Apa yang kami makan...

Kami makan roti canai dan kuih muih kampung....sedap roti canainya...ada jugak disediakan pulut sambal ikan bilis petai, Nasi Lemak Rendang Ayam, Rendang Daging,Ayam Goreng, Sambal Sotong, Laksa Utara dan banyak lagi...di bahagian belakang gerai ada kandang arnab..arnab- arnab tu diorang jual..RM40 seekor...Dida mintak nak beli arnab..hahahaa..ingat kucing ke...

Gerai Sarapan D'Sawah ni memang terkenal di Kuala Pilah...sepanjang masa penuh je...sebab tu SA cakap kali ni memang rezeki kami sekeluarga...dibuka setiap hari kecuali Selasa. Bagus perniagaan yang diuruskan anak - beranak...suka SA tengok anak- anak dan maybe saudara mara yang uruskan kedai..semua bekerjasama untuk memastikan semua pelanggan dapat sarapan...

Nanti SA nak sarapan kat sini lagi la...yang penting harga pun sangat- sangat murah...rasa macam tak percaya plak...sesekali sarapan ala- ala kampung kan..ditemani suasana dan udara segar kampung...
memang heaven....

19 comments:

  1. Wah besnya. bukan senang nak jumpa warung macam ni sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..bukan mudah nak jumpa warung macam ni...

      Delete
  2. Bestnya. Mmg saujana mata memandang lah pemandangan kt situ. Tenang je jiwa rasa

    ReplyDelete
  3. bestnya...susah nak dapat suasana macam tu...saujana betul maata memandang

    ReplyDelete
  4. Permandangan tu.... Indah betul.

    ReplyDelete
  5. agak berbaloi dengan harga kalau makan kat sini eh...takde la mahal sgt...yg penting sedap dan environment dia yg mahal :)

    ReplyDelete
  6. Sure berselera makan kat sini dgn scenery yg cantik Dan suasana yg sejuk kalau mama maunya 2 pinggan habis

    ReplyDelete
  7. sedapnya !! hee~ padahal kalau balik kampung lalu pilah, nampak jek kedai ni.. nanti boleh singgah tapi kena pagi la kan.. kami selalu balik kampung tengah malam..

    ReplyDelete
  8. Best nye dapat berkumpul bersama keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  9. segar jew hidup udara pagi sambil bersarapan

    ReplyDelete
  10. cantik pemandangan, ermm ramai orang plak tuh ek

    ReplyDelete
  11. Belah mana ni kak? Tepi jalan besar tu ke erk?? Sbb ramai berenti kata situ sedap. Grrrrrrrr view pun cantik jerk tgknya.

    ReplyDelete
  12. Kak Sue suka makan kat gerai macam nie, santai.. bestkan..

    ReplyDelete
  13. Adik Ana dah 2 3 kali pergi sini kak. Ana tak sempat lagi nk merasa. Pemandangan pun cantik, harga makanan pun murah.

    ReplyDelete
  14. Tak tahu pun ada gerai ni..nanti kalo singgah oilah boleh dtg sini

    ReplyDelete
  15. Salam kenal dari saya SA,
    Nak tanya kedai ni kat mana yer? Suami saya orang Sg. Talan, mana tahu kut balik kg nnt kami boleh ke sana pula. ☺

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah