Tuesday, September 19, 2017

Lepak, Santai Dan #JomMakan Di Klang Parade Bersempena Lantern Festival

Hey korang...

Pernah pergi Klang Parade? aduhai..SA pertama kali sampai kat sini rupanya best jugak lepak- lepak santai2 kat sini la...Pusat beli-belah ini terdiri daripada 132 kedai jualan dari jenama-jenama terkenal tempatan dan antarabangsa yang mensasarkan kumpulan pengguna berpendapatan sederhana serta keluarga. Terdapat banyak pilihan kedai jualan produk-produk fesyen, hadiah, cenderahati, jam, barangan keperluan rumah serta perabot. Jangan pandang sebelah mata ye....haaa....Klang kini pesat membangun seiring kepesatan pembangunan area Klang Valley.

Penyewa utama di Klang Parade termasuklah Parkson Grand dan Giant Hypermarket. Penyewa kecil yang mula bertapak di Klang Parade terdiri daripada Reject Shop, Digital World, SenQ Mega Electrical Store dan Hot Market.Terdapat juga pusat karaoke, pusat boling serta medan selera di tingkat dua.Klang Parade adalah sebuah kompleks membeli-belah kontemporari yang terletak di dalam lautan kedai -kedai retro yang banyak, yang memenuhi keperluan para pembeli di mana-mana dan setanding pusat beli belah terkemuka yang lain.

Hey ada berita terbaik dari pihak Klang Parade dimana program #JomMakan di Klang Parade kini berlangsung bermula dari 16 September - 15 October 2017 akan datang. Pelbagai aktiviti istimewa diadakan bagi menghargai pelanggan sepanjang program ini berlangsung.

Jom tengok apa yang best.....


#JomMakan berlangsung dari 16 September-15 Oktober 2017


Pelanggan yang berbelanja sekurang- kurangnya RM30 dalam satu resit di mana- mana Restaurant Penyewa Utama Klang Parade berpeluang menebus 1 unit Micro Thermo


Pelanggan yang berbelanja sekurang- kurangnya RM80 atau lebih maksimum dua resit di mana- mana Restaurant Penyewa Utama Klang Parade berpeluang menebus 1 unit Micro Thermo dan akan juga 1 borang untuk Lucky Draw


Festival Lantern atau Festival Lantern Spring adalah perayaan masyarakat  Cina yang dirayakan pada hari kelima belas bulan pertama dalam kalendar Cina Lunisolar..Bersempena dengan Lantern Festival, pihak Klang Parade juga akan mengadakan Lantern Parade pada 30 September 2017 bertempat di Main Court Klang Parade.

Restauran yang mengambil bahagian dalam program #JomMakan di Klang Parade adalah:


The Chicken Rice Shop




Steam Chicken & Roasted Chicken



Roasted Chicken Rice



Rojak Buah 


Spices Of Penang - The Original Taste Of Penang

Korang kalau suka makanan dari Penang tak payah terbang ke Penang dah..kat sini semua ada..apa sahaja makanan yang terdapat di Penang ada di sini...jimat tiket kapal terbang kan?



Teh Tarik Place


Lepak dengan kawan-kawan selepas waktu kerja..


Assam Laksa


Murtabak Ayam


Combo set lunch chicken


Fresh juices


Mee goreng mamak


Nasi Kerabu


Prawn Mee


Nasi Lemak


Mee Kari



Gerai Buah- Buahan Potong Segar

Kepelbagaian buah potong


Fav SA buah jambu potong...


Air tebu yang sedap...


Menarik kan?

Korang kalau nak  lepak- lepak lepas office dengan kawan- kawan atau dating dengan boyfriend ke boleh la pilih tempat- tempat seperti yang SA nyatakan diatas, tak payah pening- pening kepala..banyak sangat pilihan...ambiance pun ok..cozy dan tak sesak...penuh dengan keselesaan....SA sendiri dan keluarga memilih untuk makan di The Chicken Rice Shop. Kesedapan nasi ayamnya kekal dari dahulu dan sememangnya menjadi pilihan ramai...Pelbagai pilihan makanan dan pelbagai restaurant terdapat didalam Klang Parade. Terpulang kepada kita untuk memilih mengikut selera...dan jangan lupa korang boleh menebus 1 unit Micro Thermo dengan setiap pembelian RM30 dalam satu resit dan berpeluang menyertai lucky draw dengan setiap pembelian RM80 dalam 2 resit. Hadiah Lucky draw pun lumayan sekali...Dan yang paling penting..jangan lupa saksikan perarakan Pesta Tanglung yang sememangnya unik di kalangan masyarakat cina.

Info lanjut tentang Klang Parade sila layari :

Facebook : https://www.facebook.com/myklangparade/

Instagram : www.instagram.com/MyKlangParade


28 comments:

  1. alahai..knapa smua nampak sedap ni..:)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah smp lg kak Klang Parade

    ReplyDelete
  3. Kena terjah klang parade pula lah nampaknya lepas ni kak. Sesuai utk food hunter mcm ana ni.

    ReplyDelete
  4. Semua menarik..semua sedap tu..rojak buah tu...hai...

    ReplyDelete
  5. malam malam ni pulak,entri makan. Walhal baru je lpas makan ni.. adeii..agaknye nak membesar lagi ni

    ReplyDelete
  6. Klang Parade nie baru bukak yerk... Teman tak pernah lagi ke situ...

    ReplyDelete
  7. ini barulah dikatakan syurga bagi pemburu makanan..hahaha.

    ReplyDelete
  8. Wah memang watery mouth la nengok
    Rugi org selangor klu x singgah. Best kott

    ReplyDelete
  9. oh my, sedapnya gambar gambar yang di postkan. haha

    ReplyDelete
  10. Dah tengah hari ni tengok menu-menu yang akak post ni mulalah perut berbunyi.. tup-tup tengok jam dah tengah hari.. patutlah lapar.. huhu..

    ReplyDelete
  11. mak ai , kenapa semua nampak marveles jew makanan nieee ;)
    memang best lahhh !!!

    ReplyDelete
  12. tgk menu2 tu..sedapnyaaa...nasib tak jilat skrin laptop..haha

    ReplyDelete
  13. Aduhhh!!! Semua makanan adalah kesukaan.... Tak boleh tidur...

    ReplyDelete
  14. Fuhhh sedapnya .. semua nampak menyelerakan.. buah2an tu nampak segar bugar ..

    ReplyDelete
  15. Tak aci tak ajak kita yang memang kaki makan ni waaaaa tapi sedap lah semua makanan kat sini paling suka chicken rice tu hehehe..

    ReplyDelete
  16. sedapnya makanan hahaha terliurlah kalau masuk blog SA ni😭

    ReplyDelete
  17. yeah I like to go Klang Parade. my favourite is eat penang rojak there!

    ReplyDelete
  18. Akak kita baca entry ni waktu malam tau.... aduhaiii berkeroncong perut jadinya!

    kita tak pernah sampai lagi Klang Parade :)

    ReplyDelete
  19. nice info, sis peminat tegar makanan makanan macm ni, gonna try this later hee

    ReplyDelete
  20. Adoi sedapnya semua tu
    Lapaq plak hujan2 ni tengok haa

    ReplyDelete
  21. tekak busyra tak kena dgn chicken rice shop.. tp kalau teh tarik place okay..

    ReplyDelete
  22. banyak jugak kedai best best kat klang parade ni ye.. dari luar kalau lalu nampak macam xde yang menarik..thanks for sharing sistur!

    ReplyDelete
  23. Fuhhh semua tempat makan sedap sedap ni 😊

    ReplyDelete
  24. dekat sangat dengan rumah ni. Boleh la terjah nanti. selalu suka je g makan kat chicken rice tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah