Wednesday, November 27, 2019

Cardiac Vascular Sentral KL Terima Akreditasi MSQH

Hub kardiologi ini mensasarkan 15% ketibaan pesakit antarabangsa sepanjang tahun 2020



Selepas 2 tahun penubuhan,Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur  (CVSKL)  meraikan ulangtahun dengan penuh bermakna atas pencapaian gemilang apabila dianugerahkan sijil akreditasi oleh Malaysian Society for Quality Healthcare(MSQH) bagi tempoh 4 tahun.

Pengerusi CVSKL,Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang berkata ulangtahun ini pastinya perlu diingati kerana ia melonjakkan nama hospital ini dalam usaha mempromosi destinasi pelancongan  kesihatan dikalangan pelancong asing.



“Penganugerahan akreditasi oleh MSQH ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan CVSKL kerana ini menunjukkan kami komited dalam menyampaikan  perkhidmatan berkualiti sejajar dengan misi-  memberi pengalaman dan khidmat  terbaik kepada setiap pesakit pada setiap masa”, tambah beliau.

Program Akreditasi Hospital oleh MSQH menyediakan cara efektif dimana organisasi kesihatan dapat menilai tahap pencapaian menurut standard kebangsaan yang ditetapkan. Program ini  dibangunkan oleh para  profesional dunia perubatan  dan aplikasinya diterima iktiraf di seluruh Malaysia. Standard akreditasi oleh MSQH menjadi tanda aras yang membolehkan sesebuah organisasi kesihatan menilai dan  memperbaiki pencapaian secara lebih kerap dan berterusan.





“Pencapaian ini sangat bertepatan dengan masa sempena Tahun Pelancongan  Kesihatan Malaysia 2020. MSQH telah dibangunkan hasil gabungan kerjasama  pakar, profesional dan pengguna dari sektor perubatan awam juga swasta. Mereka menilai dan mengemaskini kemajuan terkini dalam sistem penjagaan kesihatan” - tambah Dr. Yahya.

Prof. Madya Dr. Kadar Marikar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MSQH menekankan bahawa akreditasi ini memberi jaminan kepada pesakit tempatan mahupun luar negara bahawa CVSKL mematuhi standard dunia perubatan terkini.






Turut hadir menyaksikan penganugerahan akreditasi ini adalah Dolly Lim, Ketua Pegawai Operasi dari Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). CVSKL akan berganding bahu dengan MHTC dalam menaikkan nama Malaysia sebagai hub kardiologi pilihan dikalangan pesakit luar negara.
“Kami menerima sambutan hangat dari pesakit luar negara kerana lokasi yang strategik di KL Sentral dan ini meletakkan kami sejajar dengan matlamat MHTC untuk  menjadikan Malaysia sebagai hub kardiologi. Dengan adanya sokongan berterusan dari MHTC, kami berharap dan menjangkakan lebih ramai bilangan  pesakit yang berkunjung pada tahun  hadapan,” jelas Timothy Chang, Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL.

9 % pesakit yang menerima rawatan di CVSKL tahun ini adalah dari luar negara. Bersempena Tahun Pelancongan Kesihatan 2020, CVSKL yakin bakal menerima 15% ketibaan pesakit luar negara dengan lebih separuh darinya adalah dari Indonesia.



Februari lalu, MHTC mengumumkan sebanyak 60% dari pesakit luar negara yang mendapatkan pelbagai rawatan adalah dari Indonesia dengan peningkatan  pertumbuhan tahunan dari 12% ke 18% .


Mengenai Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur

CVSKL merupakan sebuah hospital integrasi berkepakaran dalam penjagaan komprehensif dan moden bagi pesakit kardiak dan vaskular. Dibarisi pakar-pakar perubatan yang terpilih dan dedikasi, pakar kardiologi, pakar bedah jantung, pakar vaskular dan pakar bius dengan rekod dan pencapaian cemerlang yang   mementingkan standard perkhidmatan bersandarkan bukti dan mutu profesional.

Hospital ini menawarkan layanan mesra  dengan nasihat perubatan yang berkualiti.
Suasana selesa pasti dirasai oleh  pesakit apabila dijaga  baik oleh para doktor, ahli radiologi,staf teknikal  kardiak dan vaskular, juga jururawat dan kumpulan pekerja  sokongan yang lain.

Hospital ini menyediakan 60 kemudahan katil dan kelengkapan yang menghimpunkan fasiliti kardiologi, kardiotorasik, diagnosis vaskular, terapeutik dan perkhidmatan pencegahan di bawah satu bumbung. Lokasi CVSKL yang amat strategik terletak di hub pengangkutan KL Sentral yang boleh di akses dengan LRT, MRT, kereta api, bas, teksi mahupun KLIA Ekspress. Dikelilingi hotel mewah, apartmen servis dan pusat membeli-belah dalam jarak pejalan kaki menambahkan lagi daya tarikan CVSKL sebagai pusat perubatan pilihan.
Untuk informasi tambahan dan pertanyaan insuran berkenaan CVSKL, boleh hubungi 03-22767000 atau emell ke info@cvskl.com.

12 comments:

  1. Tahniah di ataas penerimaan akreditasi tersebut. Memang cantik dan selesa sangat tengok hospital ni..

    ReplyDelete
  2. Baguskan ada hospital canggih macam ni pesakit yang menghidap masalah kardiac dan vaskular. Tengok oeralatan pun canggih

    ReplyDelete
  3. Tahniah dapat akreditasi, hospital nampak sangat selesa dan serba moden dan canggih

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak datang kl sentral ni. Rindu tempat ni

    ReplyDelete
  5. wahhh teknologi die bagus cuma terfikir kos perubatan die

    ReplyDelete
  6. Canggih betul kalau tengok hospitalnya nih

    ReplyDelete
  7. cantik tempatnya dan bangunan.. kalau tgk pun tak perasan sebuah tempat perubatan

    ReplyDelete
  8. baru ammi tau wujud hospital ni

    ReplyDelete
  9. Baru tahu ada Hospital ni. Menarik betul fasiliti moden yang ada.

    ReplyDelete
  10. tahniah Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL)

    ReplyDelete
  11. kalau dpt anugerah mean mmg TERBAIK

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah