Wednesday, November 13, 2019

Weekend Memang Hari Untuk Cheating Diet Kan?

Hi korang...

Sebenarnya dah 3 minggu SA tak balik kampung...lepak je kat rumah Seremban..biasa la hujung minggu memang hari untuk SA berehat. So memang kadang lepas settlekan kerja2 SA lepak tgok tv atau tido..hahaha...takde la..SA x biasa tido siang..tapi kalau dapat tido memang best...biasa petang- petang SA akan pergi brisk walk keliling taman..so..Sabtu lepas SA balik kampung sekejap, kidnap makcik SA yang pandai buat kuih tu sekali bawak balik kampung...paksa Dania ikut gak..dengan syarat SA kena ikut la kemahuan dia..kena belikan dia tripod untuk handphone..sabar jer la..susah betul nak ajak dia berjalan sekarang...asyik terperap je kat rumah...nanti cuti sekolah x tau la macam mana tu.....sampai- sampai jer SA dah merayau keliling rumah kampung dah...petik cili la..petik kacang botor la..petik pucuk ubi...semua SA buat...lepas tu masak plak....


Apa ntha nama kucing Mak Lang ni...tapi jinak la..masa ni dia ajak bergurau..main cak- cak..


Dah siap masak...semua lauk simple je


Cubaan amik gambar...alaaa lupa padam bokeh..


Haaa ni ok...eh...x ok gak la..mak pukul lalat plak....


Kacang botor dan sambal belacan..


Pucuk Ubi Rebus


Ikan goreng


Ikan selar masak lemak cili api campur pucuk kacang

SA kan buat diet 3S..tapi SAbtu tu SA cheating....non hado 3S dah...makan bertambah plak lagi tu...lepas makan rasa bersalah pada diri sendiri. Lagi rasa bersalah bila balik Seremban malam tu SA masak lagi...maklumlah Makcik SA tu ada kan..kami kidnap dia..malam baru hantar balik...so masak lagi..Sambal sardin, ikan tilapia masak lemak cili api...aduhaiiiii....makan lagi....datang plak adik SA si Lisa bawak kek sebiji...erm...terus ke laut dalam la 3S SA. Ni la masalah SA bila cuti...puas kuatkan hati kuatkan iman tengok makanan sedap...semua salah adik SA la ni...kenapa dia bawak kek caramel tu balik rumah..Susah betul nak lawan keinginan kalau weekend.

Weekend memang hari untuk cheating la kan...stress tau....SA kalau kat KL mmg behave bab makan..sampai rumah Seremban je rosak segalanya...kalau cakap x nak makan kang..mak abah bising..Dah tu nak buat macam mana kan?

Bertabah la duhai hati....macam mana nak sihat macam ni....

18 comments:

  1. perghhhh memang lari diet jugak la. tapi boleh lagi tu ikut kan pinggan sihat suku suku separuh. hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau dah lauk sedap gini macamne nak diet SA oi... terliur nengok segala yang ada, pucuk ubi tuh ngn sambal belacan dan ikan goreng pn dah layan ini kan pulak ada lauk tambahan lain

    ReplyDelete
  3. Lauk simple tu yang paling sedap..

    ReplyDelete
  4. Aduhai sedapnya lauk macam nie SA.. Biasa lah tu SA, anak remaja depa memang tak nak dah ikut kita, sama macam anak-anak Kak Sue juga..

    ReplyDelete
  5. Lauk2 kampung bisa menghanyutkan diet kelaut..

    ReplyDelete
  6. Xpe kak. Sehari seminggu. Rugi woo kalau diet bila ada lauk2 kampung yang sedap tu.

    ReplyDelete
  7. Lauk kampung memang sah lari diet ke laut dalam.. Hehe..

    ReplyDelete
  8. betul tu..dok KL rasa mcm makan ikut time pastu jarang bertambah2. kalau balik Somban or Melaka stresssssss..makan dan makan dan makan. itu jelah kerja.

    ReplyDelete
  9. Bila SA tunjuk gambar-gambar makanan, memang mak akan telan airliur berkali-kali... dapppp...

    ReplyDelete
  10. Dilema kalau balik kampung, mesti kena makan banyak. Memang rosak diet😂.

    ReplyDelete
  11. Sedap2 masakan kampung
    Rugilah nak berdiet

    ReplyDelete
  12. Terlebih cheating ni kak..mana tahan lauk sedap sedap macam ni. pantang nampak, tak baik tolak rezeki :p

    ReplyDelete
  13. semua lauk kampung..best tu.. pucuk ubi..miss u!

    ReplyDelete
  14. Sedapnya gulai lemak dengan pucuk kacang tu..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya menu kampung yang membangkitkan selera.. makan plak ramai2 memang tak sedar diri kita dibuatnya.

    ReplyDelete
  16. eh eh hampir terlupa kita 3S tu ape...hahahahha, hishhh kena start balik gak diet ni! dan kena kurangkan jugak tido siang hari, atau stop terus...tak best tengok muka sendiri dalam kesembapan...hahahha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah