Monday, November 18, 2019

Kurang Selera Makan Tapi Masak Rajin

Hi korang...

Dah petang baru nak update...lately ni SA kurang selera makan..tapi SA masak jugak masa weekend..tak tau la apa tekak ni nak makan ntah...sebenarnya SA dalam kesedihan..ada la perkara personal yang SA x leh nak share kat sini tapi SA pendam je la...siyesly SA tak happy lately ni...kalau ada entry2 happy tu hanya nak memujuk hati sendiri je..hakikatnya SA tak happy..takpe kita biarkan bab tak happy tu..jom tengok apa yang SA masak untuk tengahari Ahad...sorry kalau entry ni buat korang terliur..SA takde entry terbaru atau cerita terbaru...buntu sebenarnya x tau nak update apa dah..sesekali memang blogger akan mengalami masalah macam ni kan...macam mental blocked plak..tak ada idea..

Okey la jom la tengok masakan SA Ahad semalam...masak biasa2 je..dah lama teringin nak makan jantung pisang rebus cicah sambal belacan..semalam abah balik dari memancing hulur 4 biji jantung pisang..lebar senyum...hahaha...sedap betul makan semalam sebab yang diidam dah dapat..SA makan lauk jantung pisang rebus cicah sambal belacan ngan ikan goreng dan sayur goreng je..lauk ikan masak lemak cili api tu tak makan..x tau la macam tak lalu nak makan..padahal fav tu ikan keli..ke sebab sendiri yang masak..sebab tu tak lalu...


Jantung pisang rebus..cara nak rebus untuk tak nak hitam, didihkan air masukkan 2-3 keping asam keping dan garam kasar sesudu, jangan belah jantung tu..masukkan bulat2 dan pastikan air mendidih masa masukkan. belah masa nak hidangkan...


Sambal Belacan


Ikan Keli Masak Lemak Cili Api campur Peria


Sayur kobis goreng


Ikan sungai goreng garing

Itu je lauk pauk SA masak semalam...abah dari pagi ke sungai memancing...so SA kat rumah mereput tak kemana..layan tengok cerita Korea Goblins...best gak jalan cerita dia...Mak SA plak tak berapa sihat..Abah balik SA bawak ikan sungai yang kecik2 tu..ada ikan tilapia segala..goreng je..pas tu terus buat sambal belacan sebab ada jantung pisang...Nasib la anak dara SA tu makan tak susah..kalau lauk dia tak berkenan, dia sendiri pergi goreng telur..tak pun pandai dia la nak buat lauk apa...dah besar kan...

Itu je la cerita SA nak up hari ni...takde apa yang menarik pun..nak keluar malas..hujan je 2 hari..plan nak Briswalk tak jadi..hujan sepanjang hari...

17 comments:

  1. adoiiiiiiiiii menu. rasa macam nak pi terus ke rumah SA ja ni. nasib baik jauh. hahahahahaa

    ReplyDelete
  2. rajinnya ayah SA mancing.

    adik ammi masa bujang dulu rajin gak mancing, sekarang dah kawen mcm kelaut je hobi dia tu

    ReplyDelete
  3. Sedap tu jantung pisang rebus...buat kerabu pun sedap jgk,kan..

    ReplyDelete
  4. Rajin akak masak walaupun tak ada selera nak makan

    ReplyDelete
  5. Jantung pisang, sambal belacan memang gabungan meletopppp.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya jantung pisang rebus. Lama dah tak makan.

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan jantung pisang...jrg org jual di pasar kena buat masa balik kg ni.

    ReplyDelete
  8. Memasak ni boleh jadi terapi buat saya. Semoga kesedihan SA cepat-cepat berlalu.. Bangkit dan terus kan melangkah maju...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya jantung rebus cicah sambal belacan. Ohh macam tu ye tak nak bagi hitam. Biasa potong empat rebus terus tu yg jadi hitam tu kot. Tq kak share tips

    ReplyDelete
  10. tiap kali SA keluarkan entry masak2 mesti semua gambar2 yang keluar semua kejam2 hahaha

    ReplyDelete
  11. cantik putih melepak jantung pisang akak tu, aduhai dana teringin betul nk rasa masak lemak cili api keli akak tu, setiap kali tengok akak masak lemak cili api memang teringin sangat... orang negeri sembilan punya masak lemak cili api memang terbaik lah

    ReplyDelete
  12. jantung pisang rebus dengan sambal belacan memang terangkat kak. makan pula dengan ikan goreng. yummy.

    ReplyDelete
  13. jantung pisang tu
    ada sambal belacan
    bertambah nasi...hihi

    ReplyDelete
  14. sedapnya lauk kampung macam ni.. tak sedar menambah nasi ni

    ReplyDelete
  15. alahai kak.. sedapnya semua lauk2 akak masak.. masak bagi saya makan je la kak biar saya lagi gemuk wpun dah obes dah ni hihi

    ReplyDelete
  16. ala...akak kenapa ni...jangan sedih2 tau...moga semuanya baik2 aje...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah